Alami Lumpuh Muka Seperti Justi Bieber? Penghidap Sindrom Ramsay Hunt Perlu Dapatkan Rawatan Segera

Share

Dahulu kita di kejutkan dengan berita kesihatan bintang sensasi pop terkenal, Justin Bieber, di mana dia terpaksa membatalkan konsert jelajahnya oleh kerana kondisi kesihatan yang menyebabkan dia lumpuh sebelah muka. Perkongsiannya itu mengejut lagi para minat dan sedih dengan beritu itu.

Ramai juga yang tertanya-tanya mengenai kondisi yang di hadapinya itu bukan? Lumpuh sebelah muka itu merupakan penyakit yang bernama Sindrom Ramsay Hunt.

Lumpuh separuh muka sangat azab!

Penyanyi yang berusia 28 tahun itu telah menjelaskan bahawa kondisinya itu sangat menyukarkannya untuk menyanyi atau membuat ekspresi muka sekali pun. Jadi apakah yang menyebabkan penyanyi ini jadi sebegini?

Keadaan ini akibat jangkitan virus yang telah menyerang saraf pada kawasan telinga dan wajah di panggil sebagai Sindrom Ramsay Hunt yang berpunca dari virus varicella zoster

, juga di katakan virus yang sama menyebabkan caca air (chicken pox).

Menurut Hellodoktor, sindrom ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja yang pernah menghidap penyakit caca air. Secara lazimnya, dalam kalangan orang yang lebih berusia dalam likungan umur 60 tahun ke atas. Virus ini meski pun tidak aktif boleh juga menjadi aktif semula dan menyerang kawasan saraf.

Sindrom Ramsay Hunt ataupun herpes zoster oticus ini berlaku apabila berlaku pergerakan kayap yang mula menyerang saraf di kawasan muka atau secara terperinci berdekatan dengan salah satu telinga penyakit. Selain dari ruam kayap yang menyakitkan, persakit juga akan alami kondisi lumpuh muka di sebelah dan hilang deria pendengaran di sisi wajah yang terkesan.

Artikel berkaitan: Doktor Ini Kongsi Fakta Tentang Bell’s Palsy, Faye Kusairi Sedang Alaminya

Di bahagian dalam telinga juga boleh di jangkiti ruam yang tumbuh bahkan juga di lelangit dan lidah. Pesakit juga boleh mengalami vertigo (sensasi yang menyebabkan pening kepala atau objek berputar di sekeliling anda) jika berlaku sebarang kecederaan dalam telinga.

Terdapat dua tanda juga simptom Sindrom Ramsay Hunt ini, antaranya:

  1. Ruam berwarna merah dan penuh cecair tumbuh di bahagian dalam dan luar sebelah telinga.
  2. Lumpuh di sebelah muka pada sisi yang sama dengan telinga yang terkesan.

Kebiasaannya, ruam dan lumpuh ini berlaku pada waktu yang sama. Salah satu simptom juga boleh muncul terlebih dahulu. Penghidap Sindrom Ramsay Hunt berkemungkinan akan mengalami masalah seperti:

  1. Sakit telinga
  2. Hilang deria pendengaran
  3. Bunyi nyaring dalam telinga (tinnitus)
  4. Sukar menutup sebelah mata
  5. Rasa persekitaran berpusing (vertigo)
  6. Mulut dan mata kering

Tetapi ia berbeza dengan penyakit Bell’s Palsy meski pun ia mempunyai simptom yang lebih kurang dengan Sindrom Ramsay Hunt. Walau bagaimanapun, perbezaan utama antara dua kondisi ini ialah ruam yang berpunca dari kayap–penghidap Bell’s Palsy tidak akan mengalami masalah ruam.

Antara simptom lain bagi penyakit Bell’s Palsy yang anda perlu tahu adalah:

  1. Kelumpuhan berlaku dengan sangat pantas! Hanya ambil masa beberapa jam ke hari.
  2. Lumpuh sebelah muka menyebabkan pesakit sukar untuk mengelip mata atau senyum.
  3. Keluar air liur dari mulut.
  4. Sakit di kawasan rahang atau belakang telinga.
  5. Pening kepala.
  6. Sensitif kepada bunyi–terutama sekali pada bahagian telinga yang terjejas.
  7. Hilang deria rasa.
  8. Perubahan jumlah air liur dan air mata yang di hasilkan.

Jadi jika tidak pesakit yang menghidap sindrom Ramsay Hunt ini tidak mendapatkan rawatan, mereka akan mengalami masalah untuk sembuh sepenuhnya dan hampir 50% akan alami masalah untuk gerakkan otot pada bahagian wajah yang terjejas. Sebahagian dari pesakit juga ada yang boleh mengalami masalah lumpuh yang kekal! Jadi anda di sarankan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. Jangan lengahkan masa.

Sumber info dan gambar: Hellodoktor dan Canva

Artikel berkaitan: Kayap Menjalar Panjang Di Muka, Wanita Ini Kongsi Cara Rawat

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee