Semakin berusia, mata kita semakin kabur penglihatan. Betul, bukan? Majoriti dari masyarakat Malaysia mengalami masalah mata yang bermula dari awal usia.
Pun begitu, kesihatan mata kita sebenarnya boleh dijaga hanya di rumah! Tak perlu berhabisan duit untuk merawat mata kamu! Tapi ingat, kesihatan mata kita haruslah dipelihara sejak dari awal supaya akan terus terjamin biarpun meningkat usia.
Berikut adalah langkah-langkah terbaik untuk menjaga kesihatan mata hanya di rumah!
1. Amalkan pemakanan yang baik dan sihat
Ini merupakan aspek yang paling penting yang harus kamu lakukan. Pemakan yang baik dan berkhasiat membantu untuk menjaga kesihatan mata. Ini kerana, mata memerlukan beberapa nutrien tertentu untuk berfungsi sepenuhnya.
Antara nutrien yang anda perlukan untuk mendapatkan sepasang mata yang sihat adalah protein, kalsium, zink, antioksidan, asid lemak omega-3, lutein dan zeaxanthin.
Berikut pula adalah contoh sajian yang baik untuk mata:
2. Senaman mata untuk penglihatan yang baik
Tahukah kamu, mata juga mempunyai senamannya tersendiri. Hanya dengan mengamalkan senaman mata yang ringkas boleh mengekalkan tahap penglihatan yang optimal. Lakukannya sebelum tidur, selepas bangun tidur atau pada bila-bila ketika mata anda berasa tidak selesa. Caranya adalah seperti berikut:
3. Dapatkan waktu rehat untuk mata
Seperti anggota badan yang lain, badan anda juga memerlukan rehat. Ia sangat penting terutamanya jika anda merupakan individu yang kerap menghadap komputer setiap hari di pejabat atau di sekolah.
Oleh itu, pastikan anda peruntukan waktu rehat untuk mata yang mencukupi. Alihkan pandangan anda sekurang-kurangnya 1 jam ke arah pemandangan yang menenangkan.
Ketika malam pula, pastikan anda meluangkan masa untuk tidur dengan sebaiknya iaitu sekitar 8 jam setiap hari.