Aduh! Dah banyak event dan kenduri kahwin bila menjelang masuk bulan Disember ini, muka pula dah start breakout (naik jerawat), macam mana ini? Jerawat seketul yang besar pula itu, nak picit atau biarkan ya?
Menjadi situasi yang lazim untuk anda menghadapi masalah seperti ini, bila hari yang sepatutnya tiba bermacam-macam perkara akan terjadi. Paling merisaukan pula ada ‘Kak J’ (jerawat) muncul di muka, besar pula itu kemunculannya.
Artikel berkaitan: Penampal Hidrokoloid Bantu Sembuhkan Jerawat, Pakar Cadang Guna Semalaman Untuk Hilangkan Noda
Jadi perlu atau tidak anda picit ‘Kak J’ yang ada pada muka itu? Ada yang katakan supaya biarkan sahaja, nanti hilang ikutkan masa. Tapi, waktu dah singkat, esok nak melawa!
Ya, ramai yang akan membuat keputusan untuk memicit jerawat itu dan biarkan ia surut. Tetapi anda perlu HENTIKAN jika tiada tanda yang ia ‘layak’ di picit.
Jerawat yang sudah ‘masak’ akan mengeluarkan satu ‘bintik putih’ atau whitehead diatasnya. Jika tiada, jangan gatal tangan untuk memicit kerana kemerahan itu hanyalah inflamasi kulit. Kalau diusik, ia akan memudaratkan lagi keadaan jerawat.
Kawasan Dahi sehingga ke hidung adalah ‘T-zone’ yang sememangnya TIDAK BOLEH DIUSIK. Kenapa? Ia merupakan kawasan yang banyak aliran darah mengalir. Kawasan kulit hidung juga agak sensitif dan ia memerlukan tempoh yang lama untuk menghilangkan kesan selepas memicit.
Jangan di picit kalau jerawat anda muncul tiga serentak di kawasan muka yang berbeza. Gunakan krim jerawat untuk meredakan keradangan dan membantu proses kematangan dengan lebih cepat.
Artikel berkaitan: 6 Jenis Buah Ini Boleh Buat Jerawat Anda Kecut, Pudar Dan Hilang. Jom Cuba!
Ada jerawat yang akan timbul tetapi dalam keadaan yang besar. Ia boleh membesar dalam radius 1 inci. Elakkan untuk memicit kerana rasa sakit boleh dirasakan. Ia juga salah satu simptom facial cellulitis dan anda perlu rujuk pada pakar.
Sumber: Alodokter
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.