Kita sudah memasuki fasa kedua daripada tiga fasa puasa iaitu 10 malam yang kedua. Dikatakan berlaku Nuzul al-Quran pada 17 Ramadan mengikut sebahagian ahli sejarah. Al-Quran bukan sekadar memberi pedoman ibadah tetapi juga arah petunjuk pelbagai bidang kehidupan seharian manusia.
PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh:
وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
Maksudnya: “Dia yang telah menurunkan hujan.” (Surah al-Baqarah:22)
نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ
Maksudnya: “Dialah yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Surah Ali-Imran:3)
TUJUAN AL-QURAN DITURUNKAN
Antara tujuan al-Quran diturunkan ialah untuk tadabbur kandugannya sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” (Surah As-Sad: 29)
KEISTIMEWAAN AL-QURAN
Sebenarnya al-Quran cukup istimewa berbanding dengan mana-mana kitab. Oleh kerana tajuk ini cukup besar, penulis hanya menyebut sepintas lalu dengan satu dalil sahaja dengan setiap satunya.
Dipetik daripada karya Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang bertajuk “Bagaimana kita berinteraksi bersama dengan al-Quran al-Azim.” Antara lain menyebut: Al-Quran kitab Ilahi. Hal ini dijelaskan dengan banyak ayat antaranya:
Maksudnya: “Alif, Lam, Ra. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun rapi ayat-ayatnya, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu yang diturunkan daripada Allah SWT Yang Maha Mendalam pengetahuannya.” (Surah Hud:1)
Al-Quran adalah kitab mahfuz (terpelihara). Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Katakanlah (hai Muhammad) sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu.” (Surah al-Isra’:88)
SOALAN
Kenapa ada yang mengatakan al-Quran turun secara sekaligus atau berperingkat?
JAWAPAN
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Antara dalil yang menyatakan tentang penurunan al-Quran adalah:
Maksudnya: Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmah Kami turunkan Al-Quran, dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar) Surah al-Isra’ (105)
Kenyataan bahawa al-Quran turun secara berperingkat-peringkat atau sekaligus sebenarnya bukanlah bertentangan di antara satu sama lain. Tetapi kedua-duanya telah berlaku secara serentak dan secara berperingkat. Hal ini dapat difahami dengan kita meneliti perbahasan tentang hal ini.
Syeikh Abdul Azim al-Zarqani menyatakan bahawa penurunan al-Quran itu terbahagi kepada tiga peringkat. Lihat Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran (1/39)
Peringkat yang pertama, diturunkan al-Quran secara sekaligus pada waktu yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Hal ini jelas berdasarkan firman Allah SWT:
بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَّجِيدٌ ﴿٢١﴾ فِي لَوْحٍ مَّحْفُوظٍ
Maksudnya: (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (21) (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.(22)
Ads
Dalam menafsirkan ayat ini, Imam al-Qurtubi dan al-Tabari menyatakan bahawa Luh Mahfuz di sisi Allah dan dipelihara daripada syaitan untuk sampai kepadanya. Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran (10/196), Jami’ al-Bayan fi Takwil al-Quran (12/531).
Peringkat yang kedua adalah penurunan daripada Luh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah atau langit dunia. Hal ini dijelaskan melalui firman Allah SWT:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ
Maksudnya: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran (Surah al-Baqarah: 185)
Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa ayat ini telah disepakati oleh para ulama’ dan tiada khilaf bahawa penurunan yang dimaksudkan adalah daripada Luh Mahfuz ke langit dunia pada malam lailatul qadar secara sekaligus. Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran (2/297).
Peringkat ketiga adalah penurunan al-Quran secara berperingkat-peringkat daripada langit dunia kepada Nabi SAW melalui perantaraan malaikat Jibril AS. Ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT:
Maksudnya: Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. (193) Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (194) (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. (Surah al-Syu’ara’: 193-195)
Al-Quran telah diturunkan secara sekaligus pada dua peringkat iaitu peringkat penurunan ke Luh Mahfuz dan peringkat kedua penurunan ke Bait al-Izzah atau langit dunia. Inilah yang dimaknakan oleh firman-firman Allah SWT yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan secara sekaligus.
Adapun penurunan secara berperingkat, adalah daripada langit dunia kepada Rasulullah SAW bermula daripada detik awal Nabi menerima wahyu hinggalah yang terakhir.
MATLAMAT AL-QURAN:
Secara umumnya, al-Quran menyeru kepada banyak prinsip dan maqasid yang sesuai bagi sifat kemanusiaan. Antaranya:
*Mentashihkan akidah, sudut pemikiran berkaitan ketuhanan, kerasulan dan pembalasan.
*Mentaqrirkan kemuliaan insan, hak-haknya terutama di kalangan yang daif dan tertindas.
*Menyeru kepada pembersihan jiwa manusia.
*Membentuk keluarga solehah dan pemberian hak wanita.
*Membina ummah yang menjadi saksi kepada kemanusiaan.
*Dakwah dan menyeru kepada alam insani yang bersifat tolong menolong dan kerjasama.
Membaca doa di malam hari antara waktu yang disarankan kerana Allah SWT suka dengan hambanya yang terjaga di malam hari dan membaca doa kepada-Nya. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
Tahukah kamu jenis doa yang sesuai dibacakan ketika di malam hari? Jom amalkan barisan doa dan zikir mudah ini untuk mendapat ganjaran pahala dan kebaikan dari-Nya.
Dari Ubadah bin Shamit Radhiallahu’anhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam beliau bersabda:
“Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca:
لا إله إلا الله, وحده لا شريك له, له الملك وله الحمد, وهو على كل شيء قدير, الحمد لله, وسبحان الله, ولا إله إلا الله, والله أكبر, ولا حول ولا قوة إلا بالله
Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir, Alhamdulillaah, wa Subhaanallaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.
Maksudnya: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya;
Atau dengan mengucap kalimah;
اللهم اغفر لي
Allaahummaghfir lii.
Ya Allah, ampunilah dosa saya.
Atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya, jika dia berwudhu dan melaksanakan solat, maka akan diterima solatnya – al-Bukhari 1103, Abu Dawud 5060, Tirmidzi 3414 dan Ibnu Majah 3878.
Tidak susah kan untuk mendapat pahala di malam hari? Apa yang penting, kita haruslah sentiasa mengingati Allah S.W.T setiap masa kerana sesungguhnya Allah S.W.T ialah Maha Pencipta kita. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap anak Adam pasti pernah melakukan dosa. Sebaik-baiknya menyesali dosa yang dilakukan dengan cara taubat nasuha.
Allah SWT sangat menyukai kepada hambaNya yang bertaubat. Satu-satunya pintu yang tidak akan tertutup ialah pintu taubat kepada Allah SWT.
Pelaku taubat itu akan rasa malu, sentiasa mengalirkan air mata dan menyesal akibat dosa yang dilakukan pada masa lalu.
Solat taubat mesti dilakukan selalu. Sampai hati terasa lapang, rasa bersih, barulah rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat, hati macam seronok. Tidak mahu lagi buat dosa-dosa lama. In Shaa Allah itu tandanya taubat Allah sudah terima.
Solat taubat elok dilakukan pada waktu malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam. Bersihkan diri. Ambil wuduk. Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila sudah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek sahaja.. Baca seberapa banyak kita hendak sampai hati betul-betul tenang.. Kemudian barulah berniat..
*Baca seberapa banyak yang kita mahu. Baca sampai hati rasa lemah.
*Bila rasa sudah cukup kita Istighfar, baru doa. Bila berdoa, kita mestilah betul-betul menyesal dengan dosa-dosa kita.. Mohon Allah ampunkan dan terima taubat kita.
Sebagai permulaan, baca doa sendiri dalam bahasa melayu. Luahkan apa yang terbuku dihati. Menangislah. Merayulah. Mohon Allah ampunkan dosa.
*Bayangkan kita cuma ada satu sahaja peluang ini untuk meminta ampun dengan Allah.
*Bayangkan Malaikat Izrail sudah ada di belakang kita hendak hendak mencabut nyawa. Sekejap lagi kita akan mati. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada Allah?
*Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa Melayu pun tidak mengapa. Selepas selesai berdoa, tutuplah doa kita itu dengan;
Selepas itu duduk diam atas sejadah. Ambil masa 10 minit. Muhasabah diri kita. Tengok apa yang boleh kita perbaiki selepas ni.
Imam al-Ghazali ada berkata,
Tanda hati kita sudah mula hitam:
*Bila kita buat dosa, kita tidak rasa bersalah. *Hilang kemanisan beribadah. *Hati tidak makan nasihat.
HIJABISTA: Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kita ada banyak masa di rumah. Cubalah lakukan solat taubat ini. Kita sucikan diri sebelum menyambut kedatangan bulan Ramadan.
Surah Al-Hasyr ialah surah ke-59 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah yang terdiri atas 24 ayat.
Dinamakan Al Hasyr yang bererti pengusiran diambil dari perkataan Al Hasyr yang terdapat pada ayat ke-2 surah ini.
Di dalam surah ini disebutkan kisah pengusiran suatu suku Yahudi yang bernama Bani Nadhir yang berdiam di sekitar kota Madinah.
Tiga ayat akhir Surah Al-Hasyr mengandungi fadhilat dan khasiatnya yang tersendiri.
Ianya mempunyai ‘Asma ul Husna’ yang paling agung pada enam ayat terakhir dari surah Al-Hasyr.
Penyebutan nama-nama Allah yang paling indah yang mengkisahkan sifat-sifat-Nya yang menjadikan-Nya Tuhan.
Dia Maha Pencipta dan yang selayaknya disembah. Hanya dengan mengingati Allah maka hati kita dilatih menjadi sedar dan insaf kerana kita ini hamba-Nya.
Keistimewaan Dan Fadhilat Tiga Ayat Akhir Surah Al-Hasyr
Apabila diamalkan membaca tiga ayat akhir Surah al-Hasyr (Ayat 21-24) selepas Subuh dan Asar atau pada waktu pagi dan petang, ia akan
1. Mendapat rahmat Allah SWT.
2. Allah SWT menyeru para malaikat agar sentiasa berselawat kepadanya.
3. Jika meninggal dunia pada hari itu, dia diumpamakan mati syahid.
4. Dimudahkan memasuki syurga selepas meninggal dunia kelak.
Dalil mengenai keistimewaan 3 ayat akhir Surah Al-Hasyr
1) Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata: Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca ketika bangkit subuh “A’uuzubillahis-Sami’il-‘alimi-Minas-Syaitanir-Rajim.” Kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah mewakilkan 70 malaikat berselawat ke atasnya hingga ke petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.”
2) Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membaca ayat akhir surah al-Hasyr, baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal dunia pada hari itu, maka ia berhak masuk syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
3) Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr, maka Allah mempertaruhkannya kepada tujuh puluh ribu malaikat yang berselawat kepadanya sehingga masuk waktu petang. Apabila dia meninggal pada hari itu, ia meninggal sebagai seorang syahid. Dan sesiapa membaca di waktu petang, adalah dia di tempat yang telah diterangkan itu.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)
Kita meyakini dan mengamalkannya dengan berkat ‘Asma ul Husna’ yang terkandung di dalamnya dan tujuan beramal dengan Kalamullah.
Hanya dengan membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyr (ayat 22 – 24) yang mudah ini, para malaikat akan berselawat.
Semoga dengan berkat keikhlasan bacaan itu, kita mendapat syafaat selawat tersebut untuk membantu kita memasuki jannah kelak. InsyaAllah.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...