Seorang pengutip sisa klinikal di Hospital Tumpat, Kelantan, Mohd Irman Mat berkongsi kisahnya bertemu dengan seorang anak tahfiz yang dikuarantin kerana disyaki dijangkiti wabak covid-19.
Jelasnya, dia tertarik untuk mengenali anak tahfiz ini kerana Al-Quran sentiasa ada sahaja bersamanya sepanjang tempoh kuarantin tersebut.
Anak yatim piatu 10 hari ditahan positif covid-19.
Alhamdulillah..Hari ni adik Alhan #anaktahfiz dah boleh discharge selepas berada d sini lebih kurang 5,6 hari sebelum tu di Hospital Pasir Mas 10 hari (suspek jangkitan COVID19). Syukur pada mu ya ALLAH..
Hari Pertama aku melihat dia di dalam bilik kuarantin, hati jadi sayu.. Manakan tidak sedih tengok seorang budak umur 11 tahun, duduk keseorangan tanpa kedua ibu bapa (tanpa gajet, hanya bertemankan al-quran)… Mula-mula sekali perkataan hok dia kata.. Puas abe!!
Aku ambil masa sekejap berbual dengan dia (walaupun tahu risiko jika duduk lama-lama)..
Tanya ibubapa duduk mana, dia senyap.. Nampak lain muka dia… Aku cuba risik tanya orang, rupa-rupanya adik Alhan ni anak yatim piatu…
Lepas pada itu, setiap hari pagi dan petang bila aku masuk melakukan kerja mengutip sisa klinikal, aku meluangkan sekejap masa 5-10 minit untuk berbual dengan adik Alhan.. Jarang-jarang sekali bertanya dia ada nak makan apa, aku cuba pergi beli untuk dia, walaupun aku pun bukan berkemampuan tapi bolehlah berkongsi sedikit rezeki….
Hari ini, bila aku masuk mengutip sisa klinikal..
Aku tengok dia gembira, rupa-rupanya dia dah boleh keluar.. Aku beranikan diri memberikan dia telefon aku untuk dia berbual dengan ustaznya yang juga suspek covid-19 tapi duduk di wad lain…(walaupun aku tahu kontek bila berhubung dengan suspek covid) adik Alhan negatif..
Inshaallah dik, semoga kita dapat berjumpa lagi di luar…inshaallah…
Ingatkan banyak lagi yang nak diceritakan bersama adik Alhan.. tapi tak larat nak menaip doh…
Kesimpulan aku di sini…
CUBA KITA BAYANGKAN ANAK ITU ANAK KITA YANG TAK PERNAH BERPISAH DENGAN KITA.. TERPAKSA HIDUP KESEORANGAN KERANA VIRUS COVID-19 YG KITA PANDANG REMEH…
JADI TURUTILAH ARAHAN #PKP #STAYATHOME #KITAJAGAKITA #FIGHTCOVID19 #PRAY4MALAYSIA
Maaflah perkongsian aku ini bukan untuk mengaibkan adik Alhan, bukan untuk dihormati.
TAPI SEKADAR PERKONGSIAN UNTUK KITA BERSAMA…
Luahan aku seorang pengutip sisa klinikal…
ASSALAMUALAIKUM…
#salamzohor
#teamhygine #clinicalwaste
#hospitalsupportservice
kredit: mohd irman mat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI