Akui Pernah Hanyut, Fathia Latiff Kini Berhijab Semula. Mohon Diberi Peluang Kedua

Share

Tidak pernah terlewat untuk seseorang itu berubah ke arah kebaikan dalam hidupnya. Biarpun sebelum ini pernah mengambil keputusan untuk membuka hijabnya, pelakon jelita Fathia Latiff kini telah tampil bertudung semula sejak sebelum Ramadhan yang lalu.

Percaya pada pegangan agama, Fathia akui itu merupakan khilafnya yang dahulu dan redha jika ada yang skeptikal dengan keputusannya itu.

Dia juga mengakui dirinya pernah memberontak hingga tewas ketika diuji.

“Benar, saya manusia biasa. Namun, itu bukan alasan untuk saya buat silap dan kembali sedar. Seterusnya, buat lagi hal sama. Hidup ini bukan panjang lagi.

“Saya akui tewas ketika diuji. Ada fasa dalam hidup termasuk hal peribadi dan kebodohan akhirnya menjerat diri.

“Saya memberontak tidak kena gaya. Natijahnya, hanya saya tahu. Saya lupa diri ini bukan orang biasa, sebaliknya insan dikenali yang diperhati setiap tindak tanduk.

“Sampai bila saya hendak ‘pakai buang’ dalam kewajipan bertudung. Mahu atau tidak, saya kena tetap pendirian. Soal bertudung, saya kena pakai kerana itulah tuntutan wanita Islam,” katanya.

“Pada akhirnya, saya kena balik kepada pegangan agama dan kepercayaan. Saya tiada alasan kenapa kembali bertudung.

“Saya manusia biasa yang tidak lepas melakukan khilaf demi khilaf. Sekarang, saya dalam fasa membetulkan diri… Bukan mudah hendak istiqamah.

“Saya pernah hanyut, terleka dan lalai hingga jatuh terduduk saat buat keputusan membuka tudung.

“Saya tanggung semuanya kerana silap sendiri. Saya bukan masih muda lagi. Dahulu saya tidak matang.

“Sekali lagi, saya harap diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki diri dan berubah,” ujar pelakon kelahiran Ayer Hitam ini.

Fathia juga memaklumkan bahawa dia teringat pesanan ibu mengenai pemakaian hijab bukan suatu ikutan.

“Hijab adalah mahkota yang menutup aurat wanita Muslim. Malah, ketika ini, jika tidak bertudung, kita umpama ketinggalan,” katanya.

kredit: BH Online

Published by
Qiss