Benarlah kata orang bahawa kasih ibu itu membawa ke syurga. Walaupun berlainan agama, sokongan yang diberikan nyata tidak berbelah bagi.
Ketika anaknya mendaftar sebagai pelajar tahfiz, seorang suri rumah, Ang Bee Cheng, 48, hadir menemani bagi menguruskan pendaftaran tersebut. Anak sulung daripada tiga beradik, Tan Mike Foong , 23, merupakan pelajar mualaf yang berjaya menamatkan Sijil Asas Tahfiz selama setahun di Darul Quran Jabatan Agama Islam (JAKIM) Kuala Kubu.
Walaupun bergelar orang kurang upaya (OKU) penglihatan sejak dilahirkan, ianya tidak menghalang Mike Foong untuk membuktikan keupayaan menghafaz 10 juzuk al-Quran. Kini dia meneruskan pengajian peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat yang ditetapkan syarat menghafaz kesemua 30 juzuk dalam tempoh tiga tahun.
Sesi pendaftaran program diploma itu pada Selasa lalu mendapat perhatian ramai dan menjadi tular apabila dia ditemani ibunya yang bukan beragama Islam. Mike Foong memeluk Islam pada 2015 yang ketika itu tanpa pengetahuan ibu bapanya.
Dia menerima pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kubu Bharu dan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setapak, Kuala Lumpur. Ketika usianya kanak-kanak, Mike Foong berkata, dia pernah meniru suara azan di rumah kerana seringkali mendengar laungan tersebut dari surau berdekatan kediamannya di Batang Kali.
Buka radio untuk dengar bacaan solat terawih
Menurutnya, terdapat sebuah tentera di belakang sekolah menengah yang akan memasang bacaan al-Quran sebelum masuk solat.”Bila dengar azan saya tak rasa ia satu muzik, tapi kalimah. Sampailah masa berada di tingkatan empat, saya akan buka radio untuk dengar bacaan solat terawih.
“Lepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya ikut latihan kemahiran pengurusan pejabat di bawah Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).
“Ramai yang beragama Islam dan bila mereka ada kuliah agama yang dikendalikan Ustaz Mat Noor, saya bersama dua rakan bukan Islam akan dengar,” katanya.
Ads
Ujarnya, pada satu hari, pihak persatuan menjemput seorang pendakwah mualaf kerana ada di antara mereka yang ingin tahu tentang Islam. Menurutnya, dia turut serta dalam perbincangan tersebut sebelum diajukan beberapa soalan berkaitan fitrah kejadian penciptaan dan pencipta.
Lafaz dua kalimah Syahadah
“Pada hari itulah saya lafaz dua kalimah Syahadah dan sekali lagi seminggu kemudian ketika daftar secara rasmi di pejabat agama.
“Saya rahsiakan dari pengetahuan ibu bapa dan lepas setahun setengah, baru mereka tahu.
“Saya ajak ibu pergi makan kedai makan mualaf cina dan pemilik kedai tanya adakah saya muslim di hadapan ibu,” katanya.
Tamat pengajian Diploma Kemahiran Malaysia, Mike Fong menyertai Interactive Dakwah Training (IDK) sebagai sukarelawan dan belajar cara pendakwah menyantuni golongan mualaf. Dia mula mempelajari dan membaca buku Iqra selain menghafaz surah serta berjaya memenangi pertandingan hafazan mualaf di peringkat negeri Melaka.
Ads
“Selepas diberi cadangan oleh seorang rakan, saya mengikuti Kursus Asas Tahfiz di Darul Quran Jakim selama setahun bermula Januari tahun lepas,” katanya.
Ibunya memberi reaksi terkejut apabila Mike Fong membuat pengakuan memeluk Islam ketika menjawab soalan pemilik kedai makan itu.
Bee Cheng berkata, dia bertanya lanjut mengenai tersebut kepada anaknya selepas mereka pulang ke rumah.
Terkilan namun akur dengan keputusan anak…
Menurutnya, walaupun terkilan dan mengambil masa hampir setahun untuk menerima hakikat namun dia akur dengan keputusan anak sulungnya itu.
“Saya takut kehilangan Mike sebab ramai yang kata, orang Islam tak boleh tinggal dengan bukan Islam dan saya takut Mike tak boleh uruskan diri.
Ads
“Lepas Mike terangkan segalanya, baru saya boleh terima dan gembira tengok perubahan dia yang semakin baik.
“Saya sendiri teman dia daftar sebagai pelajar tahfiz dan mula-mula dulu, hari-hari saya datang jenguk Mike sebab rumah kami di Kampung Asam Kumbang tak jauh, dalam 10 minit saja,” katanya.
Bee Cheng berkata, Mike Foong dilahirkan tidak cukup bulan dengan berat 900 gram dan ditahan di wad hospital.
Kekalkan nama asal, keluarga harta yang tidak ternilai
Menurutnya, bapa Mike Foong, Tan Ang Chong, 54, mengusahakan bengkel sendiri manakala dua lagi anak masing-masing berusia 20 dan tujuh tahun.
“Kami semua bukan Islam dan hanya Mike saja Islam tapi hidup bahagia malah anak bongsu suka tengok Mike solat,” katanya.
Sementara itu Mike Foong berkata, dia tidak mempunyai keluarga angkat beragama Islam kerana ibu bapa dan dua adiknya adalah harta dunia akhirat yang tiada pengganti.
Menurutnya, nama asal dikekalkan kerana tiada keperluan berbuat demikian walaupun sudah menganuti Islam.
Pemain ragbi New Zealand, Ofa Tu’ungafasi telah terbuka hati memeluk islam selepas melawat mangsa serangan masjid di Christchurch bersama rakannya Sonny Bill Williams.
“Allahu Akhbar, hari ini ibu Sony dan juga Ofa telah bergelar muslim. Moga Allah permudahkan buat mereka dan kurniakan syurga Firdausi. Amin. Podcast akan datang insyaAllah,” tulis John Fontain di laman Facebooknya.
Allahu akbar today Sonny Bill William's mother and his team mate Offa Tuungafasi accepted Islam. May Allah make it easy…
Ofa yang berasal dari Tonga bersama Sony telah meluangkan masa di Hospital Christchurch bagi memberi sokongan pada mangsa serangan.
Ofa menyifatkan mangsa-mangsa serangan yang terselemat sebagai sumber inspirasi buat semua dan mendoakan mereka agar cepat sembuh.
Sesungguhnya dengan setiap kesulitan adanya kesenangan. Saya dapat pengalaman paling bermakna apabila melawat saudara sesama muslim di hospital pada hujung minggu. Sangat terinspirasi dan dapat menerima kekuatan. Moga Allah berikan kesembuhan segera pada kamu,” tulisnya.
Verily, with every hardship comes ease. Had the most amazing experience visiting the Muslim Brothers in hospital on the weekend. Am inspired and have drawn so… https://t.co/GHpJT2DTnA
Buat makluman semua, Sonny telah memeluk Islam pada tahun 2008 di masjid di Sydney.
Di New Zealand, Islam adalah agama minoriti selepas sebuah kumpul kecil imigran Muslim dari Asia Selan dan juga Timur Eropah datang ke situ pada awal 1900 hingga 1960-an.
Penghijrahan itu jika dijadikan sebagai sebuah ceritera, pastinya memiliki banyak babak-babak indah didalamnya. Ada ketikanya, lembaran ceritera itu ada pahitnya, namun tidak hilang jua rasa manisnya. Perjalanan penghijrahan yang dilalui, jika benar-benar diamati dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan, pasti memberi seribu satu kepuasan yang bermakna dalam diri, apabila diri menjadi yang lebih baru dan baik dari semalam.
Begitulah jua kembara hijrah seorang anak seni ini yang banyak kejayaannya. Disulami dengan seribu kemenangan, namun diserikan pula dengan sebuah ceritera perubahan yang penuh bermakna.
Namanya tidak asing lagi dalam dunia seni tempatan. Malah, sayap kariernya terbang megah jauh ke negara China. No Turning Back mengupas lanjut tentang penghijrahan Shila Amzah yang kini lebih selesa dengan penampilan berhijab dan lebih santun.
“Tak lengkap jika tidak bertudung..”
Berbicara mengenai penghijrahannya, semuanya bermula pada bulan Ramadan yang mulia. Apabila Shila harus berhijab atas tuntutan kerja, dari situlah hidayah Allah SWT hadir dalam hatinya, lalu bercahaya dalam diri membentuk imejnya yang kini berhijab.
“Ketika saya memutuskan untuk memakai hijab, saya mula mencubanya dalam bulan puasa. Apatah lagi bila ada photoshoot raya, jadi saya harus mengenakan hijab atas dasar untuk menghormati bulan Ramadan yang mulia. Jadi bila sudah terbiasa, apabila sampai di rumah dan saya tanggalkan hijab, saya mula rasa tidak lengkap. Dari situlah bermula titik penghijrahan saya.
Pada awalnya, saya lakukan secara perlahan-lahan dan tidak mengumumkan tentang imej baru saya itu kerana masih awal dan ada rasa kurang selesa ketika itu,” kongsinya.
“Mereka suruh saya buka hijab..”
Umum tahu bahawa nama Shila Amzah bukan sahaja gah di persada muzik tempatan, malah negara China juga turut menerima baik bakatnya dan digilai penonton di sana saat Shila mengalunkan kemerduan suaranya. Namun, benarlah kata peribahasa Melayu, ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri’.
Kongsi Shila, selepas dia memenangi pertandingan nyanyian di China, Asian Wave 2012, pihak pertandingan itu menyuruhnya untuk membuka hijab dan menukar dengan gaya yang lain. Tetapi, bagi Shila, ia bukanlah tiket untuk terus melupakan dirinya dan kekal berdiri di atas sebuah tiang istiqomah yang kukuh lagi utuh.
“Bagi mereka, hijab itu umpama gaya fesyen sahaja. Jadi, apabila saya memenangi pertandingan itu, sebelum saya menandatangani kontrak bersama mereka, pihak sana menyuruh saya untuk membuka hijab dan menukarkan dengan gaya fesyen yang lain.
Jawab saya, mereka harus menerima saya seadanya sekiranya ingin menjalinkan perjanjian bersama,” tegas Shila.
“Berbaliklah kepada agama..”
Bukan mudah untuk kekal istiqomah dalam setiap perubahan yang dilakukan. Hari-hari yang dilalui pasti ada sahaja asbab untuk kita terfikir sejenak tentang masa lampau yang kadang-kala berperang dengan hati untuk kekal dengan penghijrahan itu.
Kongsi Shila, untuk kekal istiqomah, dia sentiasa kembali kepada pegangan agama. Biarpun perubahan itu umpama melayari lautan yang berombak, namun pengakhirannya pasti menjanjikan sebuah keindahan.
“Kita sebagai manusia biasa, pasti iman ada pasang surutnya. Kadang-kala bila kita lihat gambar-gambar di media sosial, dan ada yang berfesyen tanpa hijab, hati tiba-tiba terusik terpegun dengan gaya fesyen itu. Jadi, kalau saya sudah ada fikiran sebegitu, saya sibukkan diri dengan mengemas rumah, melayan anak dan tinggalkan media sosial buat seketika,” tambah Shila mengakhiri bual bicara bersama Hijabista.
Personaliti media sosial, Maryam Younarae yang juga isteri kepada pempengaruh media sosial ‘Durian Kimchi’, Ryzal Ibrahim berniat untuk terus mempraktikkan pemakaian khimar di Malaysia seperti mana yang menjadi persalinan kebiasaan kebanyakan wanita di negara Timur Tengah.
Menurut Maryam, pemakaian khimar ini boleh memberikan keselesaan buat para wanita melakukan aktiviti harian dan pada masa sama memudahkan urusan ketika solat.
Katanya lagi, penggunaan kualiti kain daripada Korea Selatan juga nyata memberikan keselesaan buat si pemakai.
Khimar Lebih Selesa Dan Praktikal Berbanding Telekung
“Saya buat khimar ini untuk kegunaan seharian atau ketika berjalan-jalan. Boleh juga digunakan sewaktu solat.
“Memakai telekung untuk aktiviti harian mungkin agak tak sesuai kerana ia labuh dan kainnya tebal, tapi khimar ini sangat selesa.
“Bagi orang yang tak tahu mengenai khimar terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan saya, mereka tertanya-tanya saya tak panas ke? Selesa ke?
“Jadi, saya mahu mereka cuba sendiri. Oleh itu, saya sudah merancang untuk mewakafkan khimar ini di masjid-masjid di Malaysia dan Korea Selatan,” katanya.
Maryam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran Khimar MaryamNarae by Maryam You Narae bertempat di Lola by SeraiGroup KLGCC.
Terkilan Khimar Masih Belum Terkenal Di Korea!
Bagaimanapun, pelakon filem Mat Tudung Begins ini akui agak terkilan apabila pemakaian khimar masih belum boleh diterima ramai lebih-lebih lagi di negara kelahirannya, Korea Selatan.
“Pada Oktober lalu, saya balik ke Korea. Saya ada berkongsi video memakai khimar ketika ke pasar. Video tersebut telah viral dan menerima 12 juta tontonan.
“Orang-orang di Korea melihat saya dalam keadan pelik. Sebagai manusia, saya juga ada perasaan takut dan tertanya-tanya apa yang mereka fikirkan.
“Buat pertama kalinya, saya mengeluh kepada Allah. Kalau nak saya memeluk Islam, kenapa lahirkan saya sebagai orang Korea dan bukannya orang Malaysia? Kenapa beri saya situasi susah?,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, hal tersebut tidak sesekali melunturkan semangatya untuk berkongsi tentang keindahan Islam.
“Kemudian saya dapat jawapan. Kerana saya orang Korea Selatan dan seorang muslim, jadi, lebih mudah untuk saya mendekati mereka dan berkongsi tentang Islam.
“Saya akan terus tunjukkan perkara yang baik-baik. Sama seperti suami saya, Ryzal. Ketika dia membawa saya memeluk Islam, dia tak pernah paksa saya buat itu ini tapi dia menunjukkan contoh.
“Bila sudah terbiasa, saya pula ada keinginan untuk belajar sendiri. Setiap perkara yang berlaku ada prosesnya. Kita tak boleh terus berubah 360 darjah,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Maryam turut memaklumkan dia memulakan bisnes pakaian muslimah ini sebagai tanda untuk menghargai nikmat rezeki yang telah dikurniakan Allah.
“Ramai tahu saya peroleh rezeki yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Ada orang bila dapat rezeki, mereka hanya berterima kasih tapi tak buat apa-apa.
“Bila dapat rezeki, kita kena memanfaatkan pemberian itu. Allah nak kita memanjangkannya untuk perkara yang baik. Ini cara saya saya memanfaatkan rezeki,” akhirinya.
Untuk rekod, Maryam You Narae merupakan wanita asal Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan sebelum berkahwin dengan pempengaruh media sosial asal Malaysia, Nik Muhammad Rizal dan popular dengan Youtube ‘Durian Kimchi’, Maryam hanyalah seorang wanita biasa yang mengusahakan kedai menjual kuih walnut bersama ibunya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Ria Ricis mengisi Ramadan 2025 dengan menunaikan ibadah umrah. Tidak berseorangan, Ria Ricis turut membawa anak kesayangannya, Moana bersama-sama.Perjalanan ibadah umrah Ria Ricis dan...