‘Aku Rasa Akulah Hamba Paling Shameless Minta Macam-Macam’ -Hazeman Huzir

Share

Personaliti terkenal, Hazeman Huzir berkongsi sedikit ilmu yang diperoleh mengenai ketenangan. Ujar bekas hos Motif Viral ini, kita boleh mendapatkan nikmat ketengan itu sebagai hamba Allah apabila kita benar-benar berserah kepadaNya.

Ujarnya, dahulu dia dia merasa serabut kerana terlalu mengejarkan harta hinggalah satu hari hatinya terjentik sewaktu mendengar usrah.

Tenang. Aku rasa aku tenang dalam gambar ni.

Nak compare dengan gambar-gambar aku dulu yang, eh serabutnya entah apa yang nak diserabutkan.

Maybe serabut mengejar rezeki lah mostly. Harta.

Siap dalam doa pun pinta rezeki yang melimpah ruah.

Nak harta banyak. Nak duit yang banyak.

Aku rasa aku lah hamba paling shameless mintak macam-macam 🤭. Sampai atas sejadah tu lama benor rasanya aku duduk kat situ doa macam macam. Lagi lama doa daripada solat kalau nak ikutkan.

Sampai lah satu hari dalam usrah Haze, terkeluar satu statement dari sahabat. “Manusia ni sebenarnya bodoh sebab ingat Allah tak tau apa yang kita nak. Sebab tu kita minta macam-macam.

Bila Allah sayang kita, semua perkara akan diberi automatic tanpa kita perlu minta. Dia kan Maha Kaya”. Tersentak adik sejenak di situ.

Perasaan ketika itu seperti senak tumbukan yang menciduk ke arah atas di bahagian diaphragm perut.

Maka bertukar lah doa aku sekarang. Lebih ringkas. Lebih padat.

Dan seperti dalam ceramah di universiti, di Live IG, di TV, ada satu soalan lazim yang CONFIRM orang akan tanya. “Dalam Doa, apa yang Haze selalu minta?” (Selain yg lazim: seperti doa untuk ibu bapa etc)

Jawapannya Haze share sini lah ya. Mana tau korang macam aku dulu tak tau nak doa apa sebab malu dengan Allah. “Ya Allah, aku SERAHKAN jiwa ku, raga ku, jasad ku, roh ku kepada kau untuk kau perlakukan apa sahaja kepada ku asalkan aku diredhai”. Oh dan dia tak habis kat situ ya kawan-kawan.

Dia ada next step, iaitu berserah.

Berserah kepada apa sahaja yang akan berlaku pada diri kau selepas itu.

Terima dengan depa tangan yang luas terbuka. Tadah segala apa yang bakal menimpa.

Dan yakin akan Maha Pengasihnya Allah itu kepada kita, segala apa yang Dia bagi sebab dia nak redhakan kita.

Terima sahaja seperti seorang hamba. Kerana hakikatnya itulah kita.

Hanya hamba.

Takut kan?

Dah, nak buat macam mana? Syurga itu bukan percuma.

Semestinya untuk redha itu adalah antara perkara yang sukar untuk kita lakukan dengan seikhlas hati. Bibir mungkin boleh menipu tapi hati sama sekali tidak. Oleh itu, kita haruslah mendidik hati kita supaya sentiasa berserah pada Allah dan yakin bahawa perancanganNya adalah yang terbaik. InsyaAllah.

Published by
Qiss