Bintang filem Jai Ho, Sana Khan merupakan aktres Bollywood terkenal yang sering membintangi filem serta menjadi model iklan.
Namun, pada tahun 2020 dia meninggalkan dunia hiburan untuk berhijrah (berhijab).
Genap sebulan berhijrah, Sana Khan bertemu jodoh dengan seorang ustaz dikenali sebagai Mufti Anas pada 20 November 2020.
Perkahwinan mereka tidak didedahkan kepada umum sehinggalah Sana Khan memuat naik potret mereka ke Instagram.
Kehidupan aktres jelita berusia 36 tahun kelahiran Mumbai, India ini berubah secara total. Kini Sana Khan dikenali dengan nama Saiyad Sana Khan.
Sana Khan begitu komited dengan keputusannya untuk berhijrah dan tidak lagi aktif dalam dunia hiburan.
Penampilannya turut berubah di mana dia sering mengenakan tudung dan abaya longgar serta labuh.
Biarpun berhijab dan bertudung labuh namun Sana Khan sering tampil dengan gaya modest and fashionable!
Sana Khan tidak menafikan kehidupannya dilimpahi populariti sepanjang bergelar artis. Namun, dia sedar bahawa tujuannya hidup di bumi adalah untuk mengikut perintah Pencipta.
Sana Khan juga sering memuat naik hantaran berbentuk Islamik ke media sosial.
Pun begitu, walaupun sudah meninggalkan dunia hiburan, Sana Khan masih aktif bekerja.
Selain menguruskan dan menemani suaminya dalam aktiviti-aktiviti keagamaan, Sana Khan juga rancak berbisnes.
Sana Khan kini bergelar usahawan fesyen dan pemilik jenama fesyen Muslimah iaitu Haya by Sana Khan di bandar Surat. Selain butik, Sana Khan turut memiliki pusat rawatannya sendiri iaitu Face Spa by Sana Khan.
Sana Khan dan suami juga aktif melakukan aktiviti sosial ‘Hayat Welfare Foundation’ yang diasaskan oleh mereka.
Biarpun telah berhijab, Sana Khan tetap mendapat sokongan daripada para sahabat dan para peminatnya. Sana Khan dianggap selamanya ‘bintang’ di hati mereka.
Kredit Foto: Instagram Sana Khan