Bintang filem Jai Ho, Sana Khan merupakan aktres Bollywood terkenal yang sering membintangi filem serta menjadi model iklan.
Namun, pada tahun 2020 dia meninggalkan dunia hiburan untuk berhijrah (berhijab).
Genap sebulan berhijrah, Sana Khan bertemu jodoh dengan seorang ustaz dikenali sebagai Mufti Anas pada 20 November 2020.
Perkahwinan mereka tidak didedahkan kepada umum sehinggalah Sana Khan memuat naik potret mereka ke Instagram.
Kehidupan aktres jelita berusia 36 tahun kelahiran Mumbai, India ini berubah secara total. Kini Sana Khan dikenali dengan nama Saiyad Sana Khan.
Ads
Sana Khan begitu komited dengan keputusannya untuk berhijrah dan tidak lagi aktif dalam dunia hiburan.
Penampilannya turut berubah di mana dia sering mengenakan tudung dan abaya longgar serta labuh.
Biarpun berhijab dan bertudung labuh namun Sana Khan sering tampil dengan gaya modest and fashionable!
Ads
Sana Khan tidak menafikan kehidupannya dilimpahi populariti sepanjang bergelar artis. Namun, dia sedar bahawa tujuannya hidup di bumi adalah untuk mengikut perintah Pencipta.
Sana Khan juga sering memuat naik hantaran berbentuk Islamik ke media sosial.
Pun begitu, walaupun sudah meninggalkan dunia hiburan, Sana Khan masih aktif bekerja.
Selain menguruskan dan menemani suaminya dalam aktiviti-aktiviti keagamaan, Sana Khan juga rancak berbisnes.
Ads
Sana Khan kini bergelar usahawan fesyen dan pemilik jenama fesyen Muslimah iaitu Haya by Sana Khan di bandar Surat. Selain butik, Sana Khan turut memiliki pusat rawatannya sendiri iaitu Face Spa by Sana Khan.
Sana Khan dan suami juga aktif melakukan aktiviti sosial ‘Hayat Welfare Foundation’ yang diasaskan oleh mereka.
Biarpun telah berhijab, Sana Khan tetap mendapat sokongan daripada para sahabat dan para peminatnya. Sana Khan dianggap selamanya ‘bintang’ di hati mereka.
Kredit Foto: Instagram Sana Khan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja Resort World Genting Highlands, pasti terbayangkan Taman Tema Terbesar di Malaysia yang mempunyai pelbagai ‘daya tarikan’ menarik dan sesuai dikunjungi seisi keluarga mahupun bersama sahabat handai. Samada untuk tujuan beriadah, mahupun meluangkan masa bersama insan tersayang.
Sehubungan itu pada tahun baharu 2023 ini, pihak pengurusan pusat peranginan bersepadu di Asia, Resorts World Genting (RWG) telah mengorak langkah penuh bergaya dengan melancarkan kemunculan sulung muzik video baharu mereka yang berjudul “Welcome to My World!” dalam satu majlis pelancaran kempen semalam.
Muzik Video “Welcome to My World!” Tampilkan Nana Sheme Bersama Barisan Artis Popular Lain!
Menariknya, muzik video yang berprestij ini menampilkan barisan artis tempatan terkemuka seperti Nana Sheme, As’ad Motawh, Zee Avi, Jestinna Kuan dan dan Alyssa Dezek.
Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran Genting Malaysia Berhad, Spencer Lee berkata kempen “Welcome to My World” yang dilancarkan itu bertujuan memberikan para pengunjung satu perasaan bahawa ‘dunia RWG’ adalah hakmilik mereka bersama. Malah, mereka boleh memanggilnya sebagai My World.
Jelasnya lagi, muzik video ini bertujuan menyemarakkan lagi keterujaan dan mengalu-alukan para pengunjung ke pusat peranginan itu.
“Jika anda rasa anda pernah ke sini, jangan fikirkan bahawa anda telah menyaksikan segalanya, kerana kami sentiasa mencipta pengalaman baharu untuk anda.
“Tahun 2023 ini RGW bakal membawa lebih banyak acara menarik dan produk baharu khusus buat para pengunjung, dipenuhi dengan pelbagai daya tarikan untuk dinikmati dan merasai sendiri setiap pengalaman di RWG yang pastinya berbeza berbanding sebelumnya,” ujarnya.
5 Daya Tarikan ‘Wajib’ Dikunjungi Pada 2023!
Selain itu, RWG juga turut mempromosikan pengalaman unik yang tinggi di awan bagi semua pengunjung di Taman Tema Genting SkyWorlds yang baru dibuka, dimana para pengunjung juga boleh menikmati tarikan-tarikan lain seperti Taman Tema Tertutup Skytropolis, Ripley’s Adventureland, Vision City Games Park dan BigTop Video Games Park.
“Kami sentiasa proaktif dalam memperbaharui dan menambah baik pusat peranginan kami untuk memberikan pengalaman baharu kepada para pengunjung kami,” katanya.
1. Taman Tema Genting SkyWorlds (Tarikan Terbaharu)
2. Taman Tema Tertutup Skytropolis
3. Ripley’s Adventureland
4. Vision City Games Park
5. BigTop Video Games Park.
Untuk rekod, pusat peranginan Genting Highlands yang terletak 6,000 kaki dari aras laut dan menawarkan persembahan hiburan ‘live’ bertaraf dunia dan acara-acara ikonik ang sesuai dinikmati bagi semua lapisan umur. ‘
Apa lagi hijabi? Pastikan Genting Highlands berada dalam bucket list dan intinerary percutian anda tahun ini! Kerana ia satu-satunya pusat peranginan yang boleh anda boleh kategorikan sebagai “My World!”
Banyak yang kita lihat baru-baru ini mengenai contentTikTok yang banyak menghiburkan hati orang ramai. Ada juga yang sedikit sebanyak kurang gemar di dengari kerana ia menjadi bualan orang ramai yang berunsurkan kutukan.
Viral baru-baru ini mengenai sebuah TikTok video yang agak popular di mana seorang TikToker menerjah orang awam untuk menyambung ayat al-Quran. Ramai penonton yang terpegun apabila datang kehadiran seorang pakcik yang lunak suaranya menyambung ayat yang perlu di sambungnya.
Bukan sekadar kontent tetapi juga berdakwah
Memang tidak di sangkal lagi apabila penggunaan platform media sosial banyak berunsurkan perkara yang hiburan dan juga sebagai satu yang lagha (tidak berfaedah). Namu, tidak semua konten yang di buat oleh seorang content creator itu selalunya memberikan suatu maklumat yang tidak berfaedah.
Terdapat seorang individu baru-baru ini dengan nama akaun media sosialnya @abdaqawiyaro atau nama sebenarnya, Abdul Qawiy, membuat konten buat akaun TikTok dengan berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sambil memegang kotak bertulis “Sambung ayat Quran dapat RM50”. Tujuannya itu meraih perhatian orang di internet apabila kelihatan seperti tiada yang berminat untuk menyapanya walaupun di awal video.
Abdul Qawiy yang merupakan seorang tahfiz itu kelihatan tetap tersenyum manis sambil memegang kepingan kotak yang bertulis itu masih menantikan kehadiran sesiapa sahaja yang ingin mencuba. Andaian buat anda yang melihat video ini pada saat pertama pasti mebuatkan anda menggigit jari jika anda adalah orang yang datang menerpa saudara Abdul Qawiy, dapatkah anda menyambung dengan baik? Pasti gugup jantung di buatnya.
Dalam video perkongsiannya itu, Abdul Qawiy juga telah mengajak seorang budak lelaki untuk menyambung ayat Quran. Budak lelaki itu kelihatan agak tergagap dan tidak dapat untuk menyambung ayat Quran yang dia berikan.
Lalu, bapa kepada budak lelaki tersebut pula mengambil alih menggantinya sejurus kelihatan dia tidak mampu untuk menyambung ayat Quran itu. Lelaki yang di kenali sebagai Muhammad Ridhwan itu pula menyambung Quran.
Sebelum dia di berikan peluang untuk menyambung, Abdul Qawiy yang di kenali orang ramai dengan suaranya yang lunak dan merdu ketika menghafazkan ayat al-Quran itu di kejutkan lagi apabila Encik Muhammad Ridhwan itu menyambung dengan suaranya yang merdu! Meremang bulu roma bila mendengar ayat yang di hafazkan dengan merdu sekali.
Ramai warganet yang terpegun melihat kedua suara Abdul Qawiy dan juga pakcik yang mengganti anaknya demi menyahut cabaran itu. Rata-rata turut memberikan komen yang memberangsangkan.
“Macam imam solat jumaat duh ayah dia,
“Kita yang mendengar dia baca pun dapat pahala.” ujar warganet yang memuji suara Muhammad Ridhwan.
Ada juga yang cuba untuk memberitahu seeloknya banyakkan lagi konten seperti ini di media sosial supaya ramai yang boleh berubah kearah kebaikan. Bahkan, boleh juga menimba ilmu serta boleh peroleh pahala dengan menyokong konten seperti ini.
“Konten macam ini lah kita perlukan untuk sentiasa lalu di feed-feedtiktok, support,
“Buat lagi konten macam ini bang, saya suka,
“Macam ini baru best memandaikan umat Islam.” itulah antara komen yang menyokong konten seperti ini di perkasakan lagi oleh para influencer.
Walau apa pun,anda harus tahu setiap orang mempunyai cara pendekatan yang berbeza, mungkin di media sosial seseorang itu banyak perkongsian yang tidak menjurus kepada dakwah tetapi mungkin dia melakukan dakwah melalui saluran yang lain. Kita hidup penuh andaian, jangan terlalu berpasak kepada paksi yang kita rasakan diri ini sahaja yang betul, ingatlah untuk lebih terbuka.
Di pejabat, perhatian sering terganggu oleh sesuatu. Sama ada kerana arahan secara tiba-tiba, tiba-tiba pihak atasan marah dan rakan sekerja yang menjengkelkan. Perkara-perkara ini sering menyebabkan anda berada dalam mood yang tidak baik di tempat kerja. Mood pasti mempengaruhi bagaimana kerja berjalan pada hari itu.
Menangani emosi juga penting dalam dunia pekerjaan.Satu silap langkah, mood buruk yang anda rasa sebenarnya membuatkan anda kehilangan diri sendiri. Berikut ialah beberapa cara untuk menangani mood yang tidak baik di tempat kerja di pejabat.
Jika anda tidak dapat mengawal emosi anda, satu-satunya cara untuk mengatasi mood buruk di tempat kerja ialah mencari tempat yang tenang di pejabat. Anda boleh mencari di sana untuk perkara yang akan membuat anda melupakan mood buruk anda.
Contohnya bumbung pejabat, kafe terdekat atau sekadar tempat berehat di pejabat. Cuba elakkan orang supaya kau tak banyak cakap.
Lebih Baik Diam Seketika
Mereka berkata diam adalah emas. Ia boleh menjadi sempurna apabila anda berada dalam mood yang tidak baik. Menyebut ayat atau bercakap dengan rakan sekerja sering membangkitkan emosi. Berdiam diri selama beberapa saat untuk mengawal kerengsaan anda.
Apabila anda berasa lebih baik, anda boleh berkomunikasi dengan orang di sekeliling anda.
Cari Mood Booster
Apabila anda berada dalam mood yang tidak baik, tidak ada salahnya mencari penambah mood. Anda boleh membeli coklat atau makanan yang akan menggembirakan anda. Walaupun ia agak biasa, kami menjamin bahawa ia akan membantu anda menangani mood yang tidak baik di tempat kerja.
Jangan lupa kongsi dengan rakan anda jika anda membeli lebih banyak!
Cari Aktiviti Selain Kerja
Anda mencari aktiviti di luar kerja yang boleh anda lakukan walaupun anda berada dalam mood yang tidak baik. Anda boleh keluar sebentar untuk berjalan di koridor pejabat atau hanya merenung pemandangan dari tingkap, menonton rancangan TV atau menonton video muzik di YouTube.
Aktiviti ini juga dianggap berkesan kerana pada masa ini perhatian anda terganggu daripada apa yang anda lihat.
Tarik Nafas Dalam-Dalam
Cara paling mudah untuk menangani mood yang tidak baik di tempat kerja ialah dengan menarik nafas dalam-dalam. Ia lebih mudah kerana anda tidak perlu ke mana-mana dan melakukan apa-apa. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan untuk membuat anda berasa lebih santai. Lakukan ini beberapa kali sehingga anda lebih baik daripada sebelumnya.
Bukan mudah untuk mengubah mood yang tidak baik di tempat kerja. Untuk membuat diri anda lebih gembira, cuba rancang aktiviti yang lebih menyeronokkan. Sebagai contoh, anda merancang aktiviti pada hujung minggu dengan menganjurkan kelas membuat bunga atau mengadakan barbeku bersama rakan-rakan.
Saya harap tips di atas adalah langkah selamat untuk mengurangkan bad mood kita di tempat kerja, ok!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Clean outfit menjadi trend sepanjang zaman yang memberikan kekemasan, keanggunan, dan kesederhanaan. Gaya pakaian ringkas namun stylish ini semakin popular terutama di kalangan selebriti.yang...