Kecantikan

Aktiviti ‘Hiking’ Bantu Untuk Kuruskan Badan, 5 Sebab Utama Kenapa Ramai Yang Suka Aktivit Ini!

Share

Sama ada anda lakukan berseorangan, berkumpulan ataupun bersama yang tersayang, memang tidak dinafikan bahawa ramai yang suka akan aktiviti ‘hiking’ kerana ia banyak memberi manfaat pada tubuh badan dan juga minda.

Aktiviti ‘hiking’ merupakan salah satu aktiviti kembara berjalan kaki dengan mendaki bukit hingga ke puncak. Lokasi terkenal seperti Bukit Broga, Bukit Putih dan juga Gunung Kinabalu menjadi salah satu tempat wajib bagi mereka yang sukakan aktiviti ini.

Sumber gambar: Vanessa

Aktiviti seumpama ini mampu menguatkan serta meningkatkan tahap kecergasan anggota fizikal serta menjimatkan perbelanjaan kerana tidak memerlukan peralatan atau kelengkapan khas. Jarak perjalanan kembara ‘hiking’ yang dilakukan adalah bergantung kepada kemampuan seseorang, khususnya fizikal badan serta kekuatan tenaga dan perbafasan.

Pelbagai kebaikan ataupun manfaat yang dapat kita perolehi dari aktivi ini. Antaranya adalah:

Sumber gambar: RF Studio

Salah satu latihan kardio yang terbaik

Apabila mendaki bukit, jantung anda akan bekerja dengan lebih kuat untuk menyalurkan darah ke badan anda. Anda akan lebih cepat berpeluh dan dapat membakar lebih banyak kalori. Bebanan badan yang di angkat dan berjalan kaki dengan melalui laluan yang tidak rata (iaitu bukit) semestinya menghasilkan peluh yang banyak dan seterusnya membawa kepada pembakaran kalori dalam badan Kalau selalu mendaki bukit, jantung anda pasti akan sihat.

Membentuk tubuh badan yang menarik

Selain berlari, mendaki bukit juga dapat membakar kalori yang banyak. Menaiki bukit dapat menguatkan otot-otot kaki

dan otot gluteus anda. Pendakian semestinya memerlukan tenaga yang banyak, khususnya kaki kerana ia berfungsi untuk mengangkat serta keseimbangan badan semasa bergerak. Ini dapat menganjalkan bahagian pinggul, peha dan kaki anda. Mereka yang selalu mendaki bukit mempunya kaki yang kuat dan pinggul yang anjal.
Sumber gambar: Leah Kelley

Menguji kekuatan dan ketahanan badan

Ya! Memang benar mendaki gunung penuh dengan risiko bahaya seperti kekejangan, tanah runtuh, tergelincir dan sebagainya. Tetapi jika anda mendaki, Ia akan menguji kekuatan fizikal dan mental anda. Anda akan lebih kuat untuk menghadapi segala cabaran di masa akan datang. Cabaran ketika mendaki bukit dapat menguji cara pengendalian masalah anda. Stamina badan akan lebih sihat dan cergas sekiranya kerap atau sekurang – kurangnya seminggu sekali melakukan aktiviti hiking. Badan akan terasa ringan dan lincah untuk bergerak khususnya semasa melakukan kerja harian.

Sumber gambar: Uriel Mont

Membantu mengurangkan depresi

Menurut kajian, sembilan puluh minit melakukan aktiviti panjat bukit ataupun gunung dan berada di sisi alam semulajadi boleh mengurangkan rasa depresi pada otak.

Mengurangkan stres

Berjalan jauh, menolong rakan-rakan dan mendaki bukit boleh menjadi punca positif pada kepada minda dan hati yang stres akibat pelbagai masalah.

Published by
Putra