Hidayah itu milik Allah swt, dan akan dikurniakan kepada hamba-hambanya yang terpilih sahaja. Begitu juga kisah seorang aktivis ‘anti Islam’ yang akhirnya memeluk Islam setelah dikurniakan hidayah.
Terdahulu, pada 2015, Shermon Burgess merupakan bekas ketua kumpulan sayap kanan United Patriot Fronts (UPF) dan terkenal sebagai pemprotes anti-Islam yang berhasrat menghancurkan pembinaan masjid di Bendigo.
Namun, pengumuman Burgess baru-baru ini yang bertindak mengisytiharkan dirinya kini seorang muslim dan telahpun memeluk agama Islam mencetuskan kejutan bagi orang ramai, khususnya puak berhaluan kanan.
Burgess menjelaskan, tujuan utama dia akhirnya terbuka hati untuk memeluk agama Islam adalah kerana begitu tertarik terhadap pendirian teguh Islam berhubung isu maskuliniti, peranan jantina dan penentang total terhadap lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).
Ketika ditemubual secara eksklusif menerusi portal berita Australia yang dikenali sebagai Crikey, Burgess mendedahkan bahawa kali pertama hatinya disentuh untuk memeluk Islam adalah semasa dunia termasuk Australia dilanda pandemik Covid-19.
Menurutnya lagi, antara titik penting dna sejarah bermakna bagi dirinya adalah ketika bertemu dengan Ketua Muslim Freedom Movement, Youssra Rose yang menjadi pengantara dan banyak berkongsi input dan pandangan lebih jelas untuk dia memahami Islam.
Artikel berkaitan: Melampau! Golongan ‘Islamophobia’, Bakar Dan Gantung Kepala Babi, Rencatkan Pembinaan Masjid Di Korea Selatan
“Anda mesti tidak percaya melihat saya berdiri bersama orang Islam untuk berjuang dengan tujuan sama, namun kini banyak yang telah berubah.
“Kini saya bersama komuniti Muslim untuk melawan penindasan Zionis dan Freemason yang memerintah,” katanya.
Malah, Burgees berkata, sebaik sahaja bekas ahli-ahli UPF cakna berkenaan perkara ini, dia telah menerima banyak kecaman dan ugutan. Lebih buruk lagi, akaun media sosialnya dihujani dengan kata-kata kesat yang begitu teruk.
Bagaimanapun, Burgess sedikit pun tidak terkesan dan perkara itu membuatkan dirinha terus bersemangat untuk terus mendalami dan mempelajari agama Islam.
“Ramai antara mereka merupakan peminum arak tegar. Malah, mereka juga mempunyai kehidupan yang tunggang-langgang.
“Saya suka dengan aspek kesihatan Islam yang melatih dan menghalang penganutnya daripada mengambil alkohol serta dadah,” ujar Burgees.
Burgess turut mengakui bahawa kehidupannya setelah bergelar seorang muslim, jauh lebih teratur dan bermakna berbanding sebelum dirinya mengucapkan dua kalimah syahadah.
Sekadar info, terdahulu, Burgess pernah melabelkan Islam sebagai mundur dan menegaskan agama tersebut tidak sesuai diamalkan dalam cara hidup orang tempatan di Australia.
Dia juga menghasilkan pelbagai kandungan berbaur perkauman dan menghasut di laman media sosialnya ‘The Great Aussie’ sebagai tanda kebencian terhadap komuniti Muslim.
Sumber: Sinar Harian
Artikel berkaitan: Dua Hari Setelah Peluk Islam, Aktres Perancis Marine El Himer Jejak Kaki Ke Tanah Suci Tunaikan Umrah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.