Tidak semua orang dikurniakan dalam keadaan atau suasana yang baik seperti orang lain. Ada orang yang terpaksa menempuh kehidupan dengan cara yang agak sukar yang tidak dapat kita bayangi.
Menjadi impian pelakon tanah air, Fauzi Nawawi, untuk membantu ramai orang bagi meringankan beban mereka. Kini, dia bergiat aktif dalam menjalankan aktiviti amal yang sudah lebih setahun lalu dilakukannya.
Fauzi Nawawi akui sudah lama menyertai sebuah projek jihad anak seni bagi membantu golongan yang ditimpa musibah. Katanya lagi, ini merupakan satu impian buat dirinya untuk berjasa sebagai anak seni.
Menurutnya sewaktu ditemu bual oleh Harian Metro, sepanjang melakukan aktiviti amal itu, Mohd Fauzi Mohd Nawawi atau lebih dikenali sebagai Fauzi Nawawi, jelas setiap pengalaman itu mengajar dia untuk lebih merendah diri. Bahkan, dia juga memahami erti untuk bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT .
“Pengalaman dapat mendekati masyarakat mendidik hati untuk lebih merendah diri. Untuk sentiasa bersyukur terhadap apa yang kita miliki sedangkan lebih ramai orang susah dalam masyarakat,
Ads
“Saya mahu suatu hari nanti diingati sebagai seorang insan seni berjasa. Kalau diizinkan dapat rezeki lebih kelak, saya memang merancang untuk adakan projek amal kebajikan sendiri,” katanya.
Pelakon itu juga berkata hasratnya sudah lama tersimpan unyuk menyertai projek amal seperti ini. Niatnya juga pada awalnya untuk membantu warga seni yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19.
“Projek itu memfokuskan kepada pekerja seni, baik artis mahupun yang di belakang tabir. Kami bantu mereka yang terbabit dalam kemalangan, rumah terbakar dan kesulitan lain dihadapi,
“Kebanyakan warga seni tidak memiliki perlindungan insuran selain tiada pendapatan tetap. Jadi kami mahu ringankan beban mereka setakat yang yang kami mampu membantu,” ujarnya.
Ads
Bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada warga seni, malah dia juga membantu masyarakat biasa yang memerlukan. Fauzi juga berkata mereka juga memberi bantuan kepada mangsa yang ditimpa bencana seperti banjir.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Selebriti terkemuka negara, Neelofa telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 33 pada hari ini. Berbeza berbanding tahun sebelumnya, ia menjadi hari yang teristimewa buat dirinya kerana pada tahun ini dia meraikannya sebagai seorang ibu.
Dihujani pelbagai ucapan daripada ramai pihak, ibunya yang tersayang iaitu Datin Noor Kartini turut menitipkan ucapan istimewa buat anaknya yang tercinta itu di laman instagramnya.
Love you Ummi Bilal Sayang…
Happy Birthday anakku sayang @neelofa ❤️ Ya Allah terima kasih atas anugerahmu ini, yang telah memberikanku satu kenikmatan hidup yg tidak pernah terfikir dek akal ..
Alhamdulillah syukur Ya Allah.. semoga segala asbab dari karunia ini Allah ganjarkan dgn nikmat yg luar biasa untuk mu wahai anakku ,dengan segala kebaikkanmu Allah permudahkan segala urusan Dunia dan Akhiratmu, dengan ketaatanmu Allah buka segala pintu2 rahmatnya untukmu, dengan ketaatanmu Allah sentiasa meredhaimu, kerana mama setiap detik dan setiap saat meredhaimu dan mendoakan keberkatan untuk mu wahai anakku❤️
Moga Allah panjangkan usiamu dgn kesehatan yg afiyah dan rezeki yg barokah dan sentiasa dlm kecukupan .. amiin
Moga dgn kehadiran Bilal dlm hidupmu lebih menambahkan keserian dan kebahagiaan hingga ke Syurga .. love you Ummi Bilal sayang❤️
Di ruangan komen, ramai yang terharu dengan ucapan tersebut dan mengagumi hubungan erat di antara ibu dan anak ini.
Happy Birthday Neelofa!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
“Bertenang” mungkin merupakan kunci kepada kulit berseri, menenangkan jerawat dan mengurangkan lingkaran hitam. Malah, menggunakan kiub ais untuk wajah anda mempunyai beberapa faedah yang menakjubkan dan mengejutkan.
Ya betul! Selain menggunakan produk penjagaan kulit biasa, gosok kiub ais ke seluruh leher dan kawasan muka anda sekali sehari mempunyai faedah yang luar biasa dan boleh membantu produk penjagaan kulit anda menghasilkan hasil yang lebih cepat.
Kiub ais adalah pilihan optimum untuk semua masalah anda, sama ada cuba menghilangkan jerawat atau membuat kosmetik anda bertahan lama pada hari cuaca panas. Kiub ais di muka anda, tanpa mengira keadaan kulit anda, boleh melakukan keajaiban. Jadi, mari kita lihat bagaimana ia berfungsi.
Kiub ais yang diisi dengan jus Kentang dan jus Betik ialah teknik kecantikan yang menakjubkan yang boleh membantu anda menghilangkan bintik hitam dengan mudah dan pasti anda menyukainya. 2 resipi yang sangat mudah untuk dibuat yang bukan sahaja akan menghilangkan bintik-bintik gelap tetapi juga akan menyejukkan kulit yang merengsa.
Kentang berfungsi dengan baik dalam mencerahkan pigmentasi kulit dan dianggap terbaik dalam merawat masalah kulit.
BAHAN-BAHAN:
1 kentang kecil (saiz sederhana)
1 sudu teh jus lemon
Dulang kiub ais
Cara membuat dan menggunakan:
Kupas kentang dan parut. Masukkan kentang parut anda ke dalam pengisar atau pemproses makanan dan tambah 1 sudu teh jus lemon.
Kisar dan tuang adunan anda ke dalam dulang ais kiub.
Bekukan selama 5-6 jam atau sehingga mengeras.
Pilih satu kiub ais dan tutup dengan kain nipis.
Gosok perlahan pada muka anda selama beberapa minit.
Bilas muka anda dengan air sejuk. Keringkan dan sapukan pelembap yang baik. Gunakan 1 -2 kiub ais setiap hari untuk hasil terbaik.
Anda juga boleh menggunakan kiub ais di bawah mata untuk menghilangkan lingkaran hitam dan melegakan mata yang letih. Ia adalah salah satu penyelesaian terbaik untuk menghilangkan mata bengkak dan kantung mata. Ia mempunyai kesan penyejukan yang akan menenangkan kulit yang merengsa, manakala bahan-bahannya akan menyembuhkan dan menyembuhkan bintik-bintik gelap.
Faedah:
Berfungsi dengan berkesan untuk menghilangkan bintik-bintik gelap, menghilangkan hiperpigmentasi dan merawat cela.
Membetulkan tona kulit yang tidak sekata dan mengecilkan pori-pori besar.
Boleh juga membantu menanggalkan sel kulit mati dan meremajakan kulit supaya kelihatan berseri.
Kentang sarat dengan kalium, serat dan kaya dengan vitamin B & C, yang mencerahkan dan menyerikan kulit anda dan juga dikenali untuk menangkis kedutan.
Betik terkenal dengan kebaikan kecantikan dan kesihatannya. Terdapat beberapa komponen yang terdapat dalam betik yang bagus untuk kulit anda. Inilah sebabnya enzim buah ini terdapat dalam banyak produk kecantikan.
BAHAN-BAHAN:
1 – 2 keping betik
Dulang kiub ais
Cara membuat dan menggunakan:
Kupas hirisan betik dan potong kecil. Masukkan kepingan betik ke dalam pengisar atau pemproses makanan.
Tuangkan adunan ke dalam dulang kiub ais dan beku selama beberapa jam atau sehingga mengeras.
Pilih 1 kiub ais dan tutup dengan kain nipis, gosok perlahan-lahan ke seluruh muka anda selama beberapa minit. Bilas muka dengan air sejuk.
Keringkan dan lembapkan kulit anda dengan pelembap yang baik. Gunakan 1- 2 kiub ais setiap hari untuk hasil yang baik.
Ia mempunyai kesan penyejukan dan menyegarkan serta-merta yang akan memberikan anda kulit paling sempurna yang pernah anda miliki.
Faedah:
Ia membantu mengurangkan pigmentasi, mengawal jerawat dan pembentukan kedutan.
Betik membantu dalam mencerahkan kulit kusam anda dan membersihkan cela.
Enzim papain dalam betik mempunyai ciri-ciri pembersihan kulit yang membantu menghilangkan pori-pori tersumbat dan seterusnya mencegah jerawat dan jerawat. Sifat pengelupasan betik menanggalkan sel kulit mati.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Masalah lingkaran gelap pada bahagian bawah mata yang juga dipanggil sebagai mata ‘panda’ ini merupakan satu masalah yang sering terjadi kepada wanita yang sering tidur lewat dan tidak mendapat tidur yang cukup.
Selain itu, pemakanan yang diambil juga boleh menyebabkan kemunculan lingkaran gelap pada bawah mata.
Anda tidak perlu risau kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jalan paling mudah adalah dengan menggunakan bahan-bahan alami.
Antara bahan alami yang boleh digunakan adalah kunyit kerana kunyit mengandungi antioksidan, anti-penuaan dan anti-inflamasi.
Selain itu, kunyit juga kaya dengan serat, kalsium, vitamin dan mineral. Perlu anda tahu bahawa kunyit tidak memiliki toksin dan tidak memberi sebarang kesan sampingan.
Malah, ia juga berguna untuk menjaga kelembapan kulit dan menghilangkan mata panda anda itu.
Jom kita cuba buat masker kunyit ini!
Bahan-bahan:
Kunyit
Tepung
Jus lemon
Jus tomato
Cara-cara:
Ambil sedikit kunyit yang telah ditumbuk hingga halus.
Campurkan dengan setengah sudu teh jus lemon.
Kemudian, tambah sedikit tepung dan satu sudu teh jus tomato.
Sapukan pada lingkaran gelap pada sekitar mata anda.
Biarkan selama 10 minit dan bilas hingga bersih.
Gunakan masker ini sehingga lingkaran gelap pada bawah mata semakin pudar. Kini, ucapkan selamat tinggal pada mata panda anda. Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...