Akibat Terlampau Bekerja Keras, Elfira Loy Stres Sampai Muntah-Muntah Dan Disahkan Vertigo!

Share

Stres kerap berlaku daripada segi emosi dan juga fizikal seseorang. Desakan kehidupan mahupun tekanan membuatkan peristiwa yang berlaku pada diri mereka. Sama seperti orang lain, Elfira Loy juga mengalami keadaan yang sama. Baru-baru ini, Elfira Loy telah dimasukkan ke dalam hospital akibat stres.

Sumber: Instagram Elfira Loy

Selebriti terkenal, Elfira Loy telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami tekanan. Tugas sebagai seorang selebriti bukan perkara yang mudah. Hari-hari anda akan menghadapi hari yang sibuk. Lebih-lebih lagi apabila Elfira Loy merupakan seorang ibu. Akibat tekanan terlalu penat bekerja, dia telah dikejarkan ke sebuah hospital pada hari Khamis lalu. Keadaan dirinyayang kurang stabil sejak kebelakangan ini sangat membimbangkan sehingga dia perlu mendapatkan rawatan doktor. Menurut Elfira Loy, dia berkemungkinan berdepan dengan simptom vertigo atau dikenali sebagai hilang kestabilan pada tubuh.

Artikel Berkaitan: Tak Boleh Berdiri Lama, Elfira Loy Minta Pendapat Netizen Cara Mudah Kemas Rumah Bagi Ibu Hamil!

“Simptom awal yang telah dikesan adalah saya rasa diri tidak stabil setiap lima ke sepuluh minit.

“Saya tetap meneruskan mesyuarat dan selepas itu pulang ke rumah ibu, barulah dia memberitahu perkara yang sebenar pada ibu.” Tulis Elfira di laman Instagramnya.

Sumber: Instagram Elfira Loy

Apa yang membimbangkan apabila Elfira Loy tetap pergi bekerja seperti biasa dan malang tidak berbau dia telah melanggar cermin sisi kereta tanpa sedar. Dia juga ada berjumpa dengan doktor dan ternyata doktor menyatakan bahawa Elfira Loy terlampau banyak berfikir dan menyebabkan dia Vertigo. Bagi mereka yang tidak tahu Vertigo merupakan kondisi apabila anda mengalami simptom seperti pening, loya, minum, muntah, sakit kepala dan rasa tidak stabil ketika anda berjalan. Bukan itu sahaja.

Sumber: Instagram Elfira Loy

Semasa Elfira sedang menunaikan solat Isyak dia berkata juga, perutnya seakan-akan cirit birit dan ketika dia sedang solat, terasa susah sangat untuk dia bernafas. Ini termasuk dengan dia termuntah dan sakit abdomen selepas solat. Sangat sukar buat Elfira untuk melakukan aktiviti harian sehingga menyebabkan dirinya muntah-muntah dan berasa tidak sedap badan. Apa yang Elfira lakukan, dia hanya memperbanyakkan tidur dan minum air kosong yang banyak. Elfira Loy juga berkata semasa tidur dia merasakan seperti dunia berputar dan dilanda ombak yang memyebabkan dia ingin rasa terjatuh.

Sumber: Instagram Elfira Loy

“Saya rasa sangat takut kerana waktu itu saya masih pegang Aria,” Jelas Elfira Loy

Siapa sahaja tidak risau dengan keadaan tersebut sebab ada bayi di tangan. Elfira Loy bagaimanpun rasa sangat bersyukur kerana laporan kesihatan yang dia terima masih menunjukkan dirinya dalam keadaan terkawal dan baik-baik sahaja. Mungkin factor terlampau bekerja keras membuatkan dirinya rasa sedemikian. Selain daripada itu, Elfira Loy juga turut meminta agar semua peminat turut mendoakan kesihatannya supaya tidak perlu melakukan rawatan yang lebih lanjut.

“Nasib baik keputusan laporan kesihatan baik-baik sahaja,” kongsi Elfira

Artikel Berkaitan: Bakal Timang Bayi Perempuan, Elfira Loy Titip Rasa Syukur Ke Hadrat Illahi!

Sumber: Instagram Elfira Loy

Menurut Elfira Loy, jika ianya berterusan dia perlu melakukan CT scan pada dirinya. Jujur daripada dirinya, tiada siapa yang ingin melakukan perkara itu. Oleh kerana itu, Elfira Loy meminta agar semua untuk berdoa buat dirinya. Ramai rakan artis juga turut mendoakan agar kesihatannya pulih dan menasihatkan Elfira Loy supaya lebihkan untuk fokus pada diri dan berehat sebanyak yang mungkin. Semoga Elfira Loy diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T.

Sumber: Instagram Elfira Loy 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Nenaa M.