Anak merupakan anugerah yang terindah bagi pasangan suami dan isteri. Setiap pasangan yang berkahwin tentunya mahukan zuriat tidak kiralah dikurniakan anak lelaki atau perempuan.
Bagi ibu yang mengandung, tentunya ia pengalaman yang cukup berharga dan tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Setiap wanita mempunyai pengalaman yang berbeza-beza. Ada yang mengalami alahan teruk, ada juga yang tidak mengalami sebarang alahan.
Ibu-ibu mengandung juga disarankan agar menjaga kelakuan serta percakapan kerana bimbang memberi kesan pada anak yang dikandung.
Mengikut perkongsian seorang wanita bernama Anis ini sudah cukup membuktikan bahawa ibu-ibu mengandung tidak sepatutnya mengucapkan kata-kata yang tidak elok. Bersyukurlah kerana diberi peluang untuk hamil kerana tidak semua berpeluang merasainya. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
My Second Baby…(Muhammad Bin Ahmad Madzhar)
Setiap kali Kak Nis jumpa orang, ramai yang tanya kenapa Kak Nis pregnant Aira Kak Nis tak bagitahu atau war-warkan. Kak Nis nak buat surprise kan? Kak Nis pregnant memang jenis tiada masalah atau alah apa-apa kot sebab tengok Kak Nis relax je takde update apa-apa. Macam takde apa-apa, tahu-tahu keluar je Aira.
Kak Nis tak announce masa kehamilan ‘Aira Mikayla’ (3rd pregnancy) bukan sebab nak buat surprise ke apa tetapi kehamilan kedua Kak Nis buat Kak Nis sedar dan muhasabah diri.
Hampir dua tahun usaha dan menunggu kehamilan kedua, akhirnya Allah dengar dan perkenankan doa Kak Nis. Alhamdulillah bulan Ogos tahun lepas positive pregnant. Suami pun happy sangat bila tau Kak Nis pregnant.
So bermulalah aktiviti buku merah ulang alik check up. Sepanjang kehamilan tu ada juga Kak Nis update kat FB tapi ada yang perasan dan ada yang tak perasan sebab posting Kak Nis tak jelas, just hint je tapi update something yang bunyi dia seperti “mengeluh dan merungut” sebab tak sihat, sakit-sakit badan, alah apa semua disebabkan pembawakan.
Kehamilan kedua Kak Nis due dijangka pada bulan puasa lepas. Masa tu Kak Nis suka ckap kat suami dan mak “Alooo….tak syok la kena pantang time puasa…tak boleh pakai baju raya la, tak boleh makan benda sedap-sedap.” Memang ayat tu selalu keluar dari mulut Kak Nis.
Ads
Sakit sikit merungut, “Tak sukanya badan sakit-sakit macam ni.” Bila muntah-muntah pun merungut, “Tak syoknya muntah-muntah macam ni. Lecehlaaa…”. Masa nak kena check up pun merungut, “Cemuihnya every week/month nak kena pergi sua muka kt misi dan doktor.” Kira pendek kata apa saja perubahan fizikal or mental masa preggy Kak Nis merungut je. Pemakanan dan aktiviti pun tak berapa jaga.
Minggu ke minggu bergant-ganti check up kat Klinik Kesihatan dan Swasta. Bulan pertama, alhamdulillah kelibat Muhammad dah mula nampak. Masa tu syok tak tahu nak cakap. Kalau boleh nak suruh dia besar cepat-cepat.
Yela, kakak pun dah 3 tahun. Rindu nak bau baby lagi. Dalam happy tu pun sepanjang proses nak pergi check up tu pun tak habis-habis mulut asyik merungut, “Ramai orang la, tak larat tunggu turn la. Macam-macam la.”
Merungut tak habis-habis sebab masa ni alahan dah datang. Muntah tak kira masa dan tempat. Fizikal dah mula berubah.
Masuk bulan kedua check up, doktor tunjuk degupan jantung Muhammad. Alhamdulillah Muhammad sedang membesar. Setiap kali scan mesti simpan kertas scan tu walaupun rupa Muhammad masih tak nampak jelas.
Ads
Kak Nis bahagia setiap kali pergi scan tapi mulut tetap tak berhenti merungut sebab masa ni alahan dah semakin menjadi-jadi.
Kehamilan hampir memasuki bulan ketiga. Time ni Kak Nis dah mula perasan perubahan fizikal yang Kak Nis rasa macam sepatunya ibu-ibu mengandung rasa dah mula tiada. Muntah-muntah pun dah stop tiba-tiba. Makan pun dah lalu seperti biasa.
Masa ni Kak Nis try to think positive. Maybe alahan dah habis kot. Tapi ni second pregnant Kak Nis, maksudnya dah ada pengalaman masa first pregnant. So serba sedikit fikiran negatif tu datang juga.
Kemudian, malam tu mula sakit-sakit pinggang. Tak senang duduk dibuatnya. Esok pergi klinik check up. Dua kali doktor scan. First scan macam biasa tu Kak Nis nampak muka doktor dah macam ada something tak kena. Kak Nis mula berdebar tapi still positifkan diri.
Doktor cakap tak nampak kelibat ‘Muhammad’. Then, doktor periksa sekali lagi. Kali ini scan direct ke dalam. Masa ni mata Kak Nis dah mula berkaca. Maybe instinct ibu dah boleh rasa.
Ads
After scan, doktor cakap ‘Muhammad’ mengecut dan tak membesar. Heart beat dah stop. Masa nie Allah saja yang tahu perasaan kecewa Kak Nis. Masa dalam bilik doktor still hidden perasaan tu. Masa berjalan nak pergi kat kereta, air mata dah bertakung dok cover lagi. Masuk je kereta, Kak Nis dan suami memang tak putus air mata.
Sampai je rumah, Kak Nis duduk sambil belek buku merah ‘Muhammad’ dengan air mata. Masa ni baru Kak Nis sedar rupa-rupanya sekali lagi Allah dengan ‘rungutan’ Kak Nis dan Allah perkenankan agar Kak Nis dah tak ‘tak muntah-muntah lagi, tak sakit-sakit badan lagi, tak perlu ulang-alik dan tunggu turn check up dah, boleh pakai baju raya dan makan sedap-sedap time raya nanti.’
Masa ni Kak Nis sedar sebelum Kak Nis kecewa dengan pemergian Muhamma, mungkin Muhammad lebih awal kecewa dengan ‘rungutan’ Kak Nis sepanjang kehadiran dia dalam rahim Kak Nis. Mungkin sebab itulah dia pergi. Time dia takde, kita sungguh-sungguh nak dan minta. Bila dia ada, merungut pula. Allahu…
Masa ni Kak Nis sungguh-sungguh minta ampun dan doa pada Allah supaya masih ada zuriat lagi buat Kak Nis dan suami. Ternyata Allah itu Maha Pengampun. Bulan1 2, Kak Nis positif pregnant lagi untuk kali ketiga. Syukur masih diberi peluang. Masa ni Kak Nis jaga hati, percakapan dan perbuatan Kak Nis.
Setiap yang berlaku sepanjang kehamilan Kak Nis ucapkan syukur sebab Kak Nis tak mahu Allah tarik sekali lagi. Dan Kak Nis tahu semua tu berlaku juga sebenarnya satu nikmat sebab pada waktu mengandung sahaja kita boleh rasai semua ini. after 9 bulan, kita pasti rindu saat-saat ini.
Masa itu juga Kak Nis buat keputusan untuk tidak mengumumkan perkara ini sebab dalam masa yang sama mahu menjaga hati rakan-rakan yang masih belum ada zuriat. Tunggu dah selamat bersalin baru Kak Nis nak share. Sekarang, syukur umur Aira Mikayla dah genap dua bulan satu hari.
Al-fatihah untuk Muhammad, anak syurga Ummi dan Baba. Ingatlah, kata-kata itu satu doa, jangan mengeluh dan jangan merungut. Hargai selagi ada.
Pertabalan Raja Charles III. dan Ratu Camilla kepada Raja dan Ratu Great Britain berlangsung di Westminster Abbey di London pada hari Sabtu 06 Mei 2023.
Pertabalan Raja Charles III. telah dilakukan oleh Uskup Agung Canterbury pada hari Sabtu ini, 6 Mei 2023, menandakan permulaan tiga hari perayaan di London dan Britain. Kemuncak sambutan pertabalan Raja Carlos III. berlaku pada 8 Mei 3023.
Sebelum ini, Charles Philip Arthur George atau Charles III menaiki takhta untuk menjadi Raja United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara bersama-sama dengan raja-raja negara berdaulat milik alam Komanwel.
Raja Charles III menaiki takhta pada 8 September 2022 berikutan kematian ibunya, Ratu Elizabeth II. Anak lelaki sulung Putera Philip mewarisi takhta dalam sistem beraja.
Selepas menjadi raja, suami Maharani Camilia menjadi pusat perhatian dunia. Banyak maklumat yang mencungkil tentang Raja Carlos III lama sebelum dia menaiki takhta.
Salah satu fakta unik yang ditemui ialah Raja Charles III sebenarnya telah mempelajari bahasa Arab untuk mempelajari Al-Quran.
Seperti yang dipetik oleh Berita Arab, Raja Charles III, ketika itu seorang putera raja, menghabiskan enam bulan belajar bahasa Arab secara persendirian pada 2015 sebelum menyertai jelajah Timur Tengah yang membawanya ke Jordan, Kuwait, Arab Saudi, Qatar dan mengetuai Emiriah Arab Bersatu.
Raja Charles III mempelajari bahasa Arab untuk dapat membaca Al-Quran dalam bahasa asalnya. Beliau juga mempelajari bahasa tersebut agar dapat menguraikan inskripsi di muzium dan institusi lain ketika melancong di Timur Tengah.
Menguasai bahasa Arab mendorong Charles, memetik Sky News, untuk terlibat dalam dialog antara agama yang berbeza. Dia mula boleh membaca Al-Quran dalam bahasa asalnya, iaitu bahasa Arab.
Charles mengakui kesukaran mempelajari bahasa Arab. Ini didedahkan selepas Menteri Tenaga Qatar Mohammed bin Saleh Al Sada bertanya kepada Charles sama ada beliau boleh berbahasa Arab atau tidak.
Bincang Perubahan Iklim Berdasarkan al-Quran
“Saya mencoba mempelajarinya sekali tetapi saya menyerah. Itu masuk ke satu telinga dan keluar dari telinga yang lain,” ungkap Charles.
Tidak selalu dalam bahasa Arab, Charles juga membaca terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris sambil bercakap dengan orang Islam lain dari seluruh dunia.
Pada beberapa kesempatan lain, Carlos sendiri mendedahkan bahawa dia sedang belajar Al-Quran. Tidak jarang beliau menyebut isu alam sekitar yang bersumberkan al-Quran, contohnya pada tahun 2010 beliau bercakap mengenai perubahan iklim berdasarkan al-Quran semasa berucap di Pusat Pengajian Islam di Oxford.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pernah tak anda rasa gatal sangat dalam telinga yang boleh menggangu aktiviti harian anda. Rasa sakit itu seolah-olah gatal dan rasa macam nak tercabut telinga tu kan? Tetapi, apa punca terjadinya gatal, geli dan sakit di dalam telinga ini?
Rasa gatal di dalam telinga dengan kerap sangat membuatkan anda memaksa diri untuk memasukkan putik kapas, putik kapas sehingga rasa gatal tersebut hilang. Akan tetapi, rasa gatal itu tetap datang kembali dan membuatkan kerap memasukkan jari ke dalam telinga.
Tahukah anda, memasukkan apa-apa barang di dalam telinga boleh menyebabkan luka dan ianya tidak baik untuk kesihatan dalam telinga anda. Selain itu, dengan adanya luka yang sedia ada itulah yang membuatkan rasa gatal dan geli itu berlaku. Salah satu penyebab gatalnya di dalam telinga itu adalah kerana mungkin ada mempunyai tindakbalas alahan. Sama ada dari segi alahan terhadap makanan atau produk pembersih yang digunakan. Produk pembersih adalah seperti syampoo atau perapi rambut.
Dengan itu, anda perlu lebih teliti dan memastikan jenis makanan yang anda tidak boleh makan atau akan mendapat alahan yang menyebabkan kegatalan di anggota badan anda. Dalam konteks ini merupakan gatal di dalam telinga. Akan tetapi, ada juga yang menyebabkan oleh cuaca. Di mana cuaca sejuk akan membuatkan seseorang itu mata dan hidung berair selain gatal dibahagian dalam telinga.
Selain daripada alahan makanan, penggunaan putik kapas pula akan membuatkan telinga berasa sangat gatal. Ini kerana kotoran yang tersumbat berada di dalam telinga akibat tolakan dari putik kapas. Mungkin anda melihat kotoran pada putik kapas akan tetapi sebenrnya kotoran selebihnya itu sudah melekat dan berkumpul di dalam telinga.
Terdapat beberapa perkara yang dilarang untuk anda lakukan apabila berasa gatal didalam telinga. Antaranya adalah:
Memasukkan putik kapas ke dalam telinga
Memasukkan jari anda ke dalam telinga
Memasukkan sebarang cecair tanpa sebarang nasihat atau atas suruhan doktor
Menyapu ubat krim tanpa nasihat daripada doktor.
Jangan lupa untuk membuat pemeriksaan pakar atau doktor supaya masalah dapat dikesan dan diatasi. Selain itu, pemeriksaan yang lebih teliti sangat penting supaya tiada luka atau iritasi yang berlaku. Ya, memang akan gatal tetapi jangan sesuka hati takut nanti lagi teruk.
Setelah hampir 9 bulan pemergian blogger terkenal Shea Rasol yang meninggal dunia akibat kanser. Walaupun dia sudah lama pergi, namun ketiadaannya begitu dirasakan dan masih memberi impak kepada sahabat-sahabat yang begitu akrab dengannya. Baru-baru ini, salah seorang blogger yang juga teman arwah, tidak lupa mengucapkan selamat hari lahir buat Shea Rasol. Dia menulis posting itu lima hari lalu di laman instagramnya.
Menurut blogger yang dikenali dengan nama Zafirah Hanis ini berkata setahun sebelum itu dia ada meminta teman-teman semua mendoakan kesejahteraan Shea Rasol. Tetapi tahun ini situasinya cukup berbeza.
Dia memohon mereka yang mengenali arwah agar meluangkan masa seminit dua untuk menyedekah surah Al-Fatihah kepada sahabat yang disayanginya itu. Betapa dalam tempoh kehilangan arwah, dia begitu rindukan senyuman dan suara arwah, sifat humornya, pesona dirinya, kebijaksanaan dan segalanya yang dilakukan arwah bagi memudahkan semua urusan.
Betapa Zafirah Hanis tidak dapat melupakan sahabat baiknya itu. Dia masih rindukan teman yang kini sudah bertemu pencipta-Nya. Lantas untuk sambutan hari lahir ke 30 sahabat baiknya itu yang jatuh pada bulan Februari, dia tidak lupa menyedekah Al-Fatihah.
Teman-teman lain juga merindukan Shea Rasol dan masing-masing turut mengucapkan selamat hari lahir untuknya dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan insan yang beriman.
@bukansindarela Hb shea.. may allah bless you and put you into the highest place surrounded by angels. I miss her writing so much
@adramamama Alfatihah
@echenta To Allahyarhamah Shea, happy birthday dear
ayinkhan Alfathihah…. ? may she be among the pious always
Admin dapat rasakan betapa mulianya hari Zafirah yang masih tidak lupa mengucapkan selamat hari lahir pada temannya itu dengan cara berlainan. Tiada sambutan hari lahir di alam maya sebaliknya kiriman surah Al-Fatihah jadi peneman temannya yang telah tiada.
Shearasol meninggal dunia Jun tahun lepas akibat kanser setelah hampir beberapa bulan diuji sakit oleh Tuhan. Semasa hayatnya beliau antara penulis blogger terawal yang mencipta nama di alam maya.
Mempunyai follower tersendiri di laman sosial dan tulisannya berkenaan fesyen Muslimah menjadi inspirasi kepada hijabi muda. Malah sikapnya yang mudah mesra dan menyenangkan membuatkan dirinya disukai serta dikenali ramai.
Shea Rasol atau nama sebenarnya Farah Syahirah Rasol juga pernah beberapa kali bekerjasama dengan majalah Hijabista dan kami doakan semoga arwah Shea Rasol tenang di sana dan berada dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Meski sibuk menguruskan kerjaya sebagai pengacara, duta dan keluarga. Ibu kepada tiga cahaya mata ini sering tampil memukau dan meraih perhatian ramai dengan kecantikan yang semakin terserlah..