Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana sedang berada di puncak setelah mengemudi program hiburan terkemuka di Malaysia iaitu Meletop. Hawa Rizwana Redzuan kini semakin relevan dalam industri apabila mula melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan dan penyampai radio pula.
Namun, sebagai seorang selebriti dan public figure meskipun Hawa tidak pernah gagal untuk sentiasa tampil cantik samada di hadapan kaca televisyen mahupun di khalayak umum. Hawa akui bahawa dia juga tidak terlepas dari mengalami masalah kulit seperti wanita lain seusianya di luar sana!
Resdung Punca Hawa Ada Masalah Whitehead!
Siapa kata bila bergelar selebriti je wajah bebas dari masalah kulit? Hawa akui sebelum ini dia juga mempunyai masalah bintik-bintik putih (Whitehead) yang kronik. Hijabista sempat bertanyakan tip yang diaplikasikan Hawa untuk menyelesaikan masalah kulit yang dihadapinya itu.
“Hawa ada masalah sebab ada resdung, jadi kadang-kadang ada produk yang tak sesuai dengan muka. Akan naik whitehead dekat hidung terutamanya, tempat yang paling exposed!
“Jadi Hawa akan atasinya dengan cara ini, dulu-dulu Hawa guna putih telur tu. Pukul putih telur tu sampai kembang, lepas tu letak kapas dan tempel dekat whitehead di bahagian hidung, bila pagi Hawa akan cabut. Jadi, memang berkesan dan boleh nampak la whitehead tu memang keluar dari kulit kita,” katanya.
Ads
Sekarang Dah Moden, Ada Produk Yang Khusus Untuk Keluarkan Whitehead – Hawa
Jelasnya lagi, memandangkan sekarang sudah moden dan terdapat lambakan produk kecantikan kulit yang mampu menyelesaikan masalah whitehead ini. Jadi Hawa hanya menggunakan produk yang terjual di pasaran.
Tambahnya lagi, produk yang mempunyai kandungan Glycolic Asid yang tinggi adalah amat baik untuk membantu merawat masalah whitehead yang kronik ini.
“Tapi sekarang ni ada beberapa produk yang dah ada Instant punya untuk keluarkan whitehead. Whitehead atau blackhead patches. Jadi kita cuma perlu tampal, letak air lepastu kita cabut.
“Tapi Hawa jumpa juga beberapa produk yang ada Glycolic Acid untuk letak dan senang nak keluarkan whitehead tu. Itu lah cara dan tip yang Hawa lakukan setiap kali whitehead mengganas,” seloroh Hawa.
Sebenarnya tak susah pun sis kalau nak cantik ni. Pokok pangkalnya hati, kalau kita dambakan kecantikan dan mahu sentiasa kelihatan cantik, ia perlulah seiring dengan usaha yang dilakukan. Perlu ada kerajinan dan keazaman yang tinggi je.
Sama seperti apa yang dilakukan Hawa ni, atasi masalah kulit dengan cara alami dan homemade sahaja, kemudian bila dah ada solusi lebih mudah. Maka mengapa beri alasan malas untuk cantikkan diri kan? Selamat mencuba, semoga bermanfaat!
Perasan tak kadangkala ada kesan kuning pada bahagian ketiak baju? Biasanya kesan ini terjadi disebabkan oleh peluh atau deodoran yang kita gunakan.
Kesan ini juga susah untuk dibersihkan walaupun sudah dicuci berulang kali. Disebabkan hal ini, anda pasti akan merasa rendah diri dan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang lain.
Ada 3 cara untuk mencegah dan menghilangkan kesan kuning pada bahagian ketiak baju tersebut.
Bedak Bayi
Badan yang berpeluh memang tidak dapat dielakkan tetapi anda boleh mencegahnya supaya kesan kuning tidak terjadi pada baju.
Caranya mudah sahaja, oleskan bedak nipis-nipis pada ketiak baju bahagian dalam. Bedak bayi ini berfungsi untuk menyerap kelembapan dan mengurangkan kesan peluh.
Air Cuka
Air cuka boleh menyamarkan kesan kuning pada pakaian anda. Langkahnya:
1. Rendam baju dengan air cuka selama 20 minit.
2. Kemudian, rendam lagi baju tersebut dengan sabun pencuci selama 20 minit.
3. Ulang beberapa kali sehingga kesan tersebut hilang.
Air Garam
Selain air cuka, air garam juga boleh menghilangkan kesan kuning pada baju. Caranya mudah sahaja:
1. Larutkan 5 sudu makan garam dan 1 liter air panas.
2. Celupkan span ke dalam larutan tersebut.
3. Gosokkan span tersebut pada kawasan yang terkena kesan kuning itu.
4. Cuci baju menggunakan mesin basuh yang telah dicampurkan dengan sedikit baking soda.
Setiap tahun, bulan Ramadan menjadi momen yang paling ditunggu-tunggu oleh umat islam di seluruh dunia. Selama 30 hari, para umat Islam diwajibkan untuk menjalankan ibadah puasa dan menyucikan diri.
Namun, tidak semata-mata menimba pahala, ternyata berpuasa juga bermanfaat bagi kesihatan tubuh Betulkan? Jom semak ini dia tujuh alasannnya!
1. Menurunkan berat badan
Pasti happy sangat kalau boleh menurunkan berat badan sambil beribadah. Ketika berpuasa, tubuh kita menggunakan glukosa yang tersimpan. Jika penyimpanan glukosa habis, maka proses ketosis bermula. Pada proses ini tubuh menggunakan lemak yang ada untuk digunakan sebagai sumber energi. Sehingga, banyak lemak yang terbuang akan membuat berat badan kamu turun.
2. Menurunkan tekanan darah
Ketika menjalankan ibadah puasa, sesetengah orang mengalami penurunan tekanan darah yang cukup signifikan. Kerana adanya kurang mengambil makanan bergaram secara signifikan dan meningkatkan kehilangan garam melalui cairan urin.
3. Dapat membersihkan racun dalam tubuh
Sebagian besar makanan yang dimakan sehari-hari mengandung pelbagai zat yang menjadi racun bagi tubuh. Ketika kita menjalankan ibadah puasa, pembakaran lemak akan lebih banyak dari biasanya. Sehingga zat beracun yang tersimpan, dapat keluar dari tubuh kita. Sehingga berpuasa mampu membersihkan racun dalam tubuh.
4. Meningkatkan kesihatan jantung
human heart illustration
Peneliti menemukan bahawa puasa dapat meningkatkan perjalanan otot jantung, mengurangi kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan pertumbuhan pembuluh darah di dalam jantung. Selain itu, puasa dapat menurunkan risiko penyakit yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung.
5. Mampu mengurangkan keradangan kerana pengambilan protein yang berlebihan
Protein yang berlebih dapat menyebabkan peradangan, terutama di otak. Dengan menjalankan ibadah puasa, tentu saja terjadi pembatasan protein. Dan perkara ini dapat menghambat terjadinya iritasi. Selain itu, puasa juga mampu menurunkan produksi radikal bebas serta melindungi kamu dari kesannya.
6. Membuat kulit lebih sihat
Manfaat puasa juga boleh terlihat dari kesihatan kulit kamu. Sel kulit yang telah mati perlu diganti atau biasa disebut dengan keremajaan kulit. Perkara ini boleh kamu lakukan dengan cara berpuasa kerana berhubung dengan metabolisme dalam tubuh yang berhenti ketika tidak memakan apapun. Perkara ini membuat sel dalam tubuh dapat bekerja lebih aktif lagi termasuk sel kulit.
7. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Selanjutnya, puasa juga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh kerana mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas, mengatur kondisi peradangan dalam tubuh dan membuat kelaparan sel kanser. Wow, keadaan ini sangat kita diperlukan untuk menghalang korona virus.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bibir yang cantik munggil berwarna pinkish memang menjadi idaman semua orangkan. Tapi, untuk mereka yang mempunyai masalah bibir kering dan merekah, ianya pasti agak sukar.
Jangan risau girls! Apa kata kita usaha ikhtiar dengan mengikuti tip ini. Bukan sahaja menjadi, malah kesannya juga boleh dilihat dalam waktu yang pantas. Jom kita cuba.
Kalau amalkan secara konsisten, hasilnya nanti pasti akan bertambah baik. Mesti orang akan ingat kita memakai gincu tapi hey, ini warna original tau! Gabungan tiga bahan ini memang ajaib dan yang paling penting ianya selamat digunakan. Jangan lupa amalkan ya hijabi untuk bibir yang cantik dan sihat.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!