Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana sedang berada di puncak setelah mengemudi program hiburan terkemuka di Malaysia iaitu Meletop. Hawa Rizwana Redzuan kini semakin relevan dalam industri apabila mula melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan dan penyampai radio pula.
Namun, sebagai seorang selebriti dan public figure meskipun Hawa tidak pernah gagal untuk sentiasa tampil cantik samada di hadapan kaca televisyen mahupun di khalayak umum. Hawa akui bahawa dia juga tidak terlepas dari mengalami masalah kulit seperti wanita lain seusianya di luar sana!
Resdung Punca Hawa Ada Masalah Whitehead!
Siapa kata bila bergelar selebriti je wajah bebas dari masalah kulit? Hawa akui sebelum ini dia juga mempunyai masalah bintik-bintik putih (Whitehead) yang kronik. Hijabista sempat bertanyakan tip yang diaplikasikan Hawa untuk menyelesaikan masalah kulit yang dihadapinya itu.
“Hawa ada masalah sebab ada resdung, jadi kadang-kadang ada produk yang tak sesuai dengan muka. Akan naik whitehead dekat hidung terutamanya, tempat yang paling exposed!
Ads
“Jadi Hawa akan atasinya dengan cara ini, dulu-dulu Hawa guna putih telur tu. Pukul putih telur tu sampai kembang, lepas tu letak kapas dan tempel dekat whitehead di bahagian hidung, bila pagi Hawa akan cabut. Jadi, memang berkesan dan boleh nampak la whitehead tu memang keluar dari kulit kita,” katanya.
Sekarang Dah Moden, Ada Produk Yang Khusus Untuk Keluarkan Whitehead – Hawa
Jelasnya lagi, memandangkan sekarang sudah moden dan terdapat lambakan produk kecantikan kulit yang mampu menyelesaikan masalah whitehead ini. Jadi Hawa hanya menggunakan produk yang terjual di pasaran.
Tambahnya lagi, produk yang mempunyai kandungan Glycolic Asid yang tinggi adalah amat baik untuk membantu merawat masalah whitehead yang kronik ini.
“Tapi sekarang ni ada beberapa produk yang dah ada Instant punya untuk keluarkan whitehead. Whitehead atau blackhead patches. Jadi kita cuma perlu tampal, letak air lepastu kita cabut.
“Tapi Hawa jumpa juga beberapa produk yang ada Glycolic Acid untuk letak dan senang nak keluarkan whitehead tu. Itu lah cara dan tip yang Hawa lakukan setiap kali whitehead mengganas,” seloroh Hawa.
Sebenarnya tak susah pun sis kalau nak cantik ni. Pokok pangkalnya hati, kalau kita dambakan kecantikan dan mahu sentiasa kelihatan cantik, ia perlulah seiring dengan usaha yang dilakukan. Perlu ada kerajinan dan keazaman yang tinggi je.
Sama seperti apa yang dilakukan Hawa ni, atasi masalah kulit dengan cara alami dan homemade sahaja, kemudian bila dah ada solusi lebih mudah. Maka mengapa beri alasan malas untuk cantikkan diri kan? Selamat mencuba, semoga bermanfaat!
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana pernah berada di kemuncak membintangi watak Lili dalam drama Cili Padi yang melonjakkan namaya di persada seni tanah air.
Meskipun kini sudah jarang dilihat membintangi kaca televisyen, pemilik nama penuh, Naszriah Ngasri atau lebih mesra disapa sebagai Anne Ngasri masih kekal relevan hingga ke hari ini.
Malah, lebih mengagumkan apabila figura jelita ini seakan tidak dimamah usia. Raut wajahnya kekal ‘awet muda’ meskipun kini beliau sudahpun berusia 39 tahun. Justeru, disini Hijabista kongsikan semula rejim penjagaan berat badan yang diamalkan oleh buah hati kepada ahli politik, Datuk Sumali Reduan ini.
Selama 9 Bulan, Anne Hanya Amalkan Dua Perkara Ini Sebagai ‘Rejim’ Dietnya!
Memetik laporan Sinar Plus, ketika diminata berkongsi tip kekal genit, langsing dan awet muda tanpa dimamah usia. Empunya diri hanya tertawa sambil mendedahkan bahawa Anne hanya mengamalkan dua perkara.
“Sebelum ini, saya pernah tampil dalam sebuah drama, waktu itu saya rasa diri gemuk sangat. Lantas, saya cuba berdiet, dengan tidak menjamah nasi selama 9 bulan.
“Maklumlah sekarang usia makin meningkat, justeru saya kena jaga diri,” ujarnya.
Menurut Anne lagi, satu lagi rejim yang diamalkan beliau adalah memastikan badan mendapat sumber air putih secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi dan kulit menjadi kering.
“Selain saya kurangkan pengambilan nasi, saya juga pastikan saya minum lebih air putih setiap hari, dan mengambil protein seperti ayam, ikan dan sayur secara berkala,” ujarnya.
Malah, kesan perlaksanaan diet secara berterusan selama 9 bulan tersebut, Anne telah berjaya menurunkan berat badannya lebih kurang sebanyak 11 kilogram.
Sekadar info, Anne mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Datuk Mohd Sumali Reduan pada tahun 2012.
Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata, Sufi Harraz, 9, dan Nefa Naura, 4, selain masing-masing mempunyai zuriat daripada perkahwinan terdahulu.
Anne mempunyai tiga anak iaitu Abdul Warits,16; Abdul Wafri,14; dan Nazharah Afroza, 12. Manakala, Mohd Sumali mempunyai seorang anak, Suffian Akim, 17.
Pemberian cahaya mata adalah sebuah penantian yang didambakan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Anak menjadi bukti cinta serta menambah erat kasih sayang antara pasangan suami isteri.
Baru-baru ini, pelakon Oktovia Manrose telah berkongsi berita baik di laman Instagram miliknya bahawa dia dan suami, bekas pemain bolasepak Melaka United; Mohamad Khairul Efsan Md Isa, 33 telah selamat menimang cahaya perempuan.
Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman memaklumkan bahawa puteri tercinta telah selamat dilahirkan pada 6 Disember yang lalu, jam 8.40 malam. Dia memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana diberikan seorang lagi zuriat setelah 11 tahun.
“Anugerah terindah amanah dari Allah. Hadiah termahal buat saya dan suami.
“Rahsia Allah dan perancangannya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya. Alhamdulillah kami dah ada sepasang.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, pelakon Bila Cupid Jatuh Cinta ini turut menzahirkan rasa syukur dan berjanji untuk membesarkan cahaya matanya dengan didikan agama Islam yang sempurna.
“Tidak ada keuntungan dunia apalagi akhirat dengan menggadaikan diri kepada hal yang bersifatkan dunia. Tidak ada keuntungan bagi orang tuanya bagi memiliki anak jika tidak taat pada aturan Allah.
“Didik ikut syarat Allah ikut jalan Rasullullah, bukan mengikut hawa nafsu. Anak amanah Allah. Penentu syurga dan neraka.” tambahnya.
Selain itu, aktres tersebut tidak lupa juga untuk memberikan ucapan sempena ulang tahun pertama perkahwinan dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada suaminya yang sentiasa menjadikannya seorang yang istimewa serta menjadi kekuatan sepanjang melayari bahtera rumah tangga.
“To my love, Thank you for being my partner, And a father to my daughter. You are special to me everyday. You are my strength. (Terima kasih sayang kerana telah menjadi pasangan dan ayah yang baik untuk anak kita. Awak sangat istimewa dan merupakan sumber kekuatan saya).
“May we always walk on the same route of life holding the hand! Aamiin. I will always love you with all my heart. Happy 1st year of our relation!” ujarnya.
Sekadar info, Oktovia telah diijabkabulkan dengan Khairul Efsan pada 21 Disember 2021. Terdahulu, Oktovia Manrose telahpun mempunyai seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan pertamanya.
Masalah breakout memang mengerikan lebih-lebih jika diserang datang tanpa diduga. Macam-macam cara cuba dilakukan untuk mengatasinya. Namun sebelum kena tidak ada salahnya kita mencegahnya sebagai peringatan. Perkongsian dari Fyza Syah ini yang memberitahu punca berlakunya masalah breakout yang ramai tak tahu dan cara untuk mengatasinya.
Moga perkongsian yang dibuat di laman sosial facebook akan memberi manfaat buat hijabi.
9 punca kulit berterusan ‘breakout’ yang ramai tak tahu.
Ramai tak tahu yang kulit breakout tu boleh datang dari pelbagai punca. Kulit rosak memang buat kita murung berbulan lamanya. Sebab tu kita kena tau dari mana punca sebenar dia jadi breakout kan.
Kat sini Kak Fyza kongsikan antara punca kulit rosak, berjerawat lagi-lagi untuk korang yang kulit jenis super-sensitip tu. Moga bermanfaat dan boleh jadi panduan untuk korang.
Walaupun punca kulit breakout tu datang dari pelbagai arah, tapi mekanisme atau cara kejadian dia tetap sama. Secara asas la kan, bila kulit kita terlebih hasilkan minyak, dia akan tutup liang pori. Tu yang buat liang pori jadi tersumbat.
Lagi parah bila sejenis kuman jerawat yang kita panggil dia P.acnes, akan duduk bersama-sama membiak dalam liang pori yang tersumbat tu.
Kat sini la pentingnya kita kena elakkan kulit terlebih hasilkan minyak sampai buatkan liang pori tersumbat dan akhirnya berjerawat. Rajin bersihkan muka tu dah pasti, tapi kena pilih produk berdasarkan kandungan dalam produk tersebut.
Kandungan dalam produk itu sendiri yang memainkan peranan untuk hasilkan minyak berlebihan pada kulit muka taw.
Antaranya:
1. Produk muka yang heavy atau kandungan dia tak sesuai dengan kulit sendiri
Salah satu punca ialah kandungan seperti minyak mineral yang biasanya ada dalam bedak, krim kecantikan atau set mekap kita. Mineral oil ni bagus untuk lembapkan kulit, tapi sebab dia agak heavy sehingga boleh buat kulit tersumbat dan berjerawat.
Silikon pon sama jugak. Kak Fyza memang sedaya upaya elakkan produk muka yang ada silikon. Baca je kandungan bahan dalam produk yang kita nak beli tu. Kalau dia tulis ‘silicon-free’, itu pilihan terbaik
Silikon ni pon biasanya ada dalam foundation ber SPF tinggi, dan sangat menyumbat liang pori. Produk yang ada silikon biasanya dia tidak wuduk friendly. Air sembahyang memang tak meresap sempurna ke dalam kulit.
Nak cuci kena guna mekap remover. Kena bersihkan betul-betul untuk elak jerawat naik. Lagiii, penggunan berterusan produk bersilikon akan rosakkan kulit muka, kulit jadi kusam, pigmentasi yang tak sekata dan wajah cepat nampak tua.
Untuk korang yang suka bermekap heavy, Kak Fyza syorkan rajin buat facial treatment dekat spa. Kalau tidak, bahan seperti mineral oil dan silikon yang kebanyankan ada dalam mekap memang senang sangat buat kulit jadi berjerawat dan kusam
2. Makanan pedas dan berempah
Makanan berempah yang ada tomato dan lada, ada kandungan asid lycopene. Asid ni akan rendahkan ph kulit kita. Setengah orang kulit dia lebih mudah luka atau merengsa.
Namun, setengah orang pulak lebih sensitif dengan makanan berasaskan susu, roti, bergula tinggi. Yang ni kan, korang kena check balik, sebab badan kita tak sama bagi tindak balas.
3. Produk rambut pun boleh buat kulit jadi breakout.
Mana-mana produk pencuci, biasa kandungan utama dia ialah sulfates (agen pencuci), silikon dan agen pelembap yang kuat. Bahan macam ni akan buat kulit mudah tersumbat dan akhirnya berjerawat.
Sebab tu kalau korang perasankan, belakang badan kita ada jerawat nasi. Kat bahagian dada, dan kulit kepala pon sama banyak jerawat nasi. Ni lah punca dari bahan kimia dalam syampu dan pelembap rambut.
4. Skrub muka terlalu kuat sampai luka
Ramai salah faham yang bila guna scrub je, mesti nak sental kuat-kuat. Konon nak hilangkan jerawat nasi dan minyak. Korang kena take note yang scrub ni adalah urutan lembut pada wajah untuk buang sel kulit mati dan bersihkan kulit dari segala minyak dan lebihan bedak dan habuk.
Bila kita gosok terlalu kuat dan kasar, kita sebenarnya dah buat jerawat yang tengah aktif tu lebih radang dan kita sebarkan kuman jerawat kat muka. Ingat taw, fungsi scrub untuk detoks kulit kusam dan singkir lebihan minyak, bukan untuk pecahkan jerawat.
Boleh pakai scub waktu kulit berjerawat, tapi ada cara yang betul dan berkesan, okay?
5. Jambang, bulu muka suami.
Macam tak logik tapi sangat betul dan realistik. Sebab bulu dari janggut atau misai pasangan kita ni bersifat tajamkan. Bila terkena muka isteri, berlaku geseran antara jambang ke misai tu kann. Geseran ni la yang akan rangsang minyak dari kulit terhasil sampai buat kulit naik jerawat dan blemish. Kalau nak tau, geseran tu jugak boleh buat janggut suami jadi burn.
6. Merokok
Kalau korang merokok, harap ketahuilah yang rokok bukan setakat karsinogen atau agen penyebab kanser, tapi jugak buat kulit korang breakout!
Asap rokok tu sendiri akan pecahkan jaringan kolagen dalam kulit. Kulit jadi kering dan lebih cepat nampak tua. Saiz pori membesar, kedutan lebih banyak dan bagi setengah orang lain, kulit dia akan jadi lebih berminyak sehingga tercetusnya jerawat yang banyak.
7. Picit jerawat.
Mungkin dah ramai yang tahu memicit jerawat buat jerawat makin jadi teruk kan. Bukan setakat jerawat makin bengkak dan merah, tapi dia akan tinggalkan kesan parut yang lebih dalam. Parut ‘dalam’ ni lamaaa nak hilang taw.
Mungkin jugak korang dalam cubaan nak keluarkan nanah atau minyak dalam jerawat tu, tapi cara ni sebenarnya memburukkan lagi keadaan. Sebab, bila kita cuba keluarkan nanah dari liang pori tadi, kita jugak berisiko untuk sebarkan kuman lebih dalam ke bawah kulit. Akhinya jerawat dari sikit jadi semakin banyak berganda
8. Stress
Stress dan jerawat berpisah tiada. Bila stress, muka naik jerawat. Bila naik jerawat, kita jadi bertambah stress. Memang sangat berkaitan dan jadi kitarankan.
Bila stress, kita sendiri yang akan menggalakkan hormon jahat yang dipanggil hormon cortisol dalam badan. Hormon cortisol pulak akan merangsang kelenjar minyak untuk hasilkan lebih banyak minyak sehingga buat liang pori muka tersumbat.
9. Penggunaan detergen
Pencuci atau sabun pakaian biasanya mengandungi bahan kimia yang ‘keras’ untuk kulit kita. Bila kita nak salin baju atau baring pada bantal, kulit kita sebenarnya bereaksi dengan sisa detergen yang masih terlekat pada pakaian atau sarung bantal tadi. So, kulit naik ruam atau muka naik jerawat.
***********
Ini dia tips untuk korang boleh guna untuk elak kulit breakout berdasarkan punca-punca tu tadi.
1. Produk muka
Pilih produk yang berlabel ‘non-comedogenic’, bermakna dia tidak menyebabkan kulit jadi allergi, mempunyai formula khas yang tidak sumbat liang pori wajah. Kalau ada tulis kat situ ‘demertalogy tested ‘ lagi bagus.
2. Makanan pedas
Korang boleh stop dulu makanan pedas dan berempah selama sebulan. Biasanya kalau tak sesuai dengan kandungan rempah dalam makanan, jerawat nasi atau ruam mudah naik kat sekitar mulut dan dagu. So, cuba rehat dari makanan pedas berempah untuk kenal pasti betul-betul punca dia okayyy.
3. Produk rambut
Waktu mandi, selepas cuci rambut dengan syampu, masa nak bilas dengan air tu cuba palingkan kepala dan rambut supaya buih-buih syampu tu tak kena secara langsung pada muka dan badan. Senang kata, sewaktu bilas, tundukkan kepala dan biarkan rambut berjuntai ke bawah.
Air cucian tu akan terus turun ke lantai, tak mengena pada muka dan badan.
Atau korang boleh beralih pada syampu santan yang banyak sekarang ni yang lebih organik dan banyak khasiat .
4. Scrub muka
Ketika kulit sedang berjerawat, jangan disental denfan scrub. Sebaliknya, korang boleh jadikan scrub tu macam masker. Lepas sapu keseluruh muka, biarkan lama sikit beberapa minit. Bagi zat dalam scrub tu meresap pada kulit dan percepatkan jerawat kecut.
Kalau jerawat dah mula kering selepas beberapa hari, barulah boleh gosok dengan lembut scrub tu kat muka. Scrub penting untuk pastikan kulit betul-betul bersih dari sisa kotoran, kurangkan minyak dan galakkan sel kulit baru tumbuh
5. Jambang, janggut dan seumpanya pada muka suami
Part ni, korang boleh mintak la suami cukur bulu kat muka dia. Slow talk okay. Tau yang janggut itu sunnah nabi, tapi kalau benar itu satu-satunya punca muka senang breakout, tak salah pasangan mengalah sikit untuk si isteri. Kesian kat isteri stress, keluar duit lagi nak rawat muka. Bantu isteri korang ok.
Alternatif lain, boleh je nak sapu minyak kelapa pada janggut suami ketika ‘intim’ bersama. Ini untuk kurangkan kesan ‘tajam’ bulu janggut tu menikam kulit muka isteri.
6. Merokok
Untuk lelaki yang merokok, nak tak nak korang serah diri ajelah. Stop from smoking. Kita yang perempuan ni pon kena sentiasa elakkan dari asap rokok. Asap rokok sangat harmful, bahaya. Kat luar kita tau muka bole rosak, kat dalam? Jawab sendiri.
Jalani hidup lebih sihat, bersih dan bahagia.
7. Tidak picit jerawat
Agak mencabar tapi korang kena didik jugak tangan untuk tidak suka picit jerawat dan sentuh sekitar muka. Since tangan kita ni sendiri yang jadi punca sebarkan dan pindahkan kuman jerawat kat muka sendiri, so disiplinkan diri dan bagi ruang dan masa untuk jerawat tu pulih sendiri.
8. Handle stress dengan baik
Banyakkan bersenam, sebab senam memang terbukti boleh kurangkan rasa tekanan dalam diri. Nak-nak bila peluh keluar, rasa lapang yakmat.
Untuk muslim, kita ada Allah, kita solat dan banyakan baca al-quran. Kadang kepala kita serabut sebab kita lupa Dia. Sedangkan masa kita dengan Dia semakin berkurang, tapi untuk kerja semakin sibuk.
“Dan mengingati Allah, hati-hati menjadi lapang”
Aturkan jadual harian supaya lebih tersusun, displin dengan jadual.
9. Pilih pencuci pakaian
Pilih yang fragrance-free, dye-free. Bahan cam ni memang boleh buat kulit merengsa. Ada je pencuci pakaian yang formula dia khas untuk kulit sensitif.
Bila kita dah tau punca, senang lah kita nak betulkan apa yang patut kan. Kalau sebab salah produk macam yang kandungan racun merkuri dan hidrokuinon tu korang stop serta-merta. Dua bahan ni kesan sampingan dia dasat lagi sebab beracun. Amik masa nak baik.
Penjagaan dalaman pon penting tau. Darah kita ni kan bawa zat ke seluruh badan. Kalau darah bersih, kulit pon sihat dan cantik. Kalau darah bertoksin dan tak lancar, kulit pon kusam dan senang breakout.
Jad pengguna bijak dan memilih. Yang nak tanggung kita kan. Once bila kulit dah rosak dia akan amik masa dan belanja lagi besar, ini pengalaman Kak fyza yea.
Apa yang kita pakai, apa yang kita makan dan gaya hidup kita tu semua ada kaitan dan jadi punca kulit breakout.
***Korang nak #SHARE atau tag kengkawan pon boleh post ni. Semoga sama-sama dapat manfaat dan cari jalan nak keluar dari masalah kulit breakout, super sensitif tu.
***Boleh jugak nak #Set_See_First Fyza Shah untuk tak tertinggal tips best-best dan ilmu kulit sihat dan selamat ni.
Astro kembali mengangkat pilihan pengguna media sosial menerusi penganjuran Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2024 dengan pengumuman calon Top 5 pada sidang media eksklusif...