Akibat Kanta Lekap, Mata Terpaksa Dibedah Kerana Terkena Jangkitan Teruk Hingga Bernanah

Share

Pasti ramai di antara kita yang memilih untuk memakai kanta lekap berbanding kaca mata untuk memudahkan melakukan aktiviti. Selain itu, pakai kanta lekap juga merupakan alternatif supaya tudung tidak kelihatan kembang. 

Tetapi, pakai kanta lekap ini ada risikonya yang tersendiri kerana ia memerlukan penjagaan rapi oleh si pemakainya. Menerusi perkongsian @izzatiabdull dia laman twitter yang telah mendapat lebih seribu retweet, dia telah berkongsikan kisah malangnya apabila matanya terpaksa dibedah kerana terkena jangkitan.

Cornea matanya terpaksa dijahit.

Terkena jangkitan hingga bernanah.

Hati-hati bila memakainya. Pastikan kebersihan terjaga.

Kesimpulannya, jadikanlah kisahnya ini sebagai pengajaran. Tak salah untuk memakainya tetapi yang paling penting adalah pastikan berdisiplin dan jaga kebersihannya dengan sebaik mungkin. Mata kita sangat istimewa oleh itu hargailah dengan sebaik mungkin.

Published by
Qistina