Kesilapan memilih produk penjagaan wajah kadangkala boleh membawa keburukan. Tambahan pula sudah banyak kes di luar sana di mana kulit wajah akan menjadi rosak dan bermasalah. Disebabkan itu, anda perlu berhati-hati sebelum menggunakan sesuatu produk kosmetik tempatan.
Seperti yang terjadi pada wanita bernama Syafikaa Izzati di mana kulit mukanya menjadi semakin teruk dan dinaiki jerawat.
Malah, bila pegang muka pun dah rasa sakit dan pedih. Nasib baik Syafikaa cepat bertindak dan kini dia berjaya merawat kulit wajahnya.
Nak tahu apakah tip Syafikaa untuk mendapatkan kulit yang mulus, ikuti perkongsiannya. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Padah Pakai Produk Local
Since 2013, muka aku start breakout masa aku menggatal tangan pakai tabita dengan gatal pergi buat laser dekat kelantan. Masa tu kulit normal.
Dari 2013, aku memang give up try any local product tapi makin lama skin makin worst. Menangis weh aku pun stop la lepas dah tengok 2014 makin teruk.
Cara Semula Jadi Juga Tak Menjadi
Since 2014, memang takde harapan. Kejap elok kejap tak. Stop using local product ke high end product ke ape. Aku guna natural product je.
Tenyeh aloe vera, kunyit, madu lah kayu manis lah tapi sama je. Tapi orang cakap beauty is pain. Kesabaran kena tnggi. Orang ejek ke tanya buat pekak je.
Muka Pedih & Sakit
Masa September 2017, aku pergi Bangkok awal bulan. Sana panas nak mati, muka yang suam-suam kuku aku ni naik jerawat menggila! Sampai nak pegang muka sakit, pedih!
Aku pun tekad. Tekad nak pergi jumpa doktor. Aku buat research, tengok video sebab trauma kes pernah jumpa doktor, muka jadi lagi teruk. Masa tu aku sengsara.
Nekad Jumpa Doktor
Aku pun pergilah jumpa doktor ni untuk consult dan dikenakan bayaran sebanyak RM50 untuk buat analisis skin untuk dengar dan tahu punca terjadinya masalah kulit aku ni.
First dia cakap kulit aku berminyak pada asalnya. Tetapi jadi kering sangat bila pergi Bangkok kena panas without pakai protect apa-apa dekat muka. Burn! Jerawat naik.
Rawatan yang doktor suggest adalah chemical peel dan injection. Aku pun macam takut-takut je. Yela trauma tak habis. Tapi aku percaya dengan saranan doktor bertauliah ini memang patut diikut.
Ikut Pantang Larang
Aku tak fikir apa terus buat. Tapi muka jadi merah. Aku beli skincare doktor, sunblock dan paling penting ikut PANTANG LARANG dia! Aku memang jaga.
- Untuk kulit berjerawat dan berminyak, please stop using moisturizer! Ini sebenarnya musuh utama even kau tak guna makeup ke apa. Kenapa? Sebab muka kau berminyak then kau bubuh lagi moisturize untuk melembap. Sebenarnya kulit muka hanya perlu apa yang perlu! Ini apa yang Doktor Alina beritahu dan kalau nak tahu, Doktor Alina ini ada kelulusan dari Cardiff University.
- Please, please and please use sunblock! Benda ni tolong jangan tinggal kalau korang nak recover. Lagi-lagi muka tengah berjerawat, minyak, kering dan lain-lain lagi. Dulu aku guna sunblock bila nak sukan atau pergi tempat panas terik je. Tu muka tak elok. Lepas tu gatal bubuh moisturizer. Tengok balik tu jadi apa. Lepas aku buat chemical peel, aku guna skincare dia je. Skincare dia sebenarnya banyak membantu aku! Serius aku cakap.
- Jaga pemakanan! Aku stop makan seafood, bersusu, kacang, berminyak, kurangkan gula dan musuh utama aku adalah seafood sebab aku resdung teruk.
Ni set skincare aku guna. Dua ketul je ada. Facial wash gel dengan toner. Dah settle.
Ni sunblock aku guna! The best sunblock in the world.
- Routine Skincare: Pagi nak pergi kerja pakai facial wash, toner, sunblock dan bc cream. Malam guna facial wash dan toner. Settle.
Kalau korang follow tips ni, kulit korang confirm improve dgn izin Allah swt.
Sumber: Twitter Syafiqaa Izzati
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI