Anak-anak kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sentiasa mengujakan orang ramai dengan wajah comel serta telatah mereka yang menghiburkan.
Sering dipuji kerana mendidik Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah dengan penuh kasih sayang, cara komunikasi Hanis yang lemah lembut tanpa memarahi juga mencairkan hati netizen apabila dia meleraikan pergaduhan di antara dua beradik itu.
Yusuf pada mulanya merajuk apabila adiknya, Alisa mengambil barang dari tangannya. Hanis kemudian mengajar Yusuf sebagai abang untuk mengalah terlebih dahulu dan menyuruhnya untuk berlembut dengan adiknya itu supaya dia memulangkan kembali barang yang diambil.
Ramai yang memberi respons positif terhadap cara didikan Hanis ini. Rakan-rakan artis juga turut terhibur apabila melihat video tersebut.
Benarlah pengajaran yang diterapkan oleh Hanis ini. Kadang-kadang bukan hanya kanak-kanak, malah orang dewasa pun sukar untuk mengalah dengan orang lain. Sebenarnya, kita tidak perlu pun cepat melatah tetapi perlu bertindak menggunakan akal untuk mendapat apa yang diinginkan tapi menyakiti sesiapa. Good job Hanis!