Kecantikan

Ajaibnya Sapuan Masker Beras Pulut. Boleh Jadikan Kulit Gebu, Licin & Halus. Senang Je Nak Buat!

Share

Siapa tak nak kulit wajah jadi gebu, putih dan licin tanpa sebarang kehadiran jerawat. Wajah kalau dah glowing, hanya dengan sedikit solekan ringkas mampu membuatkan penampilan begitu terserlah.

Biasanya wanita di negara jiran kita iaitu Siam sahaja yang memiliki kulit licin sebegini. Jarang kita lihat wajah mereka mempunyai masalah jerawat atau jeragat.

 

Rupa-rupanya, wanita di sana mengamalkan penggunaan masker beras pulut yang dibuat sendiri. Kalau sebelum ini hanya dengar sedap dibuat  kuih seperti seri muka, tetapi juga boleh dijadikan masker untuk mendapatkan kulit glowing dan gebu.

Jom kita amalkan petua buat masker daripada beras pulut yang dikongsikan pengguna di facebooknya, Ella Shaari. Tidak susah untuk membuatnya dan hanya perlu beberapa bahan yang memang ada di dapur rumah sendiri.

Bahan-Bahan:

4 sudu besar beras pulut – 4 sudu besar

2 sudu besar Rose Bud – 2 sudu besar

1 sudu besar susu tepung – 1 sudu besar

Sedikit air mawar / Facemist Bunga Kampung

Cara-cara membuatnya:

1. Blend kering semua satu persatu

2. Blend sampai jadi halus.

3. Kite bancuh ketiga2 bahan tersebut. Bancuh ikut keperluan.

Kemudian baru campurkan air mawar. Agak² tahap kepekatan tu. Janji senang nak sapu.

Sapukan pada seluruh wajah, boleh juga digunakan pada seluruh badan. Sekurang-kurangnya 30 minit.

Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulur dahulu sebentar. Siap. Kali pertama buat pun dah rasa best kulit.

Bahan-bahan diperlukan.

Khasiat masker rose + beras pulut

Putih gebu

Glowingkan kulit

Awet muda

Hilangkan parut

Haluskan kulit

Rose bud mengandungi 2x Vit C berbanding buah oren .

Susu tepung pula bagi effect cerah dan melembab .

Lakukan rawatan 2 atau 3 kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.

Untung² body pun boleh snow white gitew

Published by
Siti Zurina