Umat Islam wajib SOLAT lima kali sehari di mana solat memberi mereka kesempatan untuk berhenti memikirkan hal dunia dan memberi fokus kepada Sang Pencipta.
Dalam apa jua keadaan, ingatlah bahawa Allah sentiasa berada di sisi anda. Sebagai seorang Islam, solat wajib dilakukan dan perlu diqada’ jika tertinggal. Sesungguhnya doa telah diperintahkan kepada orang-orang yang beriman sebagai suatu keputusan masa yang ditetapkan (Qur’an, 4: 103). Tahukah anda bahawa solat juga sebenarnya baik untuk kesihatan?
Perbuatan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara.
Secara psikologi, ia memberi rehat daripada melakukan rutin harian dan anda bebas sementara daripada segala tekanan yang datang dalam kehidupan seharian anda, yang membolehkan penyusunan semula keutamaan pada selang waktu yang tetap pada siang hari.
Secara rohani, SOLAT memberi peluang untuk berhubungan semula dengan Allah dan mengingatkan anda apa yang paling penting dalam kehidupan.
Ads
Para penyelidik mengatakan bahawa gerakan fizikal yang diselesaikan semasa SOLAT, jika dilakukan secara berkala dan seperti yang ditetapkan, dapat mengurangkan sakit pada bahagian belakang.
Di samping pergerakan fizikalnya, SOLAT juga boleh mendorong keadaan relaksasi sebagai satu hubungan dengan Allah.
Kesan santai pada tubuh dapat mengurangkan tekanan darah dan kadar denyut jantung, akhirnya membantu otot untuk berehat.
Pergerakan SOLAT Mengurangkan sakit yang sukar ‘pada orang yang beriman dan hati yang dijanjikan oleh peringatan Allah. Tidak diragukan lagi, dengan mengingati hati Allah terjamin.'(Qur’an, 13:28).
Ads
Para penyelidik mendapati bahawa tekanan yang berlaku di bahagian bawah belakang adalah semasa pergerakan ‘ruku’ yang dikenali sebagai ruku`. Tetapi jika penderita meletakkan kedudukan lutut dan belakang dengan betul, kesakitan itu dapat dikurangkan dengan ketara oleh pergerakan solat.
Kebaikan Pada Postur Tubuh Semasa Anda Solat.
• Berdiri: Berat badan diagihkan sama rata.
Ads
• Ruku’: Membentangkan otot punggung bawah, paha, betis dan leher. Darah mengalir ke bahagian atas badan.
• Bangun dari ruku’: Ketegangan dikeluarkan pada otot semasa mereka berehat.
• Duduk antara dua sujud: Meningkatkan keanjalan sendi. Selain itu, peningkatan aliran darah ke kepala kerana ia diturunkan di bawah paras jantung boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dan mempunyai kesan positif terhadap fungsi otak seperti ingatan dan kepekatan.
• Mengulangi sujud: Mengimbangi dan membersihkan pelbagai sistem badan termasuk pernafasan, peredaran darah, dan sistem saraf dengan meningkatkan dan menggalakkan aliran darah secara berterusan dan oksigen pada seluruh tubuh, serta membantu pencernaan dengan menggalakkan pergerakan kandungan di bawah saluran pencernaan.
Dengan semua manfaat fizikal pada setiap kedudukan, tidak hairanlah jika individu yang mengamalkan SOLAT secara berkala cenderung mengalami masalah kesihatan, khususnya masalah tulang belakang dan sendi. Jadi, jangan tinggal solat anda ya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan berkahwin pasti ingin memiliki rumah tangga yang bahagia dan saling memahami antara satu sama lain.
Namun, ikatan perkahwinan tidak indah seperti dalam drama. Pasti ada pasang surutnya. Kuncinya, saling berkomunikasi agar pasangan memahami apa yang diinginkan pasangannya.
Baru-baru ini, terdapat satu perkongsian tentang pentingnya Al-Quran dalam menghidupkan rumah tangga. Wanita ini berkongsi bagaimana dia bertadarus bersama suaminya setiap hari. Pasangan suami isteri ini tinggal berjauhan dan hanya berjumpa pada hujung minggu.
Menariknya, mereka akan bertadarus bersama melalui Skype sama ada selepas Subuh atau pun malam. Ikuti perkongsian oleh Ummu Furqan ini.
Saya tak pandai nak menulis. Tapi terasa nak berkongsi tentang keberkesanan tips yg kami amalkan. Sebab bila baca luahan, rata-rata masalah rumahtangga sebab komunikasi yg kurang berkesan.
Bukan kata kami ni tak pernah gaduh, pernah juga namun Alhamdulilah mudah nak selesai. Insyaallah moga bermanfaat pada semua, samada sudah berkahwin atau belum.
Aku dan suami berusia 30 tahun dan baru mempunyai seorang anak. Kami kahwin waktu masih belajar, sekarang baru 3 tahun melayari bahtera rumahtangga, cewah. Suami kerja dah sekarang. Kerja aku uruskan anak, suami dan rumah, suri rumah lah tu. Okey, Terus pada cerita.
Pesanan Tok Imam
Semuanya bermula sebelum kami berkahwin lagi. Tok kadi merangkap imam taman panggil kami ke rumahnya. Kami borak-borak dan minum- minum macam biasa. Lepas tu tok imam tu pun minta bakal suami baca Al-Fatihah.
Kemudian tok imam pesan pada kami. Katanya “jangan lupa hidupkan Al-Quran dalam rumahtangga, Al-Quran ni mengeratkan hubungan suami isteri dalam rumah tangga”.
Perghh, Memang menusuk ke hati masa ni. Bila dengar ayat ni rasa biasa je kan. Tapi sebab ucapan dari tok imam yg ikhlas tu yang buat terasa dalam sangat. Aku tak akan lupa kata-kata ni insyaallah. Petuanya Al–Quran… Tok imam tak cakap pasal jamu ke, wang ke, makanan ke, movie ke.
Azam Untuk Istiqamah
Jadi kami berazam nak cuba istiqamah dengan Quran. Tapi apa yang kami buat ni sikit saje, ramai lagi yang buat lebih dan dengan cara yang berlainan. Memang tak banyak, tapi alhamdulillah dapat istiqamah.
Lepas kahwin kami tak dapat duduk sekali. Aku baru habis buat lab, jadi aku tulis thesis kat rumah mak aku. Manakala suami ada sikit lagi yang nak dihabiskan. Perhubungan jarak jauh ni suami kena travel 2 jam untuk jumpa aku, jadi kami jumpa hujung minggu sahaja.
Dalam kesibukan suami siang masuk lab. Malam mengajar tuisyen dan kadangkala kerja katering. Alhamdulillah kami diberikan kesempatan untuk tadarus bersama setiap hari. Samaada selepas subuh atau malam.
Tadurus Melalui Skype
Kami jumpa melalui skype dan tadarus Quran sama-sama. Ya, kami guna skype untuk tadarus sama-sama. Kalau Line internet hampeh. Aku call suami guna telefon rumah dengan izin mak. Biasanya sehari kami baca setengah juzuk (10 muka surat), 5 muka surat seorang.
Bila suami balik, baru dapat tadarus sama depan-depan. Dan lepas mengaji kami buat meeting sikit berkenaan rumahtangga kami, kewangan dan lain-lain. Kalau jumpa dapatlah selak tafsir. Biasanya untuk tafsir kami baca dan cari kat youtube untuk lebih faham lagi.
Rezeki Hamil
Alhamdulilah lepas sahaja 2 bulan, aku mengandung. Dan alhamdulillah, syukur sangat dapat khatam Quran 3 kali waktu mengandung walaupun aku dan suami PJJ.
Bila anak dah lahir, kami masih PJJ waktu ini agak mencabar sebab kadangkala waktu mengaji anak memangis nak susu, nak peluk nak macam-macam si comel ni. Tapi kami cuba juga. Walaupun bilangan muka surat kurang. Tapi berjaya juga istiqamah.
Bila anak dah 6 bulan kami dapat semula tadarus setengah juzuk sehari. Sebab anak makin rileks. Masuk umur anak 2 tahun. Kami dapat hidup serumah. Suami dapat kerja yang dekat sangat dengan rumah, 5 minit je.
Setiap pagi lepas suami balik subuh kami tadarus sama-sama. Lepas tu aku masak bekal suami, sempat dhuha dan pergi kerja.
Saling Memahami
Apa hikmahnya ya. Sebenarnya memang banyak cabaran hidup kami ni. Bila fikir balik ada menitiskan air matalah. Cuma syukur, walau cabaran datang, aku masih menghormatinya. Aku tak terdaya nak angkat suara padanya. Dah duduk serumah pun rindu padanya.. Suami pun cepat memahami aku. Subhanallah, rasa bahagia dalam hati yang paling dalam ni.
Tipulah tak gaduh, cabaran ada, cabaran memedihkan. Aku tak nak cerita yang tu lebih. Cuma aku makin faham kenapa tok imam cakap macam tu. Bila kita tadarus dengan suami. Bila suami baca tersalah. Isteri akan tegur. Isteri tegur benda yang betul, suami tak boleh nak ego. Sebab fakta itu lah cara bacaan. Begitu juga bila isteri salah bacaan suami tegur dan ajar.
Turunkan Ego
Sekaligus tadarus ini berjaya menurunkan ego suami isteri. Bila ego dah kurang, rasa hormat dan menghargai tu makin bertambah. Kemudian bila sama-sama tak sure bacaan. Kami akan rujuk buku, YouTube, atau suami akan tanya kawan-kawan dia. Di sini dah ada unsur musyawarah, perbincangan. Dalam rumahtangga kena mudah diajak berbincang dan pandai berbincang.
Kemudian bila kita dengan bacaan pasangan kita, boleh melatih kita menjadi pendengar yg baik. Jangan lupa letakkan segelas air. Lepas mengaji tu minum sama-sama. Niatlah apa-apa pun. Tambah lagi dengan solat tahajjud sama-sama.
Aku jarang dapat jemaah dengan suami sebab Alhamdulilah suami akan berjemaah di masjid. Dan kalau anak behave baru aku pergi masjid atau suami bawa anak.
Istiqamah ini tidak lah menjanjikan tiada ujian pada kita. Hidup akan ada ujian. Tapi macam mana cara kita menanganinya. Fuh.. Allah itu maha kuasa.
Maaf sangat andai ada yg terasa. Aku bukan niat nak riak. Cuma nak berkongsi. Aku sendiri tak dibesarkan dalam keluarga yg tahu baca Quran. Mak abah aku merangkak juga awalnya.
Aku dengar sendiri macam mana budak kecik gelak dengar abah aku baca muqaddam. Aishh. Rasa panas hati ni. Tapi alhamdulillah. Berkat usaha mak abah. Mak sekarang dah jadi ustazah kat taman. Ajar mengaji.
Ayuh Dalami Al-Quran
Ada ceramah yang aku dengar, bila belum lancar membaca Quran. Jangan target berapa muka surat dulu. Target berapa minit kita baca. Mungkin boleh set dengan pasangan. Setiap hari 15 minit ke, setengah jam ke. Hanya untuk Quran. Mendalami Quran. Lagi elok kalau berguru dengan sesiapa.
Mungkin boleh berguru seminggu sekalikan. Maybe kita selalu fikir waktu tak ada nak baca Quran ni. Tapi kita ingatkan diri kita, Allah yg kawal waktu tu, kalau ada masa untuk Allah, pasti Allah mudahkan kerja kita (ya.. janji ini pasti). Yang penting kita usaha buat.
Maaf andai nampak macam aku mendesak. Aku nak kita sama-sama rasa indahnya perasaan ini. Dan ini lah salah satu kunci bahagia rumahtangga. Ramai lagi yg buat lagi banyak dan elok dari kami. Jom kongsi ya.
Biduanita, Salamiah Hassan yang enggan membicarakan tentang perjalanan hijrah yang dimilikinya, sebaik sahaja mengumumkan tentang khabar baik berkenaan, kini mengakui bahawa salah satu faktor dia terbuka hati mengambil keputusan menutup aurat adalah diatas dorongan Allahyarham suaminya, Gery Hughes.
Terdahulu, penyanyi veteran berusia 72 tahun itu telah mendapat hidayah untuk mengenakan hijab dan menutup aurat sepenuhnya sejak Mac lalu.
Salamiah Berhijab Atas Kemahuan Sendiri, Arwah Suami Antara ‘Pendorong’ Utama
Tegas Salamiah, keputusan berkenaan dibuat atas kerelaan hatinya sendiri, tanpa sebarang paksaan oleh sesiapa pun.
“Saya berhijab bukan kerana sesiapa tetapi kerana Allah SWT dan arwah pun pernah suruh. Sebelum ini saya sering mewarnakan rambut kerana ingin menutup uban-uban halus yang tumbuh. Apabila melihat situasi itu, arwah bertanya kenapa tidak berhijab untuk menutup uban.
“Imbas kembali perbualan itu, arwah turut memuji anak saudara saya yang bertudung kerana dilihat cantik dan manis. Saya menegaskan kaum wanita bertudung bukan untuk menutup uban sebaliknya atas tuntutan agama.
“Namun arwah menjelaskan kenapa tidak bertudung untuk menutup aurat dan dalam masa yang sama sembunyikan uban,” katanya lapor sebuah akhbar tempatan.
Rasa Sedih Kehilangan Suami Masih ‘Berbekas’ Di Hati!
Mengulas berhubung perkembangan terbaharunya, Salamiah berkata, perasaan sedih kehilangan suami masih berbekas dihatinya. Meskipun terpaksa kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa suami tercinta dan menerima ketentuan yang maha esa.
“Saya sudah berjanji dengan diri untuk tidak menangis apabila berbicara mengenai arwah. Saya harus kuat dan bangkit meneruskan hidup.
“Jika bercerita mengenai arwah banyak kenangan yang kami kongsikan bersama. Sebagai saudara baru dalam Islam, arwah membaca Al-Quran dan penterjemahan dalam Bahasa Inggeris, malah dia juga turut merujuk kepada saya setiap kali membaca,” kata Salamiah mengimbau kenangan bersama Arwah Gery.
Biarpun figura yang satu ini seorang wanita, namun popularitinya setaraf dengan ustaz selebriti seperti Ustaz Don, Imam Muda Asyraf ataupun Pu Azman. Siapa tidak kenal dengan Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, 47 tahun yang sering berkongsi ilmunya melalui dakwah di media sosial.
Sikapnya yang lembut dan mesra menjadikan dirinya dikenali ramai. Beliau bukan sahaja dikenali kerana dakwahnya, tetapi ibu kepada tujuh cahaya mata ini juga gigih menimba ilmu dan siapa sangka beliau juga merupakan pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Inilah yang dikatakan beauty with brain kerana memberi semangat kepada hijabi di luar sana untuk mengecap kejayaan walaupun sudah mempunyai anak. Hijabista cukup bangga dengan kejayaan yang dikecapi.
Bukan sahaja memiliki wajah cantik, tetapi juga bijak menguruskan segala-galanya termasuk urusan rumah tangga, suami dan anak-anak.
IDOLA SELURUH WANITA MUSLIMAH DI MALAYSIA
Dato Dr Norhafizah Musa. Inilah indikasi contoh terbaik untuk seorang “beauty with brain”. Orang yang serba cantik raut wajah dan akhlaknya. Santun butir bicara dan lontaran katanya. Indah pakaian dan sejuk mata memandang. Beliau sepatutnya di jadikan idola seluruh wanita muslimah di Malaysia.
PhD ni semua orang tahu bukan benda mudah. Bukan celik celik bangun pergi kelas ambil exam, siap. Bukan. PhD ni macam kena validate knowledge, invent new stand, prove knowledge and provide conceptual and theoretical framework untuk kajian tu.
Mudah kata, tapi memang bukan benda mudah. PhD ni bukan kena pandai je, tapi kena ada usaha dan semangat menuntut ilmu yang tinggi. Beliau yang dah berilmu pun masih tak berhenti menuntut ilmu.
Hijabi juga harus mencontohi beliau. Bekerja keras untuk belajar ilmu terutama ilmu agama, secara langsung (sampai PhD) mahupun secara tak langsung (hadiri kuliah/majlis agama). Semangat menuntut ilmu nak jadi “beauty with brain”.
BEAUTY WITH BRAIN
Buat semua wanita yang mendambakan menjadi “beauty with brain”, semoga all the forces be with you.
Semoga berbanggalah ibu ayah kerana mempunyai anak yang berilmu, cantik akhlak dan peribadinya.
Semoga beruntunglah suami yang memiliki isteri yang menjadi gedung ilmu dalam rumahtangga dan besar manfaatnya buat masyarakat.
Semoga berbahagialah anak-anak yang diasuh seorang ibu yang salim agamanya dan mulia akhlaknya juga bersih hatinya.
Semoga bergembiralah seorang wanita yang di sayang Allah dan seluruh makhluknya kerana ketinggian ilmu, akhlak dan budinya. Dan semoga perempuan itu adalah kita semua. Amin.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...