Sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lengkap tanpa juadah istimewa untuk disajikan pada pagi raya bagi santapan seisi keluarga. Malah, selepas dua tahun tidak dapat meraikan hari raya dengan penuh kemeriahan, 1 Syawal kali ini pastinya tidak sabar dinantikan.
Bukan saja dapat pulang ke kampung halaman dan menziarahi sanak saudara, rakan taulan, tapi satu perkara yang pasti tidak boleh dilupakan adalah hidangan dan masakan. Dan bagi menambahkan kegembiraan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, jenama ‘syurga’ aiskrim terkenal Crème De La Crème memperkenalkan ais krim ‘Nasi Lemak’.
Menerusi kreativiti dan inovatif mereka, aiskrim ‘Nasi Lemak’ Crème De La Crème itu dihasilkan daripada 100% aiskrim asli. Lebih uniknya lagi, pencuci mulut yang lazat ini turut menampilkan jenama sambal kesayangan ramai milik pasangan selebriti terkenal tanah air, Scha Alyahya dan Awal Ashaari iaitu Schambal bagi memberikan pengalaman yang lebih sedap dan menyelerakan.
Bagi Awal Ashaari, kerjasama yang terjalin antara Schambal dan Crème De La Crème sesuatu yang istimewa dan di luar kotak fikiran.
“Sejujurnya tak terfikir pun bagaimana pencuci mulut aiskrim boleh ‘diubah’dan dihasilkan menjadi hidangan nasi lemak yang diakui menjadi kegemaran dan pilihan orang ramai. Bagi saya ini sesuatu yang hebat dan betul-betul kreatif.
“Apabila cadangan untuk berkolaborasi dengan jenama Schambal kami diberikan, pada saya ia menambahkan lagi keenakan Nasi Lemak Crème De La Crème ini. Nasi lemak tanpa sambal memang tak bermakna, jadi dengan adanya Schambal ini melengkapkan lagi hidangan istimewa ini,” katanya.
Jadi, apa tunggu lagi jangan lupa dapatkan sajian istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri, ‘Nasi Lemak’ Crème De La Crème X SCHAMBAL.