Pasti ramai yang tidak tahu mengenai kelebihan halba kan? Halba ialah jenis rempah-ratus yang popular dalam masakan negara Timur Tengah dan juga negara seperti India, Pakistan dan Sri Lanka. Mungkin ramai tak perasan, sebenarnya halba selalu berada sekali dalam tempat rempah di rak-rak pasaraya. Ia memang amat mudah didapati di Malaysia.

Ia boleh diminum sebagai teh atau direndam semalaman. Sebenarnya halba antara ramuan terbaik untuk menguruskan badan dan boleh dijadikan sebagai bahan untuk menghasilkan air ‘detox’ yang terbaik! Malah, banyak lagi kelebihan halba yang boleh kamu perolehi! 

Air Rendaman Halba Rahsia Untuk Kekal Langsing Dan Awet Muda! Minuman Terbaik Di Waktu Pagi!
Sumber gambar: Cari Blogger

1. MEMBANYAKKAN SUSU IBU

Teh halba boleh menjadi alternatif semulajadi yang terbaik sebagai pengganti suplemen untuk meningkatkan produksi susu ibu. Menurut beberapa kajian saintifik, ia telah dibuktikan secara spesifik bahawa hasil susu perahan didapati bertambah daripada 1.15 oz kepada 2.47 oz apabila meminum teh halba ini.

2. DIJADIKAN SEBAGAI IMMUNITY BOOSTER

Ads

Dari segi nutrisinya, biji halba ini mempunyai kandungan serat dan mineral yang baik seperti zat besi dan magnesium.

Oleh sebab itu, air halba dipercayai memiliki khasiat untuk meningkatkan imuniti atau sistem pertahanan tubuh. Jadi, ia elok diamalkan oleh mereka yang sering diserang demam, batuk dan selesema.

3. MENURUNKAN BACAAN GULA DALAM DARAH

Ads

Halba didapati dapat memperlahankan penyerapan gula dalam perut dan menstimulasikan penghasilan insulin.

Ini tentunya berita baik buat penderta diabetes, bukan? Tak salah mencubanya dalam kuantiti kecil setiap hari sebagai ikhtiar mengurangkan bacaan gula dalam darah.

Ads

4. MENGURANGKAN SAKIT SENGGUGUT

Ha, taukah kamu, halba juga boleh mengurangkan sakit ketika senggugut? Pengambilan air teh halba amat digalakkan dan boleh mengurangkan penggunaan ubat-ubatan. Ia boleh diambil sekitar 1800mg-2700mg dalam 3 kali sehari dalam 3 hari pertama, diikuti dengan 900mg dalam 3 hari berikutnya.

5. MERAMPINGKAN BADAN

Meminum air halba dengan perut kosong setiap pagi adalah cara yang baik untuk meningkatkan metabolisme. Ini kerana ia akan menghasilkan haba dalam badan dan sekaligus membantu mengurangkan berat badan. Terdapat juga kajian yang mengaitkan pengambilannya dengan selera yang lebih terkawal.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI