Kecantikan

Air Rebusan Serai Buat Perut Kempis & Rata, Barulah Rasa Yakin Bila Nak Berfesyen

Share

Perut buncit atau boroi sememangnya menjejaskan penampilan sesiapa saja tidak kira wanita mahupun lelaki. Hendak berfesyen jadi terhad gara-gara enggan dilihat perut yang ke ‘depan.’ Perut buncit berlaku disebabkan masalah pencernaan tidak lancar hasil daripada pola hidup tidak sihat.

Masalah ini membuatkan lemak bertimbun dan mengeraskan perut. Ia tidak hanya berlaku kepada wanita bertubuh berisi tetapi juga wanita kurus pun mengalami masalah yang sama.

Photo by cottonbro from Pexels

Jika masalah ini tidak diatasi dengan segera, bimbang ia mengundang pelbagai komplikasi penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, masalah tulang atau kolestrol tinggi.

 

Bagaimanapun, jangan gusar. Bagi membantu menghilangkan perut buncit, hijabi boleh cuba resipi berikut.

Resepi Air Serai Mujarab Untuk Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat

1. Serai (10-15 batang)
2. Air (2-5 liter)

Caranya memang sangat mudah dan cepat

Cara-cara:
*Ketuk serai sehingga pecah & rebus dalam 30-45 minit
*lagi banyak serai lagi banyak air diperlukan

Amalkan minum segelas pagi lepas sarapan, tengah hari dan malam. Sebenarnya air rebusan serai juga boleh diminum bersama campuran bahan-bahan lain seperti madu, lemon, bunga cengkih, halia, kunyit dan banyak lagi. Serai juga berkhasiat serta terbukti mempunyai kebaikan dan kelebihannya yang tersendiri.

Photo by Evelina Zhu from Pexels

Antara Khasiat Air Rebusan Serai

*Bantu sistem penghadaman
*Cantikkan kulit
*Buang toksin dalam badan
*Kurangkan bau badan
*Cairkan lemak dan sebagainya

HIJABISTA: Untuk lebih berkesan, lakukan senaman secara berkala. Ia mampu mempercepatkan lagi usaha untuk mendapatkan perut yang rata.

Sumber kredit: Ana Mahabu Top image: Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Published by
Norhasliza