Menyingkirkan racun (detoks) dari dalam tubuh wajar dilakukan untuk menjaga kesihatan tubuh agar tetap sihat. Gaya hidup dan persekitaran yang tidak sihat, termasuk tabiat buruk seperti merokok dan mengambil minuman keras serta kepelbagaian jenis makanan yang diambil juga boleh menyebabkan racun-racun ini terkumpul di dalam tubuh.
Racun-racun tersebut boleh merosak organ serta melemahkan sistem ketahanan tubuh. Oleh sebab itulah, diperlukan cara-cara semula jadi untuk mengeluarkan sekali gus menghilangkan racun pada tubuh, selain daripada menggunakan suplemen ‘detoks’.
Berikut perkongsian Diana Said tentang amalan air rebusan detoks yang diamalkannya.
DIY AIR REBUSAN PINK BUAT PERUT KEMBALI KEMPIS
Air detoks ini sangat sesuai diamalkan pada setiap pagi. Hasilnya barulah kempis perut. Minuman detoks ini membantu kita untuk melancarkan sistem perkumuhan. Pendek kata apa yang dimakan senang untuk dibuang.
Istimewanya air detoks ini ialah ia ada rasa masam dan panas. Dengan cara ini lemak yang terkumpul lebih senang untuk disingkirkan dari tubuh.
Mudah sahaja hendak buat air detoks ini. Bahan-bahan pun tidak banyak dan yang penting mudah untuk didapati.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
2 biji lemon
3 asam keping
3 biji asam masin
3 inci halia
CARA MEMBUAT:
1) Rebus 1 liter air.
2) Basuh semua bahan dan potong kecil.Air
3) Rebus semua bahan dalam periuk hingga mendidih.
4) Tutup api dan tuang air rebusan dalam jug.
5) Sejukkan dan sedia untuk dihidang.
Senang sahaja bukan resipi membuat air detoks ini. Warna air detoks yang merah jambu (pink) ini nampak menarik dan menyelerakan. Warna merah jambu itu hadir daripada asam masin merah. Bukan sahaja sedap, yang penting perut jadi kempis.
Better buat malam hari, simpan dalam peti sejuk esok boleh minum sepanjang hari. Kalau ada daun pudina boleh masukkan nanti lagi sedap air detoks yang diminum.
Selepas ini bolelah cuba ya sis!
Sumber kredit: Diana Said
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI