Kecantikan

Cuba Minum Air Rebusan Halia & Halba Ini, Kalau Perut Selalu Masuk Angin. Memang Menjadi!

Share

Bila perut masuk angin, mulalah badan rasa serba tak kena. Perut rasa senak dan kentut pun rasa susah je nak keluar. Sudahnya, anda akan moody sepanjang hari dek kerana badan rasa tidak selesa. Bila dah moody, orang sekeliling akan turut terpalit walaupun mereka sendiri tidak tahu apa salah mereka.

Apa kata cuba petua yang dikongsi oleh Zilla Janis menerusi laman Facebooknya. Menurutnya, air rebusan halia dan halba ini bukan sahaja dapat membuang angin dalam badan, malah boleh mengempiskan perut. Mudah kan nak dapatkan perut yang kempis?

Berikut merupakan perkongsian Zilla Janis:

Foto: Facebook Zilla Janis

Bila perut masuk angin. Nak lena tido pun susah. Zilla ni dah berapa lama tido tak lena. Perut senak. Kentut nak kua pon memalu kucing.

Pagi tadi sebelum sarapan. Zilla rerajinkan lah diri pi godek periuk. Zilla rajin tau. Lelagi bab nak cantik dan kuyuss. Hihi.

Bahan-bahan:

  • Halia seinci.
  • Halba sesudu.
  • Teh green tea seuncang.
  • Air 2 cawan.
Foto: Facebook Zilla Janis

Cara-cara:

  1. Halia tu korang potong pepanjang. Tak ya buang kulit. Basuh je. Jangan tak basuh pulak. Kene rajin tau. Rajin!
  2. Campak semua bahan dalam periuk yang berisi air. Biar sampai mendidih. Pastu tuang dalam cawan. Biarkan kejap sampai suam. Pastu minum. Sebelim sarapan tau.
  3. Kalau nak sedap sikit. Buh madu sesudu. Memang mengancam rase dia. Tak pahit pon seriusss zilla cakap ni. Sedappp!

 

Foto: Facebook Zilla Janis

Kalau korang amalkan selama seminggu. Perut akan flat je. Mase tu nak gelek inul pon boleh. Kalau perut buncit. Nak gelek tak best. Bergoyang lemak. Hahahaha.

Okay sudahh! Jangan suke sangat. Zilla nak citer sikit biodata cik halba kat korang.

Khasiat halba:

  • Melancarkan haid
  • Menghilangkan kembung dan senak perut.
  • Banyakkan susu badan.
  • Menghilang lendir tekak.
  • Mengatasi sakit kepala dan migrain.
  • Mengurangkan sengugut.
  • Menurunkan berat badan.
  • Menyuburkan rahim.
  • Merawat masalah kulit dan bisul.

Baguskan khasiat halba. Lelagi untuk ompompuan. Orang laki pon bagus je minum. Untuk tenaga batin dan cegah kemandulan.

Kalau korang dah cube #tips zilla ni. Jangan lupe komen kesannye kat bawah.

Sumber: Facebook Zilla Janis

Published by
SH