Pernah tak anda lihat di sosial media, tidak kira Tiktok mahupun Youtube, di mana pernah tular tren minum air yang di panggil sebagai ‘Thick water‘. Tapi apakah itu ‘Thick water‘?

Menurut Carewell, terdapat seramai 13 juta penduduk di Amerika yang mengalami kondisi kesukaran untuk menelan. Wujudnya ‘Air Pekat’ atau Thick water adalah untuk memberikan penghidap kondisi ini kekal hidrat.

Apakah itu ‘Thick water’?

Air Minuman Yang Lebih Likat Dari Air Biasa, Sesuai Untuk Mereka Yang Susah Telan

Thick water‘ adalah air yang di cipta khusus untuk penghidap disfagia (kesukaran menelan). Air ini boleh di beli secara terus di kedai ataupun boleh juga di buat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan pemekat.

Kenapa perlu pekat dan likat? Hal ini kerana dengan menambah kelikatan pada cecair normal, seperti air minuman, ia akan lebih memudahkan bagi proses menelan.

Bagi orang yang semakin meningkat usia, deria muntah mereka akan menjadi lebih sensitif atau mempunyai masalah dari segi neurologi di mana mereka mengalami kesukaran untuk makan dan minum. Thick water membantu mereka untuk kekal hidrat serta menghalang cecair daripada memasuki trakea (saluran udara ke paru-paru) serta melancarkan proses pencernaan.

Artikel berkaitan: Amalkan Minum Air Campuran Tujuh Bahan Ini, Bukan Sahaja Dalaman Bagus, Wajah Pun Nampak ‘Pink-pink’ & Berseri

Siapa sahaja perlukan Thick water?

Tidak semua orang memerlukan Thick water ini kerana ia di buat khusus untuk mereka yang mengalami kondisi sukar untuk menelan. Kondisi ini di diagnosis oleh ahli patologi pertuturan bahasa.

@casshuff #greenscreen #AirPodsJUMP #CompetitiveGaming #thickwater #fyp #foryou #disability #tiktok #ableism ♬ original sound – Cassidy Huff

Ads

Bagi mengenal pasti sama ada ahli keluarga kita menghidap kondisi ini, pakar akan menilai struktur muka dan mulut mereka ketika sedang minum dan makan. Jika dari pemerhatian itu tidak memberikan banyak informasi, mereka akan menggunakan endoskopik (FEES) atau menelan barium yang di ubah suai (MBS) untuk membuat penilaian.

Kebiasaannya, kondisi yang menyebabkan kesukaran untuk menelan adalah juga termasuk:-

  • Refluks asid dan GERD
  • Keradangan pada esofagus (esophagitis)
  • Nodul tiroid
  • Strok
  • Kecederaan pada saraf tunjang

Ada juga yang mengalami kesukaran untuk menelan jika mereka menghidap penyakit dari aspek neurologi seperti Parkinson, Alzheimer, atau Demensia.

Apakah rasa Thick water itu?

Air Minuman Yang Lebih Likat Dari Air Biasa, Sesuai Untuk Mereka Yang Susah Telan

Rasa Thick water hampir sahaja sama dengan air biasa yang kita minum. Cuma perbezaannya yang jelas adalah melalui konsistensinya. Ramai yang membandungkan kelikatan air Thick water ini umpana gel aloe vera.

Ads

Jika anda tuang Thick water, ia mudah sahaja tetapi bila ia di dalam mulut, rasanya lebih pekat. Di sebabkan kelikatan yang berganda berbanding air biasa, ramai orang menjadi kenyang lebih cepat daripada biasa. Untuk membuat air biasa kepada likat juga mudah kerana terdapat beberapa bahan yang membantu untuk melikatkan air.

Bagaimana hendak buat Thick water di rumah?

Thick water ini mempunyai beberapa jenis kandungan yang membuatkan lagi airnya menjadi likat. Oleh sebab itu, ia terbahagi kepada dua kategori yang berbeza seperti:-

Pemekat berasakan kanji

Air Minuman Yang Lebih Likat Dari Air Biasa, Sesuai Untuk Mereka Yang Susah Telan

Kanji adalah serbuk putih yang mempunyai rasa yang tawar namun ia cepat larut ke dalam pelbagai cecair. Walaupun ia mudah untuk di bancuh tetapi ia memerlukan penggunaan dengan kadar segera. Jika di biarkan ia akan menjadi lebih likat dan sukar untuk di telan.

Pemekat berasakan getah

Air Minuman Yang Lebih Likat Dari Air Biasa, Sesuai Untuk Mereka Yang Susah Telan

Ads

Sumber gambar dari Sinful eyes via Foter.com

Bukan getah yang sering kita gunakan untuk mengikat bungkusan makanan tetapi getah yang diperbuat dari produk semula jadi seperti Xanthan, iaitu sejenis gula yang telah di tapai. Berbeza dari kanji, ia mempunyai kebarangkalian untuk bergumpal, jadi sangat penting untuk peka dalam membancuh.

Konsistensinya akan kekal sama dari semasa ke semasa, jadi anda boleh sahaja menyejukkan atau menyimpannya untuk di gunakan kemudian.

Walapun begitu, jika anda ingin cuba untuk menggunakan salah satu pemekat cecair ini, anda perlu cuba satu demi satu. Ini membolehkan anda kenal pasti campuran mana yang bersesuaian.

Artikel berkaitan: Jom Amalkan Minum Air Detoks Cantik; Tubuh Segar Bugar, Cantik Luaran & Dalaman

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI