Air Mata Ayah ‘Gugur’ Di Majlis Konvokesyen Anak, Netizen Turut Sebak! Pesan Jaga Sampai Hujung Nyawa

Share

Tanpa dua insan mulia yang bergelar Ibu dan Ayah… siapalah kita. Kata orang, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa. 

Seorang ibu, sanggup bertarung nyawa melahirkan kita bagi mengenal apa itu dunia. Bapa pula mungkin luaran nampak tegas, tetapi dia merupakan insan yang sentiasa mengambil berat dalam diam. Kasih seorang ayah, sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya. Sebagai seorang anak pula, kita pasti mahu membuat kedua orang tua kita bangga.

Tak berhenti menangis

Baru-baru ini tular satu video di laman Tiktok seorang gadis yang berkongsi momen pada hari graduasinya. Umum mengetahui hari graduasi atau saat majlis konvokesyen merupakan saat indah yang akan dikenang bagi setiap pelajar setelah bertungkus-lumus bertahun-tahun demi menjulang segulung ijazah.

Apa yang menarik perhatian netizen bukanlah gadis tersebut, namun reaksi bapanya. Melalui hantaran yang dimuat naik oleh gadis yang dikenali sebagai Ika itu, dapat dilihat bapanya tidak berhenti menangis akibat sebak. 

“Selamanya akan menjadi ‘puteri’ ayah (i’ll forever be your princess). Sebab ayah lah Ika berjaya belajar dari dulu sampai dah Ijazah. Ayah suruh Ika buat sampai phD kan? Ika cuba ya untuk ayah” tulisnya.

@sy4fm ill forever be your princess 🥺 sebab ayah lah ika berjaya belajar dari dulu sampai dah degree. ayah suruh ika buat sampai phD kan? ika cuba ya untuk ayah❤️ #ayahhebat #fyp #foryourpage #konvo #universitimalaya #konvoum2022 ♬ Ayah – Seventeen

Melalui video tersebut, dapat dilihat graduan Universiti Malaya tersebut sedang menyeka air mata ayahnya sebaik sahaja menerima skrol semasa majlis konvokesyen.

Difahamkan, si ayah tidak dapat menahan sebak sejurus melihat anaknya dek bangga dengan pencapaian gadis itu. Ika cuba untuk menenangkan ayahnya dengan memberikan pelukan, namun ayahnya tidak berhenti menangis. Gadis itu dilihat tidak berhenti memujuk ayahnya serta memberikan kucupan. 

Hasil tinjauan Hijabista, ayahnya mempunyai penyakit parkinson iaitu satu penyakit pada sistem saraf yang mengganggu kemampuan tubuh dalam mengawal gerakan dan keseimbangan. 

Disebabkan itu, ayahnya dilihat tidak banyak bergerak dan memberikan reaksi dalam video tersebut. Menurut Ika, bapanya kini tidak berdaya untuk memegang cawan. 

“Tak tahu la nak rasa apa,rasa berbeza bila tangan yang selalu gagah pimpin tangan Ika sekarang nak pegang cawan pun tak terdaya” katanya. 

Artikel berkaitan: Agungnya Kasih Seorang Ayah, Kasih Ayah Sepanjang Masa, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga 

“Jaga sampai hujung nyawa…”

Video yang tular tersebut telah mendapat lebih 631K jumlah tontonan serta 116K tanda suka daripada netizen. Rata-rata netizen turut berasa sebak, ada yang turut mengimbau kembali kenangan bersama ayah mereka dan turut menitipkan pesan kepada gadis tersebut agar menjaga ayahnya dengan baik.  

“Bangga ayahnya tengok anak graduate sampai sebak. Congratulations miss

You can never be besar for them, you’re always their little baby

“Hmm ulang balik pun tetap air mata keluar…. bestnya Sis masih dapat peluk ayah”

“Ala ikut nangis juga kita kat sini”

“Utamakan lah orang tua kita , Semoga dipermudahkn segala urusan sis”

Artikel berkaitan: Si Cilik ‘Berhati Besar’ Bangga & Tak Malu Peragakan Uniform MPTI Ayah, Buat Netizen Tersentuh 

Sumber: TikTok Syaf

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini. 

Published by
S.Amira