Sama seperti tahun lepas, kebanyakkan negeri telah membuat pengumuman bahawa tahun ini tiada bazar ramadan yang akan dibuka. Bagi mengawal jangkitan virus karona, kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga supaya orang ramai tidak berkumpul.
Jika berkunjung ke bazar ramadan, terdapat pelbagai pilihan air dari bermacam warna dan perasa ada dijual. Memang tak sah kalau tak singgah beli. Selain daripada air katira yang sentiasa menjadi pilihan di bulan puasa, lemon pudina dan laici asam boi pun boleh buat kecur air liur!
Menerusi laman Masak Apa Hari Ini (MAHN), seorang wanita kongsi resepi ais lemon pudina & ais lemon pudina laici asam boi sesuai untuk dijual di bazar. Lepaskan kerinduan padaair yang kecur air liur ni , Nur Hanisah Kamaluddin
berkongsi resepi. Apalagi jom cuba!Assalamualaikum Selamat Tengahari. Saya nak share resepi Air Balang “Ais Lemon Pudina & Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi”. Sebelum ni saya dah pernah share tahun lepas at mahn dan sekali lagi saya share ye. Saya halalkan resepi saya ni yang tak seberapa. Sesuai untuk jual di bazar. Insyallah laku keras habis setiap hari. Yang pasti sedapp freshh, boleh ketagih bila minum tak mau dah air lain.
Perkongsian ini pada tahun lepas di mana Nur Hasinah adalah salah seorang peniaga di bazar ramadan.Tahun ni kami tak ada rezeki nak jual bazar. Doakan saya ada rezeki tahun akan datang ye. Selalu saya dan abang saya yang handle bazar, tapi tahun ni tak. Berkali-kali saya ajak dia suruh amik borang bazar tapi cuma dia cakap “Tak Nak” 2 perkataan tu dia cakap, dalam hati saya sedih lah jugak hehe baru ku tahu kenapa.
Allah lebih sayangkan kamu. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukannya. Al-Fatihah buat abang ku Mohammad Firdaus Bin Kamaluddin. Semoga kau tenang disana bersama bidadari syurga & Mak. Pemergian kamu nak sambut puasa, Arwah mak nak sambut raya setelah 20 tahun yang lalu. Rindu tiada penghujung. Perkara yang sama berlaku cuma berbeza. Al-Fatihah.
Salam Ramadhan kepada semua rakan-rakan dan keluarga yang mengenali saya. Maafkan segala khilaf dan salah sepanjang perkenalan kita. Semoga segala amal dan ibadah kita sepanjang Ramadhan diberkati dan di redhai oleh Allah swt.
Sungguh manfaat perkongsian ini, bagi mengubati kerinduan air kecur liur bazar ramadan. Hijabista harap sentiap perkongsian bersama kita sedekahkan Al Fatihah pada arwah abang Nur Hanisah.
Sumber : Nur Hanisah Kamaluddin