Sakitnya bila senggugut datang! Nak buat kerja pun tak boleh fokus disebabkan rasa sakit yang terlampau! Macam mana ni?
Senggugut selalunya dialami oleh sesetengah wanita ketika didatangi haid. Ia adalah sakit kejang yang hadir di bahagian pinggang. Senggugut boleh mengakibatkan hilang tumpuan sewaktu melakukan aktiviti atau pekerjaan dan sememangnya mengganggu emosi wanita jika sakit berlanjutan hingga sukar untuk dikekang kesakitannya.
Ia boleh diatasi dengan mengamalkan pantang larang ketika datang haid. Jom kita baca petua untuk mengatasi kekejangan ketika senggugut melanda.
Air sebenarnya membantu dalam mengelakkan sakit senggugut ketika haid. Air suam ataupun panas, kedua-duanya baik untuk melegakan kekejangan kerana ia melancarkan perdaran darah dan boleh merehatkan otot yang kejang.
2. Elak kafein
Kurangkan atau sebaiknya hentikan seketika mengambil kafein dapat mengurangkan senggugut dan tekanan ketika haid. Minum teh chamomile untuk meredakan senggugut.
3. Pemanas
Tuam pad/kantung pemanas di bahagian abdomen dan bahagian bawah belakang badan dapat melegakan kesakitan senggugut secara berkesan seperti mengambil pil tahan sakit. Jika anda tidak mempunyai kantung air panas atau pad pemanas, mandi dengan air suam atau gunakan tuala yang direndamkan dengan air panas.
4. Bersenam
Akitivi bersenam sebelum atau ketika datang haid semestinya membuatkan anda rasa malas dan tidak mungkin kerana kekejangan yang dialami anda sudah cukup buat anda rasa sakit. Namun, sebenarnya jika anda melakukan aktiviti yoga atau aerobik ia dapat melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.
5. Air halia
Halia dipercayai membantu dalam menyembuhkan demam, simptom selesema, sakit kepala, dan senggugut. Hiris halia, campur ke dalam secawan air panas dan minum untuk melegakan senggugut.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe