Kecantikan dan kesihatan yang baik boleh kita perolehi daripada amalan pemakanan kita sendiri. Sekiranya kita banyak mengambil minuman serta makanan yang sihat, ia sangat membantu dalam mendapatkan tubuh yang langsing dan dalam masa yang sama memberi kebaikan pada kulit.
Tanpa disedari, minuman yang kita anggap biasa-biasa ini rupa-rupanya memberi kesan yang baik kepada kesihatan dan juga kecantikan. Minuman yang dimaksudkan adalah air barli. Mungkin ada yang tidak suka minum air barli tetapi perlu anda tahu bahawa ia sebenarnya mengandungi 1001 kebaikan pada kesihatan dan kulit.
Hijabista kongsikan resepi membuat air barli yang telah dikongsi oleh Aisyah Badar Bajrai di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) di Facebook. Jom ikuti perkongsiannya.
Masa memula jumpa resepi ni Aisyah excited sangat. Sebab selama ni tak tau pun barli ni boleh cantikkan kulit kita plus kuruskan badan. Ya Allah, murah kot modal beli barli. Nak minum hari hari pun boleh.
Air barli ni walaupun nampak biasa biasa jek tapi kalau kita konsisten minum, badan kita boleh KURUS tau. Pastu kulit yang KUSAM pun boleh BERSERI SERI balik plus boleh ANJALKAN KULIT. Tak yah sesusah nak cucuk botox. Minum jek air barli. Jimat.
Ok jom tengok cara buat air barli, ( boleh guna sukatan sendiri)
——————————
Rebus barli + kayu manis ceylon dengan air selama 30-45 minit, sampai barli kembang. Pastu dah boleh tutup api. Sebelum minum nanti perahkan lemon sikit dengan masukkan madu sikit.
** Baki air barli boleh simpan dalam peti ais. Aisyah suka asingkan biji barli dengan air rebusan sebab tak nak barli tu kembang sangat.
** Jangan lupa panaskan sebelum minum.
Ni antara khasiat air barli ni.
– Kurangkan morning sickness
– Anjalkan kulit
– Sejukkan badan
– Banyakkan susu ibu
– Rendahkan kolestrol
– Melegakan sembelit
– Kuruskan badan
– Kencing manis
– Mencegah sakit jantung
– Arthritis
– Menguatkan gigi
– Kurangkan rambut gugur
– Anemia
– Batuk, sakit tekak, demam
– Mencegah kanser
– Mencegah batu karang
– Mencegah osteoporosis
– Masalah jerawat
– Mencegah kencing kotor
– Kencing kotor
– Boost metabolisme badan
– Kurangkan kolestrol
– Kurangkan selera makan
– Lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar
– Lancarkan period dan servis dalaman
– Darah tinggi
– Kencing manis
– Sakit sendi
– Cuci kerak kerak lama dalam usus
– Bakar lemak degil
– Ada vit c, bagus untuk kulit
– Anti kanser
– Mengempiskan perut
– Tambahkan tenaga
– Antioxidant
– Mencegah kanser
– Pemanis semula jadi
Siapa cakap nak cantik dan kurus ni kena guna modal besar. Minum jek air barli hari-hari, nanti glowing mowing plus anjal tau. Pastu lelemak pun segan nak duduk lelama dalam badan.
Selamat mencuba, jangan lupa share dan follow Aisyah Badar Bajrai untuk resepi sihat lain.
Sumber: Facebook Aisyah Badar Bajrai