Air Bandung Laici Cincau Sedap & Kaw, Begini Cara Buatnya

Share

Air bandung laici cincau antara minuman yang sering dicari ketika bulan Ramadan. Warna merah jambu yang memikat pastinya membuatkan minuman ini digemari pelbagai peringkat usia tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa.

Tidak susah pun sebenarnya untuk buat air bandung laici cincau. Yang penting bahan-bahan mesti cukup dan hasilnya tentulah kepuasan ketika meneguknya ketika berbuka.

Bagi mereka yang bercadang hendak buat minuman ini, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh lelaki ini. Istimewanya resepi air bandung laici cincau Ben Safwan ini ialah tiada langsung campuran air kosong. Air hanya daripada air laici dan air dari ais yang mencair.

Sukatan resipi ini pula untuk 2 jug saiz seperti dalam gambar di bawah.

Oh ya tip rahsia nak dapatkan potongan cincau cantik ialah kita sagat pakai sagat lubang besar. Hasilnya memang cantik.

BAHAN-BAHAN:

1 tin laici
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
3 sudu makan kacang tanah tumbuk
3 1/2 sudu makan sirap cap rose
1 sudu makan biji selasih
5-6 biji kurma merah
50-60 gram cincau hitam

CARA MEMBUAT:

1.Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.

2.Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.

3.Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda, boleh juga campurkan. Terpulang pada selera masing-masing.

HIJABISTA: Mudah sahaja membuatnya bukan? Bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Walau pun boleh beli di luar tetapi lebih afdhal jika buat sendiri. 

Sumber kredit: Ben Safwan

DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.

http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA

Published by
Norhasliza