Air bandung laici cincau antara minuman yang sering dicari ketika bulan Ramadan. Warna merah jambu yang memikat pastinya membuatkan minuman ini digemari pelbagai peringkat usia tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa.
Tidak susah pun sebenarnya untuk buat air bandung laici cincau. Yang penting bahan-bahan mesti cukup dan hasilnya tentulah kepuasan ketika meneguknya ketika berbuka.
Bagi mereka yang bercadang hendak buat minuman ini, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh lelaki ini. Istimewanya resepi air bandung laici cincau Ben Safwan ini ialah tiada langsung campuran air kosong. Air hanya daripada air laici dan air dari ais yang mencair.
Sukatan resipi ini pula untuk 2 jug saiz seperti dalam gambar di bawah.
Oh ya tip rahsia nak dapatkan potongan cincau cantik ialah kita sagat pakai sagat lubang besar. Hasilnya memang cantik.
BAHAN-BAHAN:
1 tin laici
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
3 sudu makan kacang tanah tumbuk
3 1/2 sudu makan sirap cap rose
1 sudu makan biji selasih
5-6 biji kurma merah
50-60 gram cincau hitam
CARA MEMBUAT:
1.Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.
2.Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.
3.Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda, boleh juga campurkan. Terpulang pada selera masing-masing.
HIJABISTA: Mudah sahaja membuatnya bukan? Bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Walau pun boleh beli di luar tetapi lebih afdhal jika buat sendiri.
Sumber kredit: Ben Safwan
DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.
http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas 2 Bulan Pakai Produk Ni Muka Kusam Kembali Bercahaya. Selfie Tak Perlu Filter Dah!
Setiap individu mempunyai sisi gelap dalam mencari kesempurnaan kulit wajah. Tipulah kalau hidup ini tidak pernah alami masalah kulit. Namun dalam setiap percarian pasti memrlukan masa, wang dan yang paling penting kesabaran.
Begitu juga hijabi ini, alami muka breakout yang boleh merubah wajah. Ahhh pasti sakit dan tertekan! Pernah digelar persis Taylor Swift, segalanya berubah setelah benjolan-bejolan tumbuh di permukaan kulit wajah.
ARTIKEL BERKAITAN: Elak Muka Breakout Di Pagi Raya, Mujur Ada Senarai Produk Ini. Masalah Parut Pun Selesai!
Gambar selfie terus berbeza
Selfie acara wajib si hijabi untuk perkongsian di media sosial, tetapi ianya tidak menjadi kemestian apabila tidak ada keyakinan diri. Nah Hijabi Sheena Rashid kongsi pengalamannya apabila kulit alami breakout, mujur ada 4 produk ni.
Yang mana tahu dulu aku struggle dengan break-out muka ku tu. Yang teruk sangat, tapi syukur juga masih dapat lagi di kawal segala jerawat-jerawat, pori-pori di muka ni.
Mana lagi, yang biabau balik-balik menegur betanya kenapa muka ku boleh penuh jerawat, yang dulu muka macam Taylor Swift sekarang tinggal kena Swipe.
Gambar ku selfie ni jauh betul bezanya, hasil selama lebih kurang 2 bulan juga kalau konsisten menjaga. Gambar ni di tempat yang sama, pencahayaan yang sama, super natural dan tiada filter.
Dulu muka ku tu kusam, asal aku stress atau banyak fikir mesti tumbuh jerawat 1-1. Macam tiada sudah hari lusa dia mau tumbuh lagi. Sudah begitu, mula lah tangan ni gatal mahu korek yang bekas jerawat tu, sampai lah jadi kesan parut. Kalau bab confident diri tu memang susah mau cakap, sebab aku totally lost in self. Malu mahu jumpa kawan-kawan.
Tapi sekarang, look at me now sis. Muka lebih sihat, parut di muka pun makin pudar, muka pun bercahaya sudah seolah-olah dapat cahaya nur dari syurga. Aku tak memuji diri, tapi apa aku consume dan buat selama ni worth it betul dengan hasil nya. Meskipun belum 100 peratus jadi Taylor Swift balik.
Kalau kau tanya aku, apa produk aku guna. Aku sekarang guna produk-produk dari drugstore sudah Watsons dan Guardian. Aku tak pakai sudah yang produk timbang kilo. Hasil memang menjadi tapi 1-2 minggu ja, lepas tu balik muka macam tu, Malah makin menjadi-jadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Muka ‘Glowing’ Semulajadi, Minyak Lobak Merah Mampu Tegangkan Muka Dan Hilangkan Garis Halus
AXIS-Y Dark Spot Correcting Glow Serum
“Yang ini aku sudah pakai lebih dari 2 bulan. Result bukan terus wow, tapi kau kena konsisten pakai juga supaya dapat hasil yang baik. Mana yang ada parut dark spot tu, kau sapu ja kat situ. Memang berhasi!”
Serum berasaskan Niacinamide 5% yang membetulkan bintik-bintik gelap dan memperbaiki tona kulit yang tidak sekata. Dengan bantuan Squalane yang berasal dari tumbuhan, serum ini mengekalkan kelembapan untuk memastikan kulit anda bersinar dan sihat ke mana-mana anda pergi.
BELI DI SINI:
GARNIER Bright Complete Skincare Regime with Vitamin C
Untuk pencuci muka, serum dan cream, aku guna set ni. sekali dengan ini Garnier Light Complete Milky Lightening Dew Toner. Ni memang aku lock sudah, sebab aku betul-betul in love sudah dengan brand ni. Formula susu segarnya diperkaya dengan Pati Lemon Tulen untuk membantu kulit lebih licin, cerah, lembut dan kulit lebih sekata.
BELI DI SINI:
Set kecantikan garnier ini disemai dengan Yuzu Lemon dan Vitamin C yang mencerahkan, Garnier Light Complete White Foam yang serba baharu menghasilkan buih-buih yang lebih kecil, halus, yang membersihkan dengan lembut jauh di dalam pori-pori.
Buih yang kaya dan padat dengan alkohol 0% membersihkan kekusaman tanpa mengeringkan kulit secara berlebihan. Tiada kusam, tiada sesak, kulit lebih lembut dan cerah selepas cucian pertama!
BELI DI SINI:
Flavettes Effervescent Glow 30’s
Last but not least, jangan lupa consume Flavettes Effervescent Glow Tab setiap hari. Sebab ini yang banyak membantu Aku glow up. Cinggg!!!
Flavettes Effervescent Glow 30’s adalah suplemen kesihatan untuk mengekalkan kesihatan yang baik dengan Vitamin C, Vitamin E, dan Glutathione. Flavettes Effervescent Glow mengandungi dos yang tinggi Vitamin C ditambah dengan Vitamin E dan Glutathione membantu meningkatkan seri kulit anda kerana ia mempunyai sifat antioksidan yang kuat untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan penuaan.
BELI DI SINI:
Itulah dia antara produk yang memang aku pakai sekarang. Nanti aku share lagi kamu sleeping mask yang terpaling best di pakai. Auto, jadi muka baby uolls!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: Sheena Rashid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Ada Niat Untuk Tidak Berkahwin. Ini Penjelasan Perkahwinan Yang Ditetapkan Tuhan.
Pernahkah terdetik di hati kita apabila berfikir mengenai tujuan dan niat untuk membina masjid, kadang-kadang hadir perasaan takut dan tidak yakin dengan diri sendiri.
“Adakah mahligai yang bakal dibina ini akan berkekalan sehingga ke akhirnya?”
“Adakah pasangan yang aku pilih ini benar-benar jodoh aku?”
“Bagaimana kalau suatu hari nanti masing-masing berubah dan sudah tak saling mencintai, adakah berdosa untuk membubarkan sesebuah perkahwinan?”
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
“Wahai manusia sekalian bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”
(Surah An-Nisa, 4:1)
Dan macam-macam lagi persoalan yang bermain di benak fikiran kita. Dengan membina sebuah mahligai, kita merasakan bahawa kita sedang bertaruh dengan diri kita sendiri, bertaruh dengan kehidupan dan masa hadapan masing-masing.
Jadi, benarkah kata-kata yang sering diutarakan oleh sesetengah golongan yang berpendapat bahawa perkahwinan itu sebuah perjudian?
“Berjudi kan haram, jadi bagaimana dengan situasi aku ini yang sedang berjudi dengan kehidupan dan perkahwinan aku?”
“Takutlah nak kahwin, sebab dah macam mempertaruhkan masa depan sendiri.”
Wahai pembaca, berhentilah menidakkan yang halal dan membenarkan yang haram. Perkahwinan itu sendiri bermaksud sebuah ikatan yang suci dan halal hukumnya malah perkahwinan digalakkan dalam Islam apabila seseorang itu yakin dengan dirinya untuk membina masjid. Malah, Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang berkahwin maka dia telah mengikuti sunnahnya melalui sebuah riwayat yang telah diriwayatkan oleh Anas RA yang berbunyi:
عَنْ أَنَسٍ أَنَّ نَفَرًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَسَأَلُوا أَزْوَاجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَعَنْ عَمَلِهِ فِي السِّرِّ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ أَتَزَوَّجُ النِّسَاءَوَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ آكُلُ اللَّحْمَوَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ أَنَامُ عَلَى فِرَاشٍ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِفَقَالَ مَا بَالُ أَقْوَامٍ قَالُوا كَذَا وَكَذَا لَكِنِّي أُصَلِّيوَأَنَامُ
وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَفَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
“Bahawa beberapa orang dari sahabat Nabi SAW menanyakan dengan rahsia kepada isteri-isteri nabi tentang amal (ibadat) nabi, kemudian di antara sahabat itu ada yang mengatakan: “Saya tidak akan mengahwini perempuan.” Yang lain mengatakan: “Saya tidak akan memakan daging.” Yang lain mengatakan lagi: “Saya tidak akan tidur di atas hamparan (tikar). Setelah diberitakan kepada Nabi SAW, baginda mengucapkan: “Mengapa ada beberapa orang mengatakan begini dan begini? Tetapi aku sembahyang dan tidur, puasa dan berbuka dan mengahwini perempuan. Sebab itu siapa yang tidak menyukai sunnahku, maka orang itu tidak termasuk golonganku.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Berdasarkan sebuah hadis yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda bahawa, sesiapa yang telah menikah, maka dia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya dengan hadis berikut:
إِذَا تَزَوَّجَ الْعَبْدُ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ دِينِهِ؛ فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِي
Maksud: “Apabila seseorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Oleh itu, janganlah kita menetapkan niat untuk tidak berkahwin sehingga ke hari tua kerana perkahwinan itu dianjur dalam Islam malah Allah menyukai hamba-hambaNya yang membina masjid.
Perkahwinan sebuah perjudian itu hanyalah sekadar perumpamaan. Kita melihat banyak perkahwinan yang berlaku di sekeliling kita, malah kita juga melihat ramai yang menghadapi penceraian setelah merasakan bahawa rumahtangga itu tidak mampu dipertahankan lagi.
Malah, sebuah penceraian itu juga merupakan takdir terhadap seseorang yang perlu dilalui. Jangan salahkan apa yang terjadi, namun, muhasabahlah dengan setiap yang berlaku, mungkin akan jumpa hikmahnya. Jangan berputus asa dan terus melabel perkahwinan itu sebagai sesuatu yang merugikan seperti perjudian kerana hakikatnya tidak.
Dengan berkahwin sahaja kita sudah mendapat pahala apatah lagi berusaha untuk menjadi pasangan yang baik. Berbeza dengan perjudian yang betul-betul merugikan diri sendiri malah berdosa jika dilakukan.
Perkahwinan Itu Qada’ Dan Qadar
Perkahwinan itu sebenarnya sebuah qada’ dan qadar yang telah Allah tetapkan untuk kita. Setelah Allah meniupkan roh kepada kita, Allah telah menulis jodoh, rezeki serta ajal sejak kita empat bulan di dalam kandungan lagi. Malah, Allah juga ada menyebutkan bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik serta sebaliknya.
Mafhum: “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat; dan (sebaliknya).” (Surah An- Nur 24:26)
Bagaimana pula dengan kehidupan seorang yang baik dan solehah, contohnya ustazah yang telah jatuh ke tangan lelaki yang buruk akhlaknya seperti drama Ustaz Hamadi dan Aisyah dalam Nur? Dan ada juga nasib lelaki yang malang dapat isteri mata duitan atau tidak bersyukur dengan suami sendiri. Adakah itu juga takdir yang Allah tetapkan terhadap seseorang?
Ya, kerana itu semua adalah ujian yang telah ditimpakan oleh Allah terhadap seseorang. Sayangnya Dia terhadap hambaNya sehingga ingin mengangkat darjat seseorang dengan memberikan ujian yang begitu hebat.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً
Maksud: “Dari ‘Aisyah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada satu pun musibah yang menimpa seseorang muslim berupa duri atau yang seumpamanya melainkan dengannya Allah akan mengangkat darjat atau menghapus kesalahannya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Perumpamaan perkahwinan itu suatu perjudian kerana kita tidak mengetahui nasib yang bakal terjadi terhadap rumahtangga tersebut, kita tidak tahu adakah anak yang bakal dilahirkan itu akan menjadi anak yang baik akhlaknya atau sebaliknya, kita tidak tahu adakah kita mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai suami atau isteri dengan baik atau tidak.
Sedarkah anda, jika anda berpendapat bahawa perkahwinan itu sebuah perjudian, kehidupan anda juga boleh jadi sebuah perjudian. Dalam tidak sedar, kita meletakkan diri kita di lembah yang tidak tahu sejauh mana curamnya boleh membunuh kita.
Contohnya, kita tidak tahu harta yang dikumpul ini sempat digunakan sampai bila. Kita tidak tahu adakah pekerjaan yang kita lakukan ini bersesuaian dengan diri atau tidak. Semuanya bergantung kepada nasib yang kita pertaruhkan.
Sebenarnya, ia juga merupakan qada’ dan qadar yang telah Allah tetapkan kepada kita dengan usaha yang kita lakukan. Semuanya adalah berdasarkan pergantungan dan doa kita terhadap Allah. Allah telah menyuruh hambaNya supaya tidak mudah berputus asa dengan kehidupan dan menyalahkan takdir yang telah terjadi. Doa, usaha dan tawakkal merupakan salah satu kunci dalam kehidupan yang boleh dijadikan panduan. Allah sendiri menetapkan supaya berdoalah hanya kepadaNya untuk kehidupan yang sejahtera.
Mafhum: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir, 40:60)
Dalam ayat lain, Allah ada menyebut mengenai perlunya setiap hamba itu berusaha untuk sesuatu:
Mafhum: “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak); Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang sempurna.” (Surah An-Najm, 53:39)
Dalam ayat di atas sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kita perlukan usaha untuk melalui kehidupan ini. Allah tidak pernah merendahkan usaha seseorang malah ia akan diberikan ganjaran dan pahala yang setimpal. Tidak ada satu pun yang dilakukan dalam dunia ini secara sia-sia.
Oleh disebabkan itu, manusia disyaratkan untuk beristikharah dan beristisyarah sebelum membuat sesuatu keputusan. Ia juga merupakan salah satu usaha kita dengan kehidupan ini. Dengan meletakkan pergantungan terhadap Allah, itu membuktikan bahawa kita sebenarnya hanyalah hamba yang lemah yang mengharapkan bantuan daripada sang Pencipta.
Kesimpulan
Perkahwinan dan kehidupan sebagai suatu perjudian hanyalah sebuah perumpamaan yang dicipta supaya kita lebih berhati-hati dengan setiap keputusan yang bakal dilakukan. Perkahwinan dan penceraian yang berlaku adalah salah satu usaha kita untuk mentaati perintahNya dan menyempurnakan sifat kita sebagai manusia yang dicipta secara berpasang-pasangan.
Jangan takut dengan perkahwinan, tetapi berusahalah untuk menjadi pasangan yang baik dengan melaksanakan tanggungjawab dalam sesebuah perkahwinan.
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Mafhum: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakan di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah Al-Mulk, 67:2)
SUMBER: Tazkirah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hendap Berulang kali Walaupun Secara ‘Maya’ Juga Dianggap Sebagai Satu Jenayah – Pindaan Akta 574
Dahulu kita sering dengar mengenai kes yang berkait tentang seseorang individu yang menjadi mangsa kepada gejala menghendap secara fizikal. Tambahan pula zaman moden kini, kes menghendap atau stalk berlaku secara maya.
Ramai juga mangsa stalker secara maya ini mengalami masalah untuk sosial secara terbuka di sosial media dan ada juga yang terpaksa berpindah atas sebab keselamatan.
Rasa seolah-olah di perhatikan dari jauh
Gejala menghendap atau stalking ini merupakan satu perbuatan yang melibatkan satu individu atau berkumpulan yang mempunyai niat untuk memerhatikan seseorang. Tujuan stalker atau penghendap ini lakukan perkara ini bergantung kepada niat mereka samada telah obses kepada seseorang atau ingin mengancam seseorang itu.
Artikel berkaitan: Takut Ada Yang Menghendap, Ini Tip Yang Wajib Kaum Wanita Lakukan Sebelum Check In Hotel
Tambahan lagi, media sosial menjadi ruang untuk seseorang individu berkongsi kehidupan seharian mereka kerana aktiviti ini telah menjadi norma baharu buat zaman sekarang. Walaupun sebenarnya sosial media ini menjadi satu rujukan buat seseorang individu untuk mencari matlumat tak kira gaya fesyen, senaman, ataupun hiburan, ianya semua bergantung terhadap niat pengguna media sosial tersebut.
Jenayah jika stalk berulang-kali di alam maya
Dahulu, mangsa yang di hendap secara maya tidak dapat untuk membuat apa-apa aduan berkenaan kegiatan ini kerana ianya di anggap tidak mengancam mereka. Isu ini menjadi perdebatan kerana ia sukar untuk di ambil tindakan undang-undang terhadap perlaku tersebut.
Mengikut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata walaupun perlaku membuat kegiatan menghendap secara atas talian dan tidak mengakibatkan ancaman atau kecederaan kepada mangsa, undang-undang tetap di laksanakan oleh kerana gangguan mental dan emosi yang di alami oleh mangsa.
Kelakuan ini menjadi satu tindakan jenayah jika ia di lakukan berulang kali di mana perlaku akan di sabitkan bawah Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574). Manakala menurut temubual bersama Bernama, Datuk Mas Ermieyati juga memberi penjelasan bagaimana undang-undang ini di laksanakan.
“Sebagai contoh, berlaku insiden A telah berpisah dengan B, namun B sering mengganggu A dengan pelbagai mesej dan sebagainya.”
“Apabila A tukar nombor telefon, B masih lagi menghubungi A di media sosial dengan mengubah pelbagai nama samaran sehingga ada sampai 10 ke 20 akaun (media sosial) hanya untuk memastikan hidup A tidak tenteram.”
“Apabila (mangsa) pergi ke balai polis untuk membuat laporan, polis tidak boleh ambil tindakan… sebab tidak mendatangkan kecederaan kepada mangsa. Sebab itu (ada) mangsa yang sampai berhenti kerja dan sanggup keluar negara kerana khuatir diekori lagi,” katanya dalam temubual itu.
Oleh kerana itu, Datuk Mas Ermieyati menekankan bahawa pentingnya untuk meluluskan rang undang-undang ‘anti menghendap’ itu untuk melindungi mangsa secara menyeluruh dan bukan hanya tunggu mangsa di cederakan pada kemudian hari.
“…kalau tidak ada satu undang-undang yang benar melindungi mangsa, saya khuatir akan (berlaku) lebih banyak (kes menghendap) sehingga mendatangkan kecederaan (pada masa akan datang),” katanya lagi.
Sementara itu, Datuk Mas Ermieyati sangat optimis dengan rang undang-undang yang di jangka akan di bacakan kali kedua dan ketiga pada Mesyuarat Ketiga mulai Oktober depan itu, akan di luluskan di Parlimen pada hujung tahun ini.
Pada 4 Ogos lalu, pindaan Akta 574 untuk memasukkan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah sudah di bentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama.
Selepas ini, sis semua tidak perlu risau jika ada individu yang cuba untuk menghendap sis melalui alam maya. Lindungi diri sis dan jangan takut untuk berkongsi masalah yang di hadapi.
Sumber: Bernama
Artikel berkaitan: Ciri Telegram Terbaik Yang Ramai Tak Tahu, Salah Satunya Kawal Privasi Dan Keselamatan. Jom Manfaatkan!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI