Ingat lagi tak hijabi terhadap kanak-kanak yang pernah menjadi kesayangan rakyat Malaysia, iaitu adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 4, apabila kisah perjuangannya melawan ketumbuhan kanser ‘Germ Cell Tumour’ pada lima tahun lalu?
Ketika diuji dengan penyakit yang amat berat itu, Ainul baru sahaja berusia lapan bulan. Sebaik sahaja kisahnya tular sehingga mendapat perhatian ramai pihak. Ainul sekeluarga diterbangkan ke luar negara bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram yang tumbuh keluar menerusi bahagian mulut Ainul.
Hijabista difahamkan bahawa, pada lima tahun lalu, pembedahan berkenaan dilaksanakan sepasukan doktor pakar diketuai Profesor David Dunaway dan Dr Juling Ong di Hospital Kanak-Kanak London sehingga berjaya.
Malah, antara insan yang tidak lokek menghulurkan bantuan buat Ainul adalah pakar bedah kelahiran Malaysia, iaitu Dr Amalina Che Bakri.
Terbaharu, menerusi hantaran di laman instagram milik ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi memaparkan mereka sekeluarga menghadiri majlis resepsi Dr. Amalina Che Bakri sekaligus memberi bayangan bahawa setelah beberapa tahun berlalu, Dr. Amalina masih lagi mengekalkan hubungan baik dengan bertanya khabar dan mengetahui perkembangan terkini Ainul.
Artikel berkaitan: “You Have Done It Many Times Before, You Can Do It Again! Keep Fighting Sayang!”- Dr Amalina Mohon Doakan Adik Ainul Kembali Sembuh
“Sebelum majlis ini berlangsung, Dr Amalina selalu WhatsApp
isteri tanya Ainul boleh datang atau ke tidak. Dr Amalina kata kami wajib datang. Beliau nak kami ada sekali dalam majlisnya.“Semalam petang pun sebelum event beliau sempat whatsapp cakap, kita jumpa malam ni ya. Tak sabar nak jumpa Ainul. Walaupun jauh dan dah lima tahun berlalu, Dr amalina sentiasa tanya keadaan Ainul secara personal.
“Tahun lepas Dr Amalina ada balik Malaysia sekejap pun dia cuba curi masa untuk berjumpa dengan Ainul. Semalam tak sempat nak ambil gambar Ainul dan Bella, Insya-Allah next time,” kongsi bapa kepada tiga cahaya mata itu.
Memaklumkan perkara sama, Ahmad Safiuddin Abdul Razak menerusi hantarannya di Facebook turut berkongsi beberapa foto persandingan Dr Amalina bersama suami, Alexander Charles yang kelihatan segak dan anggun dalam persalinan songket ungu senada.
Sekadar info, Dr Amalina telah dinikahkan bersama jejaka pilihan hatinya pada April 2021. Kini, perkahwinan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata perempuan bernama Arabella Mia.
Sumber: Instragram @nrlerwani & @Dr.Amalina
Artikel berkaitan: Dalam Senyap Sudah Selamat Bersalin, Dr Amalina Kongsikan Berita Gembira Bersama Foto Dengan Puteri Sulungnya
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.