Sejak mengambil keputusan menarik diri daripada bidang seni nyanyian setelah menamatkan zaman bujang pada awal tahun 2017, penyanyi ini lebih banyak menumpukan perhatian pada keluarga dan juga kerjaya.
Ainan Tasneem mula dicungkil bakatnya menerusi laman YouTube. Ibu muda ini cukup dikenali menerusi lagu “Aku Suka Dia”. Hasil perkahwinan bersama jejaka pilihan hatinya, Mohamad Ariffudin Mohammmad Swaimi, pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung, Ainan Salsabiela yang kini berusia 2 tahun.
Berikut perkongsian Ainan di laman Instagramnya.
Kandungan dah nak masuk 36 minggu. Doktor bagi masa sampai 37 minggu je untuk bersalin sebab twins kan. So inshaaAllah this week or next week dapat jumpa baby twins. Tak sabar! Dua dua kepala dah kat bawah, hopefully sangat dapat bersalin secara naturally tanpa induce dan dapat bersalin normal kalau tiada sebarang komplikasi. Mohon doa dari semua ya.
Actually memang tak larat dah nak bawak perut sebenarnya. Sakit pinggang, sakit belakang, time tido pon lenguh-lenguh badan padahal takde buat apa2 aktiviti pon. Kalau nak tukar position time tido lagi la subhanallah…. sakit yang amat ya. Rasa nak menangis. Berdiri pun tak boleh lama sangat kalau tak memang gigil-gigil kaki.
Untuk rekod, Aku Suka Dia adalah lagu pertama hasil ‘air tangannya.’ Ainan juga terkenal dengan lagu “150 Juta”, “Kamu Saja”, “Tak Mungkin Aku” dan “Aku Keliru.”
Sumber kredit: Instagram Ainan Tasneem