Nama penyanyi bersuara lantang ini bukan asing lagi di dalam industri hiburan tanah air. Aina abdul baru dinobatkan naib juara Anugerah Juara Lagu boleh dikatakan rezekinya melimpah ruah memenangi beberapa anugerah kebelakangan ini.
Malahan bukan itu sahaja Aina Abdul juga mempunyai beberapa kerjasama dengan beberapa jenama terkenal. Baru-baru ini Aina berkolaborasi bersama produk kecantikan tempatan yang dilancarkan pada 2 April 2021.
Melalui sidang media Aina tidak malu menyatakan dia tidak malu untuk menggunakan produk kecantikan tempatan malah sempena pelancaran kolaborasi jenama kosmetik tempatan ini, Aina menghadiahkan sebuah lagu terbaharu. Lagu ini kedengaran catchy, yang pastinya anda akan terbawa-bawa untuk mencuba produk ini.
Mula bertapak di Malaysia pada tahun 2016, Trulooks Global Group Sdn Bhd (Trulooks) merupakan syarikat kosmetik tempatan yang membawa imej premium.
Bermula pada tahun 2019, Trulooks mula mengeluarkan rangkaian penjagaan kulit mereka, Truskin. Sehingga sekarang, ia mempunyai lebih kurang 500 stokis dan 1,000 ejen di seluruh negara dan termasuklah juga Brunei dan Singapura.
Kini, membuka lembaran baharu di tahun 2021, Truskin menjalin kolaborasi bersama penyanyi yang sedang meniti populariti, Aina Abdul dan sebelum bersetuju, Aina telah terlebih dahulu mencuba keberkesanan produk ini.
“Saya merupakan salah seorang pengguna rangkaian skincare Truskin. Dari masa ke semasa, saya mengemas kini perubahan kulit saya. Asalnya kulit saya menghadapi masalah minyak berlebihan menyebabkan kulit cepat naik jerawat yang banyak dan tekstur kulit tak sekata.
“Setelah tiga bulan konsisten dengan Truskin, saya nampak perubahan ketara pada kulit wajah saya. Alhamdulillah. Sebagai seorang penyanyi, kecantikkan dan kesihatan kulit amat saya utamakan,” kata Aina.
Pengarah Trulooks, Dr Adibah Abd Bari ada sebab tersendiri untuk memilih Aina sebagai wajah kempen mereka.
“Nama Aina semakin mengharum dalam industri hiburan. Selain itu, Aina yang mempunyai sikap rendah diri menyambut baik pelawaan kami untuk berkolaborasi serta telah mencuba dan serasi dengan produk Truskin,” kata Adibah.
Ketua Pegawai Eksklusif Trulooks, Julia Suhaila Lah pula percaya dengan pemilihan rangkaian penjagaan kulit yang tepat dapat membantu seseorang untuk tampil lebih yakin.
“Bersesuaian dengan tagline Truskin, ‘your luxurios skin secrets’, kecantikkan paras rupa memang tak dapat kita ubah tetapi tahap kesihatan kulit boleh diperbaiki dengan pilihan produk daripada rangkaian penjagaan kulit yang tepat,” kata Julia.
Menerusi Trio Skin Hydration ini, ia merupakan produk yang mempunyai fungsi 2 dalam 1 sebagai toner dan essence yang mampu untuk meningkatkan aras kelembapan kulit, memastikan kulit sentiasa sihat dan anjal, memperbaiki tekstur kulit dari dalam dan turut memberi kesan ‘healthy glow’ seawal 7 hari.