Aiman Jadi Pemandu Grab Bantu Keluarga Yang Susah Tapi Ajal Jemput Dulu. Netizen Doakan Syurga Tempatnya!

Share

Kematian pemandu Grab, Aiman Nosri baru-baru ini sangat mengejutkan rakyat Malaysia. Rata-rata tidak menyangka arwah dibunuh oleh penumpang Grab dengan jerutan di lehernya. Apatah lagi di bulan Syawal yang mulia ini. Arwah juga dikatakan menjadi pemandu Grab untuk menolong keluarganya yang susah.

Arwah yang masih bujang dan berumur 27 tahun, tidak dapat dihubungi keluarganya selepas mengatakan ingin menghantar penumpang dari KLIA ke Puncak Alam.

Dalam lamam twitter, rakan-rakannya juga turut tidak menyangka kejadian yang cukup menyayat hati ini berlaku kepada arwah. Malah tidak menyangka dia dibunuh oleh mereka yang tidak dikenali.

Menurut seorang temannya menggunakan nama akaun @Zoragon IV memberitahu dunia sekarang sudah gila. Ini kerana manusia sebaik Aiman juga turut dibunuh. Dia turut mendoakan syurga tempat untuk arwah.

Menurutnya juga sebaik tahu temannya itu meninggal dunia, dia tidak boleh tidur, tangan sejuk dan perasaan berdebar. Rakannya itu juga turut memohon rakan di alam maya menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah dan semoga urusan di sana dipermudahkan.

Salah seorang temannya yang lain juga turut melahirkan rasa simpati dengan kematian sahabat mereka itu.

Selebriti terkenal, Fizo Omar juga turut tidak ketinggalan memberikan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga. Dia juga turut mempersoalkan sifat kemanusiaan yang semakin hilang dalam diri sekarang ini.

Hijabista turut terkesan dengan berita ini. Didoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan keluarganya terus tabah dengan situasi ini.

Turut mengharapkan juga pembunuh itu dapat ditangkap dengan segera dan dikenakan hukuman yang setimpal.

SUMBER: TWITTER

Published by
Qistina