Ramai wanita gemar memakai kasut tumit tinggi kerana ia dianggap mampu membuatkan mereka tampak lebih seksi, tinggi dan feminin di mata individu yang memandang.
Sedarkah anda bahawa kerana terlampau ingin berfesyen, kasut tumit tinggi yang dipakai dalam tempoh terlalu lama menjadikan kaki semakin sakit. Lebih buruk lagi ia boleh memberi kesan jangka panjang yang boleh menjejaskan postur tubuh dan kesihatan.
Melakui perkongsian Fatimah Salim
yang merupakan seorang ahli kimia, beliau berkongsi tentang pemakaian kasut tumit tinggi.Saya suka memakai kasut tumit tinggi (high heels). Namun tidaklah tinggi sangat, cukup setakat 2 inci saja.
Selain reka bentuk yang menarik, keselesaan adalah perkara paling utama bagi saya dalam pemilihan kasut tumit tinggi.
Kasut yang saya pakai ini sangat selesa, walaupun 2.5 inci tidak terasa pun pakai kasut tinggi. Bukan apa, saya memang jenis berjalan laju sampaikan sebab termengah-mengah mengejar saya berjalan,
Yaumil pernah tegur ‘How can you walk so fast on that high heels?’ Saya jawab ‘I have chemistry with it’.
Walau bagaimana pun, pemakaian kasut tumit tinggi dalam tempoh masa yang lama dan kerap boleh mendatangkan kesan mudarat seperti sakit kaki, sakit badan dan masalah berkaitan postur badan.
Kajian menunjukkan pemakaian kasut tumit tinggi setinggi 1, 2 dan 3 inci masing-masing mampu memberikan tekanan sebanyak 22%, 57% dan 76% kepada tapak kaki.
Oleh itu pililah kasut tumit tinggi yang praktikal dan selesa. Apabila tidak bergerak, boleh buka kasut seketika dan lakukan pergerakan kaki mudah untuk menyeimbangkan semula kesan tekanan.
Terdapat juga senaman khas yang boleh mengurangkan kesan pemakaian kasut tumit tinggi. Rujuk gambar berikut:
HIJABISTA: Tidak salah sekiranya mahu tampil menarik dengan pemakaian kasut tumit tinggi, namun perlu diingat pemilihan kasut yang tepat terutama yang mampu memberi keselesaan ketika disarung amat penting dalam pemilihan kasut.
Sumber kredit: Fatimah Salim
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.