Gelang merupakan aksesori pelengkap yang mampu memberikan penampilan warna lebih menawan. Terdapat banyak jenis atau model unik yang boleh anda jadikan pilihan. Namun, ada sesetengah wanita hanya mementingkan kecantikan gelang itu tanpa memikirkan sama ada ia sesuai dengan bentuk tangan mahupun personalitinya.
.
Berikut merupakan tip untuk anda memilih gelang yang tepat dan sempurna.
1. UKURAN TANGAN
Perkara paling utama dalam memilih gelang yang sesuai ialah dengan melihat ukuran tangan anda terlebih dahulu. Anda perlu mencuba dahulu gelang tersebut agar ia tampak sepadan dengan bentuk tangan dan personaliti anda. Jangan memilih gelang yang terlalu longgar atau terlalu ketat.
Ads
.
2. GAYA HIDUP
Sesuaikan gelang yang dipilih dengan gaya hidup anda. Contohnya, jika aktiviti harian anda lebih santai dan menenangkan, pilihlah gelang yang mempunyai sentuhan feminin seperti gelang bermanik ataupun mutiara. Jika aktiviti anda lebih aktif dan lasak, gelang yang diperbuat daripada metal ataupun kulit nyata cukup sempurna buat anda.
Ads
.
Ads
3. MATERIAL PILIHAN
Gelang boleh didapati dalam pelbagai bahan dan material. Anda boleh memilih gelang mengikut cita rasa tersendiri sama ada gelang yang diperbuat daripada emas, perak, manik, kristal, mutiara dan sebagainya. Jika anda sukakan gaya mewah, pilihlah gelang emas atau perak. Selain menunjang penampilan yang lebih menawan, gelang yang diperbuat daripada bahan ini mempunyai nilai yang cukup tinggi.
.
4. HARGA
Gelang yang mahal tidak bererti ia mempunyai kualiti yang tinggi. Anda dinasihatkan untuk memilih gelang yang berkualiti tinggi agar ia mampu mendapat kepuasan saat anda memakainya. Selain itu, pilihlah harga gelang mengikut kemampuan anda. Jangan membeli gelang disebabkan trend semata-mata. Apa yang lebih utama agar ia tampak sesuai dan sempurna pada pergelangan tangan anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur menjadi platform buat ramai pereka tanah air untuk berkembang maju. Tidak juga melepaskan peluang, pereka fesyen tempatan, FIZIWOO, tampil dengan koleksi yang ‘manis’ buat semua penggemar fesyen.
Pereka duo itu bakal membuatkan anda terpesona dengan rekaannya yang sangat sesuai dengan budaya tempatan. Malah, mereka juga berkongsi perjalanan bersama Minggu Fesyen Kuala Lumpur selama sedekad.
FIZIWOO yang ditunjangi Mohd Hafizi Radzi Woo (Fizi) dan Izree Kai Haffiz (kai), membawakan tema fesyen yang di inspirasikan dari buah tempatan, iaitu Mangga Harumanis, sebagai konsep utamanya. Koleksi ini seiring dengan konsep yang pernah di bawakan dahulu, ‘The Orchard’, yang di perkenalkan pada tahun 2019.
Harumanis atau juga di kenali sebagai ‘Musang King‘ merupakan sejenis buah mangga yang berasal dari Perlis, kaya dengan bau yang harum serta rasa kemanisan. FIZIWOO cuba untuk melahirkan rasa kemanisan serta kenikmatan buah Harumanis melalui koleksi fesyen mereka dari aspek penggunaan warna, corak, serta sulaman manik yang menampilkan lagi rasa kelazatan dalam koleksi mereka.
“Koleksi ini di inspirasi oleh buah Harumanis yang di berikan oleh pelanggan kami.”
“Bila di ikutkan balik, kami pernah ada koleksi yang di inspirasikan dari buah durian, jadi kami bersependapat untuk meneruskan koleksi inspirasi dari buah tempatan.” kata Kai FIZIWOO.
Setelah sedekad bersama, FIZIWOO cuba untuk beralih dari penggunaan gaya lembut dan feminin dan kini ingin mengetengahkan gaya ‘Hip Hop’ 90-an yang lebih riang. Keunikan harumanis juga di olahkan melalui penggunaan grafiti berwarna rona biru dan kuning pada seluar kargo dengan appliques (sulaman) corak mangga.
Minggu Fesyen Kuala Lumpur telah menjadi satu pentas yang sinonim dalam mengharumkan serta mencorakkan perkembangan industri fesyen tanah air. Ramai pereka fesyen tempatan yang telah maju dan berkembang bersama Minggu Fesyen Kuala Lumpur sejak ia mula pada tahun 2013.
FIZIWOO juga tidak terkecuali untuk bersama-sama ikuti revolusi industri fesyen di Malaysia bersama pentas fesyen unggul ini yang sering menjadi perhatian orang tempatan dalam perkembangan seni fesyen.
“Dulu sewaktu kami bermula bersama KLFW (minggu fesyen kuala lumpur), kami sangat muda dalam industri fesyen ini,”
“Namun, setelah 10 tahun berlalu, KLFW telah melihat perkembangan dan kematangan kami sebagai satu jenama daripada tahun 2013 sehingga 2022 seiring dengan pentas fesyen ini.” ujar Kai FIZIWOO melalui temubual.
FIZIWOO memperkenalkan koleksi musim panas 2023 serta koleksi ‘Ebony dan Ivory‘ yang di inspirasikan dari permulaan kemunculan jenama FIZIWOO dengan warna monotone pada 18 Ogos di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Ramai yang terpaku di depan kaca televisyen Selasa lalu menyaksikan Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dianggap bersejarah Istiadat pertabalan itu, yang dilaksanakan dengan penuh tradisi dan adat istiadat warisan Kesultanan Melayu.
Selain mellihat kehadiran kerabat diraja serta tetamu kenamaan yang hadir, mata terpaku melihat pergerakan masuk Seri Paduka Baginda serta Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Dan pastinya penampilan Raja Permaisuri Agong yanng sangat cantik dan anggun mencuri tumpuan ramai. Bukan sahaja tetamu yang hadir di Istana Negara, bahkan penonton yang menyaksikan istiadat itu secara langsung sama ada di kaca telvisyen atau media sosial.
Penampilan Raja Permaisuri Agong yang anggun sekali menggayakan kurung moden memang begitu menawan hati. Busana cukup indah ini adalah hasil kreativiti pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim.
Menerusi insta story milik Rizalman, beliau bercerita kisah menarik di sebalik perincian busana indah yang digayakan Raja Permaisuri Agong ini sehari sebelum dibawa mengadap dan dipersembahkan di hadapan Tuanku untuk dipakai pada Istiadat Pertabalan.
Menurut Datuk Rizalman, persalinan baginda Tunku Azizah adalah dari warna putih gading beserta selendang dengan sulaman kerawang.
Busana indah ini merupakan kain tenunan hasil kerja tangan penghuni Penjara Penor dan Penjara Bentong yang dilhamkan oleh baginda sendiri.
Tambahnya lagi, baginda Tunku Azizah mengilhamkan untuk meletakkan ‘colek; pada persalinan yang digayakan. Colek ini bermaksud bentuk di dalam kain menggunakan benang perak. Ia mempunyai lambang Pahang iaitu gading dan tombak serta lambang Johor iaitu bulan dan bintang.
Pereka tersohor yang mempunya magis tersendiri ini juga meletakkan sulaman kerawang dan perincian ‘beading’ dibuat satu persatu menggunakan tangan. mempunyai lambang tersendiri, mutiara, batu berlian dan kepingan emas.
Dan lebih istimewanya kepingan emas pada persalinan baginda Tunku Azizah ini juga dipinjam daripada almarhum bonda Tuanku Zanariah. Menurut Rizalman ia dilekatkan semula pada persalinan baginda kerana baginda berkenan mengembalikan nostalgia zaman-zaman dahulu, turun temurun.
Malah persalinan indah ini juga merupakan kombionasi hak milik kerajaan Johor dan Pahang. Ia dijahit satu persatu mengikut susunan bunga.
Inilah rahsianya penampilan Raja Permaisuri Agong kesayangan rakyat jelata ini sangat cantik dan memang tak puas mata memandang.
Malah dalam foto yang dimuat turut dalam Instagram milik Datuk Rizalman, penampilan baginda turut dipuji netizen yang rata-rata memberikan pujian yang sama.
muslimahwearmurahii Cantik sgt2 baju raja permaisuri . takda tolok bandingan nya
mysara99 Suka sangat3 design baju permaisuri agong.. menutup aurat.. labuh tutup dada.. dalam masa sama tetap bergaya elegan, cantik.. tahniah datuj @rizalman71
Menjadi trending di Twitter, Anugerah Juara Lagu ke-37 masih menjadi perbualan sehingga ke hari ini. Lontaran vokal dan persembahan yang hebat menyerikan lagi kesengitan pada malam semalam di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Apa yang menjadi perhatian lagi adalah busana yang diperagakan oleh para artis dan selebriti di karpet merah. Pelbagai fesyen dan stail yang boleh dijadikan inspirasi buat para hijabi di luar sana!
Tidak mahu tampil ‘bersahaja’ ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu, ramai selebriti dan artis tanah air menggayakan fesyen yang luar biasa. Ayuh sis kita sama-sama tengok dan lihat satu persatu gaya yang boleh dijadikan inspirasi para hijabi!
Menggayakan busana hasil rekaan Teh Firdaus, penyanyi berusia 31 tahun itu kelihatan manis dan anggun di karpet merah. Lebih menonjolkan lagi adalah perincian manik yang beralun dan potongan kain ‘layer’. Rona berwarna biru cair membuatkan lagi Nabila kelihatan ‘soft’ dan elegan.
Penyanyi serta rapper hijabi ini sering menjadi perhatian kerana bakatnya boleh rap dengan gayanya yang sopan. Dia menggayakan busana ‘chromatic’ yang memancarkan lagi persona dirinya di karpet merah. Serasi dengan ‘drappe’ ala ‘hoodie’ itu juga membuatkan lagi gayanya lebih kearah futuristik dan sofistikated!
Gandingan kedua penyanyi yang mempunyai vokal yang memukau ini menjadi perhatian orang ramai. Lihat pula busana kedua penyanyi ini, mereka memadankan dua gaya yang serasi bersama perincian manik yang unik dan berwarna biru itu membuatkan kita teringat ketenangan laut namun mempunyai 1001 makna.
Kini kembali ke pentas sebagai pengacara setelah selamat melahirkan anak keduanya. Jihan memperagakan busana ikonik hasil pereka Rizman Ruzaini. ‘Hot Pink’ dan perincian tatahan jemeki kristal serta pelepah ostrich mewah di bahagian lengan.
Bukan sahaja Jihan Muse namun Ernie Zakri juga muncul kembali ke pentas Akhir AJL37. Membawakan makna lagu sehingga ke busana persembahannya semalam memukau lagi dengan perincian yang penuh ‘tersirat’.
“Pusaran rona monokromatik hitam putih juga merah mewakili liku kehidupan; tetap ada manisnya, walau dibaur derita. Cinta hadir dalam segenap bentuk dan bersilih ganti; namun tidak akan pernah terhenti,
Hadir dalam siluet “ballgown”, “bodice” atas diolah korset berstruktur cekung, juga dibalas dengan lengan senada. Lapisan organza dari tujuh rona diseliratkan dan dijahit satu persatu membentuk pusaran multiwarna.” tulisnya di ruangan kapsyen sebagai makna penuh busana itu.
Pelantun suara ‘Nang’ itu tidak juga melepaskan peluang untuk kelihatan anggun dan elegan bersama busana tradisional. Songket merah dan perincian tradisional seolah-olah Puteri Gunung Ledang itu di hasilkan oleh @mode.miroljonit.
Menjadi satu kepastian, Aina Abdul pasti membawakan satu gaya yang sangat memukau pada setiap kemunculannya di atas pentas. Kini Aina bawakan satu ‘kepulan awan’ yang indah serasi bersama lagunya, Terus Hidup. Busana ini hasil rekaan dari pereka terkenal, Melinda Looi.
Walaupun sudah memukau penonton dengan gaya busananya, Aina turut merangkul Anugerah Keseluruhan AJL ke-37 dan Vokal Terbaik malam semalam!
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.