Kita buat dosa, tapi Allah tutup aib kita. Allah masih pelihara aib kita, walaupun kita berkali-kali melakukan dosa yang sama. Syukurlah pada Allah kerana segala aib kita tersimpan rapi.
Jika Allah senantiasa menutupi aib (dosa) kita, masih memuliakan kita dengan menutupnya, itu tandanya Allah memberi kesempatan untuk memperbaiki dan bertaubat atas keburukan-keburukan kita. Oleh itu janganlah malah kita membukanya.
Menyembunyikan dosa dan tidak menampakkan aib diri kita pada manusia, ia sangat dituntut, dengan melihat daripada beberapa sebab. Diantaranya, jika tidak ada yang mengetahui dosa/maksiat yang telah dilakukan, maka kita tidak boleh membukanya.
“DOA MENUTUP AIB”
Sebagai manusia biasa tentu kita banyak memiliki kesalahan dan khilaf yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak.
Ads
Mungkin tidak sedikit kesalahan kita yang apabila diketahui orang, adalah aib yang sangat memalukan.
Terlebih lagi apabila misalnya kita sedang diberikan amanah oleh Allah.
Maka itu, Rasulullah S.A.W. mengajarkan kita berdoa agar Allah SWT tidak memalukan kita di hadapan orang ramai dengan membuka aib kita.
Ads
Dalam Sahih Ibn Hibban, doa ini diriwayatkan dari Abdullah bin ‘Umar yang mendengar bahawa Rasulullah S.A.W. selalu membaca doa ini pada waktu pagi dan petang.
Allahumma inni as’alukal ‘afiyah fid dunya wal akhirah, Allahumma inni as’alukal ‘afwa wal ‘afiyah fi dini wa dunyaya wa ahli wa mali. Allohummastur ‘aurati wa amin rau‘ati. Allohummahfazhni min baini yadayya wa min khalfi wa ‘an yamini wa ‘an syimali wa min fawqi. Wa a‘udzu bi ‘azhamatika an ughtala min tahti.
(HR Ibnu Hibban)
“Ya Allah, aku memohon keselamatan dunia dan akhirat pada-Mu. Aku memohon ampunan dan keselamatan agama, dunia, keluarga, dan hartaku. Tutupilah segala keaibanku, dan amankanlah ketakutanku, jagalah depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku. Aku berlindung pada-Mu dari musibah yang tak terduga.”
Doa merupakan ungkapan permohonan atau permintaan yang ditujukan kepada Allah SWT semata-mata, dalam usaha untuk memenuhi hajat atau keperluan tertentu. Restu dan reda Allah sentiasa dipohon untuk menghidupkan semangat atau harapan bagi menjamin kekuatan rohani dan jasmani insan.
Sebagai penganut agama Islam, kita diwajibkan mencari rezeki dari sumber yang halal. Malah, percaya bahawa ajaran agama-agama lain di dunia ini juga amat mementingkan usaha mencari nafkah dengan cara yang baik.
Oleh itu, untuk mendapatkan keberkatan dalam mencari rezeki, kita hendaklah berusaha dan bekerja dengan hasil titik peluh dan tangan usaha sendiri. Setiap rezeki yang kita peroleh dan belanjakan itu akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.
Berdasarkan hadis daripada Ibn Mas’ud R. Anhuma, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
“Kaki anak Adam akan tetap tegak berdiri di sisi tuhannya pada hari kiamat, hingga dia ditanya tentang 5 perkara iaitu: tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) dia belanjakan dan apa sahaja yang telah dia lakukan dari ilmu yang dimilikinya.”
Riwayat al-Tirmizi (2416)
10 punca kita hilang keberkatan rezeki. Marilah kita muhasabah diri sendiri, mana tahu ada perkara yang kita terlepas pandang. Elak rezeki yang haram menjadi darah daging kita.
Apabila kita semakin jauh dari Allah yang memberi nikmat rezeki, itu petanda utama bahawa rezeki kita tidak berkat. Sebagai hambaNya yang sepatutnya bersyukur dengan semua rezeki yang diberikan. Kita sepatutnya mematuhi semua suruhanNya dan menjauhi laranganNya.
Kita terlalu melebihkan dunia sehingga akhirat dilupakan. Gagal penuhi solat 5 waktu kerana sibuk mengejar harta duniawi. Apa yang difikirkan hanyalah cara untuk mendapat harta yang banyak sehingga lupa Allah yang memberi rezeki itu.
Kita jangan sesekali lupakan ibu bapa yang bersusah-payah membesarkan dan mendidik kita hingga berjaya. Sebagai anak yang bertanggungjawab kita perlu memuliakan ibu bapa dengan cara menghormati, memberi wang belanja, menjaga kebajikan dan sentiasa menyayangi mereka.
Apabila seorang ibu meninggal dunia, maka akan hilanglah satu keberkatan dalam hidup iaitu doanya. Walaupun kita berjaya atas usaha sendiri, namun jangan lupa doa seorang ibu sentiasa akan diangkat ke langit. Tanpa doa orang tua kita, kita tak akan ke mana.
Apabila kita semua masih kecil, adik-beradiklah tempat kita bergurau senda, gaduh-gaduh manja dan berkasih sayang. Jika dilahirkan dalam keluarga yang susah, kita sanggup berkongsi makanan. Tak sanggup membiarkan adik beradik tidak cukup makan.
Itulah yang diajar oleh ibu dan ayah kita. Namun, apabila dah dewasa dan mempunyai kehidupan sendiri bersama keluarga, kita dah tak mula tak rapat dengan adik-beradik. Apabila hidup senang, kita pandang mereka dengan sebelah mata saja.
Ada orang yang sangat susah nak membuat amal jariah misalnya dengan bersedekah. Wang yang dikumpul siang malam, disimpan di dalam bank. Anda risau jika kerap bersedekah lama-kelamaan wang mereka akan susut.
Sebenarnya tak akan miskin orang yang suka bersedekah. Membantu orang lain yang dalam kesusahan dapat menambah pahala anda. Selain itu, orang yang dibantu akan mendoakan anda. Tidak mahukah kita pahala percuma yang Allah beri selain doa orang lain?
Ada orang yang mempunyai masalah hati yang sangat kritikal. Mereka tak boleh tengok orang lain lebih, pastinya menjadi topik umpatan. Jika dah tak mampu menahan amarah, mereka sanggup membuat fitnah. Apabila hidup dalam keadaan hati yang hitam, anda akan tidak tenang. Bila tengok orang lain lebih senang, kita pun sanggup berbuat apa saja untuk mencapai tahap seperti tu. Tanpa sedar, kita tersilap langkah dengan mengejar harta yang tak halal dengan cara menipu, mengambil riba, pecah amanah dan sebagainya.
Orang yang takbur atau sombong amat dibenci oleh Allah. Mereka menganggap diri mereka lebih berkedudukan tinggi dan berkuasa berbanding orang lain. Apabila menjadi majikan, mereka sering menekan pekerja bawahan. Pantang pekerja buat salah, habis mereka dikeji tanpa simpati. Sifat riak yang ada dalam diri membuatkan mereka tak ikhlas ketika membuat ibadah atau kebaikan. Misalnya apabila bersedekah, mereka gemar mengungkit-ungkit pemberian dan mewar-warkan kepada orang lain.
Sebagai seorang pekerja atau juga majikan anda mestilah jujur ketika melakukan pekerjaan. Jika anda seorang peniaga, pastikan barangan yang dijual tak rosak, tak membawa mudarat dan ada timbangan yang betul. Paling penting jangan meletakkan harga yang tinggi.Jangan ada jual beli yang melibatkan faedah. Malahan, sebagai pekerja kita perlulah menepati waktu kerja, tak curi tulang dan sentiasa bersifat amanah. Jangan pula sibuk bermain Facebook ketika waktu bekerja kecuali ketika sedang berehat.
Carilah pekerjaan yang diredhai oleh Allah. Jangan sesekali menjerumuskan diri dengan perniagaan yang melibatkan jenayah yang pastinya membawa mudarat. Pekerjaan yang baik ialah yang memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Sebagai manusia biasa, kita tak akan terlepas daripada ujian hidup. Ujian yang diberikan oleh Allah bertujuan untuk mengukur tahap keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah. Namun, ada orang yang suka merungut saban waktu.
Mereka mempersoalkan kenapa masalah ditimpakan kepada mereka. Akhirnya, mereka hilang kepercayaan kepada agama kerana iman yang rapuh. Terlalu banyak nikmat yang Allah turunkan tak pula disyukuri. Sedikit ujian yang diberikan buatkan mereka hilang arah.
Allah memberi pelbagai nikmat untuk manusia syukuri. Tak salah untuk membeli rumah yang besar dan kereta mewah. Malah, tak berdosa mengumpul kekayaan dengan susah-payah.Namun, kita perlu seimbangkan antara dunia dan akhirat. Harta benda yang dikumpulkan perlu dikeluarkan zakatnya dan jangan lupa membantu orang yang memerlukan. Nikmat dunia boleh dicari dan ganjaran pahala di akhirat juga perlu dikejar.
Setakat ni saja perkongsian penulis tentang 10 punca hilang keberkatan rezeki. Anda mesti tanamkan dalam diri, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Semua yang dikumpulkan bukan milik kita seorang. Jika hati nak tenang, pastikan rezeki yang diperoleh berkat.
Antara kesan buruk jika rezeki tak berkat ialah:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini, pasangan selebriti terkemuka; Awal Ashaari dan Scha al-Yahya telah berkesempatan menunaikan umrah di tanah suci Mekah. Difahamkan, pasangan ini telah berangkat pada Jumaat yang lalu.
Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, telah memuat naik hantaran di laman Instagramnya ketika mahu berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama isteri, Scha Alyahya serta rombongan jemaah yang lain.
“Alhamdulillah, pagi Jumaat yang barakah, kami sekeluarga selamat berangkat ke tanah suci Mekah bersama sama dengan jemaah dari @irkaztravel”
Pengacara dan pelakon tersebut juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih buat semua yang telah mendoakan serta mendoakan kembali agar mereka turut diberikan peluang menunaikan umrah.
“Terima kasih buat semua yang mendoakan perjalanan kami dan kami doakan semoga kita semua berpeluang dijemput sebagai tetamu Allah SWT.”
Apa yang menarik perhatian Hijabista adalah imej pelakon dan pengacara jelita, Scha Alyahya atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya yang terlihat manis menutup aurat dengan sempurna. MasyaAllah, cantik sangat!
Imej berhijab Scha juga telah menarik perhatian dan menjadi sorotan peminat sehingga ramai yang memujinya serta mendoakan agar pelakon Awan Dania tersebut istiqamah bertudung dan menutup aurat.
Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dimuat naik, rakan artis dan para peminat juga tidak ketinggalan meninggalkan komen dan mendoakan buat Awal dan Scha. Mereka juga berharap agar pasangan sejoli tersebut mendapat umrah yang mabrur.
“Semoga memperolehi umrah yg mabrur Dan terus istiqamah menutup aurat setelah pulang dari tanah suci….inshaAllah”
“MasyaAllah TabarakAllah Selamat Perjalannya Umrah Dah Kembali Dgn Selamat Aamiin3”
“Semoga dipermudahkan segala urusan ibadah n mendapat umrah mabrur! Enjoy ya solat di mekah n madinah.”
“Rezeki dan izin ini semua dari Allah. Tetamu Allah yang penuh kerahmatan. Grab the opportunity and u’ll see His hidayah. In shaa Allah”
Sekadar info, Awal dan Scha telah mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012. Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Lara Alana dan Lila Amina.
Baru-baru ini para peminat bola sepak JDT telah bersepakat menyanyikan lagu ‘selamat pengantin baru’ di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru yang ditujukan khas buat pemain bola sepak, Safawi Rasid.
Ini susulan terdapat ura-ura bahawa majlis pernikahan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bersama pempengaruh media sosial, Syifa Melvin bakal berlangsung pada 3 Disember ini.
Hijabista difahamkan berita gembira berkenaan telah sudah mula dihidu penyokong kelab bola sepak harimau Selatan itu, hingga berhasrat mengejutkan pemain berusia 25 tahun itu dengan nyanyian lagu tersebut.
Video nyanyian lagu itu telah tular di laman Tik Tok, memaparkan Safawi yang berada di tepi padang selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2022 di antara pasukan JDT dan Sabah FC sebelum tergamam apabila mendengar nyanyian lagu itu.
Menerusi video sama, Safawi dilihat mengangkat tangan kepada para peminat sebagai tanda terima kasih kepada para penyokong.
Hijabista sempat meneliti ruangan komen pada hantaran video tersebut. Rata-rata pengikut begitu teruja apabila pemain JDT itu akhirnya bakal mengakhiri zaman bujang dengan pilihan hatinya.
Bagaimanapun, terdapat juga komen-komen nakal yang ditinggalkan netizen ‘memerli’ pemain sayap itu yang didakwa sudah hilang fokus kerana memikirkan hal perkahwinan. Berikutan kegagalan Safawi menambah jaringan sewaktu berpeluang mencetak gol menerusi sepakan penalti.
Untuk rekod, kisah percintaan Safawi dan Syifa tular di media sosial dan menjadi ‘buah mulut’ warga maya, namun tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua-dua belah pihak berhubung percintaan mereka.
Hijabista mendoakan yang terbaik buat pasangan Safawi Rasid dan Syifa Melvin semoga segala urusan dipermudahkan!