Pasangan selebriti dan pengasas jenama WAWA Cosmetics Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal sekali lagi mencuit hati warganet dengan gelagat mereka.
Baru-baru ini, Aeril telah menegur Wawa secara ‘direct’ ketika isterinya itu sedang mengadakan live jualan produk kosmetik jenama WAWA
Aeril ‘Sound Direct’, Wawa Terus Diam
@kakmid8803 Diam seribu bahasa! Kelu terus wawa zainal.. Tapi asben jenis tegur soft je jaga air muka isteri.. #wawazainalcosmetics #jdtpialamalaysia2022 ♬ original sound – Mieda
Menerusi video yang dikongsikan di laman Tik Tok akaun @kakmid8803
itu, memaparkan Aeril yang melihat Wawa mendedahkan aurat terus menegur Wawa.Teguran Aeril adalah kerana Wawa secara tak sengaja telah mempamerkan bahagian lengan sewaktu menunjukkan produk kepada pengikutnya ketika live di laman Tik Tok tersebut.
“Nampak ba tanganmu. Kita ini meniaga jangan sampai tunjuk aurat.. Haa sambung..” tegur Aeril
Bagaimanapun, tindakan Aeril itu langsung membuatkan Wawa kelu lidah dan diam tanpa bicara.
Menyedari teguran itu membuatkan keadaan menjadi janggal, Aeril sempat berseloroh sehingga Wawa tertawa semula.
“Diam terus.. Deep ba tadi tu sebenarnya,” seloroh Aeril.
Artikel berkaitan: Mahu Nampak Cantik, Wawa Zainal Tunaikan Hasrat Anak Pakai Gigi Palsu Di Usia 6 Tahun
Malah, Aeril sempat meminta pandangan dari pelayar berhubung apa teguranya itu merupakan satu kata-kata yang mendalam sehinggakan isterinya itu terus mengunci mulut.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian wargamaya adalah cara dan pendekatan yang diambil Aeril untuk menegur isterinya itu.
Teguran Aeril disifatkan sebagai ‘teguran halus’ lembut dan berhemah dan kena pada tempatnya
“Lembut Je Dia Tegur Isteri Dia”
“Dia mau tegur depan-depan..ada wife jenis melawan. jadi dia tegur depan live.. hahahhahaa.. terus diam.tak leh lawan 😂
“Best je dia tegur.. tegur tanpa kecik kan hati.. sambil tegur.. sambil bergurau kan..”
“Allahu lembut je dia tegur isteri dia.”
Untuk rekod, Wawa dan Aeril telah disatukan secara rahsia pada 25 Februari 2012, dan menikah untuk kali kedua pada 4 Februari 2013 di Masjid Jumhuriah, Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya.
Kemudian, Wawa dan Aeril telah melangsungkan persandingan di Dewan Sri Kenangan MPSP Sungai Petani, Kedah pada 31 Januari 2015.
Hasil perkongsian hidup selama sepuluh tahun, kehidupan pasangan ini telah diserikan dengan kehadiran empat orang cahaya mata.
Sumber : Tik Tok @kakmid8803 & Instagram Wawa Zainal & Aeril Zafril
Artikel berkaitan: Pernah Dipandang Rendah Waktu Kahwin Muda, Wawa Zainal Buktikan Dia Juga Boleh Berjaya
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.