Siapa tak kenal suami kepada pelakon jelita Wawa Zainal, selebriti yang juga pempengaruh media sosial, Aeril Zafrel yang gemar memuat naik hantaran berunsur lawak hingga mendapat jolokan ‘Raja TikTok’.
Menerusi hantaran kali ini, Aeril mengundang tawa netizen dengan memuat naik gambar barangan ‘panas’ memaparkan topi, beras dan tisu berjenama MYDIN.
Aeril yang mengikuti rapat isu hangat di laman sosial melibatkan penyanyi rap sensasi, Caprice dengan pasar raya terkemuka, MYDIN yang telah memuat naik hantaran berbaur sindiran terhadap Caprice.
Caprice yang tersinggung, nekad mengambil tindakan saman malu keatas MYDIN kerana cubaan menjatuhkan ‘air muka’ serta reputasinya sebagai pempengaruh.
Artikel berkaitan: ‘Setiap Tulisan Kita Akan Diperhitungkan Di Akhirat Kelak’ -Aeril Zafrel
Dalam perkongsian Aeril di laman Instagram miliknya, dapat dilihat sekeping gambar memaparkan tiga barangan ‘panas’ di atas meja iaitu topi, beras dan tisu jenama Mydin.
Hantaran tersebut turut disertakan bersama kapsyen berbau jenaka “Ini dah jumpa depan-depan, apa lagi gaduh la, tak akan diam je. Sekadar mengeruhkan keadaan,” seloroh Aeril.
Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan netizen dilihat terhibur serta turut meninggalkan komen jenaka demi melayan kerenah Aeril yang dianggap savage
dan berani mempersenda isu hangat sedemikian.Namun terdapat juga segelintir netizen yang risau dan khuatir sekiranya tindakan Aeril itu, mengundang amarah Caprice dan dia menjadi mangsa saman Caprice seterusnya.
Semoga semua perkara diantara Caprice dan MYDIN dapat diselesaikan dengan cara baik, dan Hijabista berharap agar Aeril Zafrel tidak terkena tempias akbat hantaran ini.
Terdahulu, Caprice nekad memfailkan saman bernilai RM30 juta ke atas Mydin, ekoran ciapan dilaman Twitter berunsur sindiran, menjadikan dirinya sebagai ‘subjek’ jenaka media sosial hingga mencemarkan reputasi miliknya.
Sumber: Instagram Aeril Zafrel
Artikel berkaitan: Kini Miliki Wisma Sendiri, Aeril Zafrel Imbas Saat Susah Senang Bersama Wawa Zainal
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.