Seperti biasa anda bangun pagi dan melakukan rutin harian anda. Selepas mandi, anda sedang bersiap, tiba-tiba mulut anda rasa masin yang amat melampau! Ibarat anda telan air laut!
Rasa masin yang terjadi di dalam mulut boleh terjadi pada mana-mana orang sahaja. Bagi individu yang mengalami masalah ini, mereka akan merasakan ketidakselesaan dari semasa ke semasa, bahkan, makan masa minggu atau sebulan.
Setiap masalah pasti ada pucuk pangkalnya, sudah tentu anda ingin tahu dari mana i berpunca. Melalui artikel ini, anda akan mengetahui lebih lanjut mengenai sebab-sebab juga penyelesaian bagi masalah ini supaya kita mendapat lebih penjelasan tentangnya.
Lepas makan makanan yang masin, seperti kerepek, ikan bilis dan lain-lain, sisa makanan yang tinggal di dalam mulut akan tertinggal dalam beberapa saat. Namun, ada terdapat kejadian di mana rasa masin ini terjadi dalam kadar masa yang lama. Ia pulak terjadi setibanya anda bangun dari tidur dan juga ketika anda makan makanan yang tidak ada rasa masin. Kondisi ini boleh terjadi untuk menunjukkan masalah kesihatan badan.
Artikel berkaitan: Walaupun Kesakitannya Hilang, Doktor Ini Dedah Bahaya Letak Esen Vanila Bila Sakit Gigi
Apa penyebab rasa masin di dalam mulut ini?
Masalah anda yang mengalami rasa masin di mulut pasti akan membuatkan anda rasa tidak selesa. Anda juga telah menggunakan pelbagai cara untuk menghilangkan rasa sensasi yang tidak enak itu, tetapi ia masih lagi rasa yang sama. Menurut hellosehat, ada antara punca kenapa rasa masin ini terjadi, antaranya:-
1. Mulut kering
Orang yang mengalami masalah seperti mulut kering akan sering merasakan satu sensasi seolah-olah ada bola-bola kapas di mulut yang terasa masin. Gangguan mulut ini selalunya terjadi pada mereka yang kerap merokok atau boleh juga terjadi pada mereka yang makan ubat-ubat tertentu yang memberikan kesan sampingan. Gejala lain yang terjadi juga adalah:-
- Rasa melekit di dalam mulut
- Nafas jadi berbau
- Tekak sakit
- Suara menjadi serak
Masalah mulut yang rasa masin ini boleh di atasi dengan mudah apabila anda mula mengambil kadar air yang mencukupi untuk kekal hidrasi. Anda juga boleh mengunyah gula-gula getah untuk melegakan simptom dan merangsang pengeluaran air liur. Hal ini kerana ia membantu mulut anda untuk kekal dalam keadaan lembap dan dapat mengurangkan sensasi rasa masin dalam mulut.
2. Dehidrasi atau kurang minum air
Salah satu punca yang membuatkan mulut terasa masin adalah dehidrasi! Apabila badan anda kurang dan tidak mencukupi air seperti yang sepatutnya, paras garam dan air dalm badan akan menjadi tidak seimbang. Maka, air liur yang terkeluar akan mula menjadi masin dan semakin masin. Selain dari itu, dehidrasi juga boleh mengakibatkan masalah lain seperti:-
- Anda terlalu dahaga
- Jarang membuang air kecil
- Warna air kencing anda menjadi gelap atau keruh
- Selalu letih
- Kerap pening
3. Gusi berdarah
Rasa masin yang terjadi dalam mulut juga boleh berpunca di sebabkan rasa logam di dalam mulut yang boleh juga di panggil sebagai dysgeusia, atau erti kata lain penyimpangan sensasi rasa. Keadaan mulut atau nafas yang ada berbau zat besi boleh mengganggu seseorang individu yang menyukarkan mereka untuk rasa makanan dan minuman.
4. Jangkitan mulut
Gusi yang berdarah jika tidak di rawat akan menyebabkan satu jangkitan yang di panggil periodontitis. Gejala penyakit ini akan menyebabkan seseorang individu itu alami perkara seperti:-
- Lidah terasa masin
- Nafas berbau
- Gigi anda boleh tercabut
- Gusi akan bernanah
Jangkitan pada mulut sebenarnya tidak merbahaya selagi anda ambil langkah berjaga-jaga unutk merawatnya. Jika tidak, anda mungkin akan mengalami masalah yang lebih teruk di mana ia boleh merosakkan gigi dan membawa kepada komplikasi penyakit gusi.
5. Lendir dari hidung
Lendir dari hidung yang terlalu banyak boleh menyebabkan anda menelan lendir itu di bahagian belakang tekak. Apabila lendir mula bercampur dengan air liur di dalam mulut, rasa masin akan mula terasa pada lidah. Anda juga berkemungkinan akan mengalami masalah hidung tersumbat, hidung berair, dan kesukaran untuk bernafas.
Jadi jika anda ada masalah seperti ini, anda boleh cuba untuk kekalkan kadar air yang mencukupi dan pastikan anda sentiasa hidrasi. Jika ia masih berlarutan, anda boleh terus berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sepatutnya.
Sumber info dan gambar: hellosehat dan Canva
Artikel berkaitan: Sakit Gigi Ada Berkaitan Dengan Jerawat Yang Tumbuh Di Bahagian Pipi. Semak 6 Lagi Tanda Kita Banyak Penyakit Punca Jerawat Tumbuh.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI