Adik Sharifah Amani Tolak ‘Dress’ & Pilih Kebaya Nyonya Pada Majlis Konvokesyen Di UK. Wow, ‘Look Stunning’!

Share

Tidak ramai yang mahu membawa budaya kita terutama apabila berkunjung ke negara luar. Tetapi lain pula halnya dengan keluarga dramatis Fatimah Abu Bakar yang baru-baru ini berlakon dalam drama NUR. Ketika berada di UK bagi menghadiri majlis konvokesyen dua anaknya, salah seorang daripadanya telah menggayakan persalinan baju kebaya nyonya.

Mereka sekeluarga yang berada di sana kerana dua orang anaknya, Sharifah Aryana dan Sharifah Alesya telah menerima ijazah dalam Persembahan Seni dan Media.

Lebih membanggakan kedua-duanya mendapat ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dari Universiti South of Wales, United Kingdom.

Memilih untuk tampil berbeza di majlis berkenaan, kelihatan salah seorang anaknya, Sharifah Aryana lebih selesa menyarung baju kebaya nyonya rona hijab putih  dilengkapi dokoh sempena hari bersejarah mereka.

Ternyata penampilannya itu turut mendapat pehatian netizen dan mereka juga mengucapkan tahniah atas pencapaian membanggakan gadis yang pernah memegang watak sebagai Orked dalam filem Mukhsin.

@khadijawiraie Congratulations @yana.alyahya stunning kebaya too

@nanana_haris Dah la cantik…bijak pulak tu…congrats!

@ainfarah_rashid so cantik in kebaya, and congratulations

@hamimia Congrats aryana! U deserved this

Namun bukan sahaja Sharifah Aryana yang berbaju kebangsaan, tetapi Sharifah Amani juga turut mengenakan baju kurung ketika sama-sama menghadiri majlis konvokesyen berkenaan.

Bukan itu sahaja Pelakon Wanita Terbaik ini juga tidak kekok berpakaian kebangsaan itu ketika mereka sekeluarga bersiar-siar di kota London.

Penampilan Sharifah Amani ini tentunya mendapat pujian netizen yang rata-rata suka melihat gayanya yang tidak malu dan cukup bangga menggayakan baju kebangsaan di negara orang. Malah dilihat gaya Sharifah Amani sangat comel dengan pakaian berkenaan.

@theonlyila4276 Bangga tengok awak pakai baju kurung cotton kt sana…tk prnh hilang identiti wanita melayu tu❤

@ainnadszirah Selamba pakai baju kurung kat tempat org. Hahaha u mmg sempoi sistur.. Love love love

@farha_r I love that ure wearing baju kurung cotton!!!

@ctrlzpliyana omg the baju kurung

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SHARIFAH ARYANA & SHARIFAH AMANI

 

 

 

Published by
Siti Zurina