Saat kehilangan insan yang tersayang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Rindu yang paling sakit dan tiada ubatnya ialah rindu pada insan yang telah tiada lagi di dunia ini.
Rasa rindu yang seakan 'tidak lepas' itu tentunya membuatkan hati rasa sebak dan pilu. Kesedihan dan kesakitan itu akan lebih terasa apabila insan yang dirindui itu adalah ahli keluarga terdekat sama ada ibu atau bapa.
Hanya mereka yang pernah kehilangan ahli keluarga dan insan yang disayangi sahaja tahu betapa sukarnya mengubati rasa rindu yang tiba-tiba datang bertandang.
Seperti yang dikongsikan oleh Da'i Hamidah melalui entri di laman Instagramnya, Da'i Hamidah berkongsi kesedihan kehilangan bapa yang amat disayanginya.
Saat saya tak boleh lupa ialah ketika saya dapat panggilan dari kakak yang mengatakan “Adik, abah dah kembali ke rahmatullah."
Masa tu saya sedang berjuang untuk final exam degree tahun 3 di USIM. Maka segera saya amik tiket flight untuk balik walaupun harga agak mahal bagi saya sebagai seorang pelajar ketika itu.
Alhamdulillah nak jadi rezeki tinggal satu sahaja seat. Terus saya confirm dan balik ke Kampung. Sampai sahaja di kampung, saya nampak terlalu ramai orang, lalu mereka memberi laluan untuk saya masuk ke rumah.
Mereka semua memandang saya dengan penuh hiba. Tapi saya cuba untuk kuat, untuk tidak menangis.
Maka cepat- cepat saya terus ke pintu rumah lalu saya bagi salam untuk masuk. Dalam keadaan cuba untuk kuat, tatkala saya memandang abah saya diselimutkan dan bersedia untuk dimandikan.
Saya seakan tidak mampu berkata- kata tanpa saya sedar air mata saya mengalir laju di pipi. Tak terucap bila kita kehilangan ketua keluarga yang mana ketika itu kita masih bergelar seorang pelajar.
Semoga 10 malam terakhir ini Allah makbulkan doa saya buat abah bahagia di sana.
Ayah Dai Hamidah telah kembali ke rahmatullah pada 11 November 2016 pada hari Jumaat selepas solat subuh, pukul 6.40pagi di Hospital Alor Setar, Kedah.
Sumber kredit: Instgaram Dai Hamidah