Baru-baru ini, pereka fesyen terkemuka iaitu Rizman Nordin dan isteri tercinta, Nurida Suraya telah mengadakan majlis aqiqah buat puteri tersayang, Rizqaa berserta dengan tahlil buat arwah bapa Rizman.
Memilih warna krim dan merah jambu sebagai tema, dekorasi indah pada hari tersebut mendapat pujian ramai apatah lagi bila melihat kecomelan dan telatah Rizqaa yang sungguh mencairkan hati.
Diadakan secara sederhana namun meriah, majlis itu telah dihadiri oleh kaum keluarga serta kenalan rapat mereka yang disayangi.
Comel betul Rizqaa ni. Macam anak patunglah!
Sebagai info, Rizman dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019 sebelum dikurniakan seorang puteri pada 2 September tahun lalu.