Pasangan instafamous, Asyraff Mazlan dan isteri, Natasya Nazreen berkongsi khabar gembira bersama pengikut-pengikut laman sosial mereka apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Mereka mengumumkan berita gembira itu sewaktu majlis ‘Baby Shower’ yang diadakan sebagai kejutan buat Natasya daripada suami tercinta.
Bertemakan warna merah jambu, pasangan sama cantik sama padan ini mengumumkan pada tetamu mengenai jantina bayi mereka dengan cara meletupkan belon hitam besar yang tersedia.
Sebagai rekod, pasangan ini telah selamat bernikah pada bulan Ogos tahun lalu di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan selepas sembilan bulan mengikat tali pertunangan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sejak memang dalam pilihan raya yang lalu, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pemuda Pibumi Bersatu Malaysia (PPBM), YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat sebagai calon pilihan mengisi jawatan dalam barisan kabinet. Akhrinya Syed Saddiq yang berusia 26 tahun kini dilantik memegang jawatan Menteri Belia Dan Sukan. Beliau juga dianggap mencipta sejarah kerana menjadi menteri penuh termuda di Malaysia. Ternyata beliau seorang yang ‘anak emak’, malah menjadikan ibunya Sharifah Mahani sebagai idola.
Tetapi bukan pada dirinya tetapi buat ibunya sendiri. Ini kerana sebagai anak cikgu, semua gelagat nakalnya akan menarik perhatian yang kurang enak.
Namun menurutnya juga tanpa kehadiran ibu, dirinya mungkin hanyut dengan khayalan. Malah tanpa ibu tersayang juga sukar untuk beliau kembali bangun dan terus berjuang.
Anak muda penuh berwawasan ini berkata tanpa ibunya, beliau sebenarnya tiada apa-apa. Ibunya yang juga seorang guru sekolah ini dianggap sebagai wonderwomen.
Biarpun kadang kala beliau terlepas pandang penat lelah ibunya menjaga diri beliau, tetapi Tuhan masih berikan masa untuknya membalas budi wanita ini.
Selain itu, abang Syed Saddiq, Syed Abdullah juga turut memberi ucapan tahniah kepada adiknya itu di laman instagramnya. Menurutnya usia bukan penghalang untuknya bekerja lebih kuat bagi membuktikan dirinya mampu untuk melakukan kerja dan berjasa kepada negara.
Dalam pada itu, sebaik diumumkan sebagai Menteri Belia Dan Sukan yang baru juga, mantan menteri sebelumnya, YB Khairy Jamaluddin turut mengucapkan tahniah pada beliau dan berharap beliau dapat membawa kejayaan lebih besar kepada kementerian ini.
Beliau juga turut mendapat ucapan tahniah daripada netizen yang turut menyokong perlantikan beliau ini.
Mampu untuk terus bersinar dan terus terbang tinggi.
Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Hijabista ucapkan selamat maju jawa dan semoga YB terus kekal positif dan bekerja bersungguh-sungguh demi agama, bangsa dan negara.
Ramai yang mempunyai masalah untuk mandi pagi menggunakan air sejuk dengan alasan tidak tahan sejuk. Sudahnya, air panas juga yang menjadi pilihan.
Mungkin anda tidak tahu bahawa mandi pagi menggunakan air sejuk sebenarnya punya banyak kelebihan tersembunyi. Malah, boleh jadi terapi untuk ubati penyakit.
1. Tingkatkan Imunisasi Badan
Mandi air sejuk dikatakan boleh menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuma pada badan.
2. Lancarkan Aliran Darah
Aliran darah yang baik penting untuk kesihatan jantung. Apabila mandi dengan air sejuk, arteri darah akan mengecut dan menjadikan darah mengalir dengan lebih lancar.
3. Boleh Kurus!
Ini yang paling disukai oleh wanita! Lemak perang dalam badan berguna untuk pembakaran tenaga dalam badan. Apabila badan terdedah dengan sejuk, lemak perang akan terbentuk. Sel-sel lemak ini akan membakar glukosa dalam badan untuk penghasilan haba badan.
4. Kawal Suhu Badan
Mandi air sejuk dapat mengawal haba dalam badan dan mengaktifkan sistem pemulihan badan. Jika anda mempunyai penyakit kaki atau tangan yang mudah berpeluh, cuba mandi air sejuk.
5. Kurangkan Tekanan Perasaan
Satu kajian mendapati air sejuk boleh merangsang titik biru pada otak yang menjadi sumber utama noradrenaline untuk badan. Noradlinaline membantu mencegah tekanan perasaan.
6. Kuatkan Pernafasan
Setiap kali anda mahu mandi air sejuk, anda pasti akan menarik nafas dalam-dalam terlebih dahulu. Ia merupakan tindak balas badan supaya cuku oksigen untuk memanaskan badan dan mengurangkan renjatan kejutan akibat terkejut. Ia akan membantu menguatkan paru-paru.
7. Rambut & Kulit Jadi Lebih Sihat
Air sejuk akan membuatkan rambut tampak lebih berkilat dan kulit juga akan menjadi lebih siha. Pori-pori dan kutikel kulit akan mengecil lalu mengurangkan potensi tersumbat dengan kotoran dan mendatangkan jerawat.
8. Semakin Bertenaga
Mandi air sejuk akan menyebabkan anda lebih bertenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah akan mengalir lancar ke seluruh badan.
Seperti yang diketahui ramai, Asyalliee yang satu ketika dahulu dikenali sebagai ‘Syasya Solero’ telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 2 Januari yang lalu. Asyalliee telah melahirkan bayinya secara normal dengan bantuan induce.
Setelah hampir seminggu para pengikut Instagram (IG) Asyalliee berteka-teki dengan nama serta wajah anaknya, akhirnya Asyallie telah memaparkan wajah serta menukar nama anaknya di IG. Mengikut perkongsian di IG milik anaknya itu, nama yang telah diberikan ialah Haider Mikhael. Alahai, sedapnya nama! Haider merupakan nama kepada sahabat Nabi Musa as.
Dalam IG milik Haider Mikhael, Asyalliee turut berkongsi beberapa keping gambar serta video yang memaparkan separuh wajah anaknya. Memang comel!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...