PCOS adalah keadaan yang boleh menganggu kesuburan wanita, hormon dan penampilan seseorang wanita. PCOS mempunyai kesan jangka masa panjang kepada kesihatan. Dalam setiap 100 wanita 2 hingga 26 wanita akan mengalami masalah ini.
Apakah ovari polisistik?
Ovari polisistik adalah ovari yang lebih besar dari ovari ovari yang normal dan mempunyai 2 kali ganda folikel (ruang kosong dalam ovari yang berisi air selepas ovari menetaskan telur dalam setiap ovulasi). Maka, dengan mempunyai ovari polisistik tidak bermakna anda mengalami PCOS. Tetapi wanita yang telah didiagnos dengan PCOS mempunyai ovari polisistik.
Apakah gejala-gejala PCOS?
Kanser
Jika anda didatangi haid kurang dari 3 kali setahun, dinding rahim akan jadi tebal lebih dari biasa dan boleh menyebabkan kanser rahim pada sebilangan kecil wanita.
Ada banyak cara untuk melindungi dinding rahim menggunakan hormon pro- gesterone. Doktor akan berbincang dengan anda sama ada menggunakan pil hormon selama 5 hari berturut – turut untuk 3 atau 4 bulan, mengamalkan pil perancangan keluarga atau menggunakan alat dalam rahim (Mirena) . Cara-cara ini bergantung kepada hasrat pesakit sama ada mahu mengandung lagi atau tidak.
PCOS TIDAK meningkatkan risiko wanita mendapat kanser payu dara atau kanser ovari.
Kemurungan dan perubahan mood
Simptom PCOS boleh menyebabkan seseorang wanita kemurungan memikirkan perubahan yang terjadi pada diri dan berasa rendah diri.
Apa yang boleh dilakukan untuk men- gurangkan risiko jangka panjang ?
1. Mengamalkan gaya hidup yang sihat.
• Makan makanan yg seimbang.
• Bersenam secara berkala (30 minit setiap sesi sekurang kurangnya 3
2. Dapatkan berat badan atau BMI yang ideal.
3. Pemeriksaan doktor berkala untuk saringan kencing manis, darah tinggi, kanser rahim atau masalah kemurungan.
PCOS boleh sembuh?
PCOS tiada penawar dan tidak boleh sembuh. Rawatan perubatan yang diberikan adalah untuk mengurangkan simptom-simptom PCOS di samping mencegah komplikasi yang boleh timbul akibat PCOS. Rawatan yang sangat berke- san adalah dengan mengurangkan berat badan dan bersenam dan mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat, bukan bergan- tung kepada ubat-ubatan semata-mata.
Apakah sebenarnya punca PCOS?
Tidak diketahui, tapi ianya diwarisi. Jika mak, makcik atau adik beradik mempunyai PCOS, kemungkinan anda mendapat PCOS tinggi.
Perlu diketahui gejala yang timbul akibat PCOS sebenarnya berpunca dari ketidakseimbangan hormon dalam badan.
Apa kesan PCOS kepada kesihatan dalam jangka masa panjang ?
Jika paras gula dalam darah tidak berada dalam lingkungan yang normal, keadaan ini boleh menyebabkan diabetes. 1 atau 2 dari 10 wanita yang menghidap PCOS akan menghidap kencing manis juga nanti. Diabetes yang tidak dirawat akan menye- babkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang. Jika anda penghidap PCOS, potensi kencing manis akan meningkat sekiranya:
• Umur lebih 40 tahun
• Sejarah keluarga menghidap kencing
manis
• Menghidap kencing manis ketika hamil dan BMI melebihi 30