Ikatan pertunangan adalah ikatan janji antara dua hati dengan restu kedua-dua keluarga. Manisnya hubungan pertunangan ini, mungkin mempunyai pelbagai rintangan betullah istilah ‘sembunyikan pertunangan, hebahkan perkahwinan.

Pertunangan ini selain dijadikan sebagai satu medium untuk saling mengenali antara kedua pasangan, ia juga menjadi medium untuk kedua pihak mempertingkatkan ilmu pengetahuan terutama dalam hal ehwal rumahtangga, ibadah dan lain-lain.

Pertunangan di sisi Islam adalah sama sahaja hubungannya sebelum berkahwin dan mereka masih dianggap ‘ajnabi’.

Antara adab-adab yang perlu dipelihara bersama antara kedua pihak ialah:

1. Tidak Berdua-duaan

Adab Bertunang Dalam Islam, Panduan Pasangan Untuk Pelihara Hubungan.

Ikatan pertunangan bukan tiket untuk anda selalu berjumpa, sebaiknya bagi perempuan elakkan bertemu secara berdua-duan kecuali ditemani mahram. Mahram tersebut mestilah mencukupi syarat iaitu mereka yang sudah berakal dan mampu membezakan antara baik dan buruk.

Rasulullah saw bersabda;

Ads

“Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.”

2. Bebas Dari Unsur Nafsu Dan Syahwat

Sekiranya terdapat keperluan untuk bertemu, pastikan pertemuan tersebut bebas dari sebarang unsur nafsu dan syahwat. Jika sekiranya terdetik di hati akan perkara tersebut, ucapkanlah istighfar agar syaitan lari dari menghasut diri.

3. Menutup Aurat

Adab Bertunang Dalam Islam, Panduan Pasangan Untuk Pelihara Hubungan.

Sentiasalah menutup aurat apabila bertemu antara kedua belah pihak. Namun apabila anda muslimin yang menutup aurat bukan jua tiket untuk bertemu. Ini kerana, hubungan pertunangan masih belum sah dan keduanya belum bergelar suami isteri lagi. Aurat antara keduanya adalah sama sahaja seperti yang digariskan dalam Islam bagi ajnabi.

Ads

4. Jaga Percakapan Dan Bahasa Tubuh

Adab Bertunang Dalam Islam, Panduan Pasangan Untuk Pelihara Hubungan.

Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Begitu juga pihak lelaki, kawallah kemesraan dalam perhubungan kalian sehingga sampai masanya nanti. Perlu diingat, janganlah pihak lelaki itu berasakan bahawa perempuan itu sudah menjadi milik mutlaknya dan boleh melakukan apa-apa saja, sehingga melanggar batas agama.

5. Jangan Menghebahkan Kepada Awam

Adab Bertunang Dalam Islam, Panduan Pasangan Untuk Pelihara Hubungan.

‘Sembunyikan pertunangan , hebahkan perkahwinan’. Elakkan menghebahkan kepada awam kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. Namun begitu, sekiranya ia bebas dari sebarang fitnah tidak mengapa.

Ads

Sekiranya, terdapat orang lain yang ingin meminang tunangan tersebut, perlulah dimaklumkan padanya bahawa ia sudah menjadi tunangan orang. Ini kerana terdapat larangan daripada Rasulullah saw iaitu;

“Orang Muslim adalah saudara orang mukmin, maka tidak halal bagi seorang mukmin meminang seorang perempuan yang sedang dipinang oleh saudaranya hingga nyata sudah ditinggalkan”. – Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim.

6. Jangan Berhubung Tanpa Ikatan Sah Terlampau Lama

Jangan berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama kerana ia amat mudah membawa kepada yang haram. Bimbang dalam tempoh tersebut, keduanya terjebak kepada perkara yang dilarang dalam Islam. Melainkan jika masing-masing menjaga adab-adab dan sabar menunggu.

“Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali nikah.”

Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sahih menurut al-Hakim, as-Suyuti , al-Jami’ as-Soghir, no 7361, 4/397.

Ternyata Islam amat menitikberatkan soal hubungan antara lelaki dan wanita, sekalipun mereka sudah ada ikatan pertunangan, iaitu ikatan janji untuk melangkah ke alam perkahwinan. Mudah-mudahan, perkongsian ini dapat memberikan pencerahan kepada yang memerlukan. Wallahua’lam.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI